KL Experience & Explore Hunt 2026 - Road To Terengganu - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 9 Jun 2026

KL Experience & Explore Hunt 2026 - Road To Terengganu

 


Tourism Malaysia dengan kerjasama Gaya Travel Magazine  telah merasmikan pelepasan konvoi KEMBARA VM2026: KL EXPERIENCE & EXPLORE HUNT 2026 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), menandakan bermulanya misi penjelajahan pelancongan selama empat hari tiga malam bermula dari Kuala Lumpur merentasi Selangor dan Pahang, untuk sampai di Kuala Terengganu.

Acara pelepasan yang meriah ini telah disempurnakan secara bersama oleh En. Mohd Roslan Abdullah (Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara), En. Sufian Bin Zainuddin (Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah), En. Nuar Md Diah (Pengarah Urusan Gaya Travel Magazine), dan Cik Alia Emira Ismail (Ketua Bahagian Perhubungan Awam & Komunikasi Starbucks).



Program kembara berkonsepkan Tourism Hunt ini disertai oleh 83 peserta yang terdiri daripada wakil media dan KOL. Objektif utama program ini adalah untuk menghangatkan kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), di samping mempromosi destinasi percutian di sepanjang laluan kembara.

Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang keistimewaan pelancongan berasaskan "road trip" dan memandu sendiri ("self-driving"), serta mengangkat pelancongan berasaskan komuniti.







Bermula 16 Mei hingga 19 Mei 2026, para peserta akan mengharungi cabaran pencarian harta karun dan menyelesaikan tugasan imersif untuk mengumpul markah di pelbagai lokasi ikonik serta bersejarah. Antara produk pelancongan yang bakal diterokai oleh para peserta di sepanjang laluan kembara ini termasuklah Menara Kuala Lumpur, Muzium Orang Asli Gombak, Muzium Negeri Terengganu, Kampung Budaya Terengganu, Batik Noor Arfa, Jambatan Angkat (Drawbridge) Terengganu, Terrapuri Heritage Resort, Nyiur Pantai Sauh Cafe, dan Pasar Payang.


Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan program, konvoi ini mendapat sokongan penuh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Program ini juga dilaksanakan dengan sokongan strategik daripada para penaja utama iaitu MaTiC, Perodua, Starbucks, 100 Plus, Menara KL, dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).


MENARA KUALA LUMPUR



LAWATAN KE MUZIUM ORANG ASLI



Muzium Negeri Terengganu








Kampung Budaya Terengganu












Batik Noor Arfa







Jambatan Angkat (Drawbridge) Terengganu








Terrapuri Heritage Resort








Nyiur Pantai Sauh Cafe








Pasar Payang







Raia Hotel & Convention Centre










Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penganjur yang telah menjayakan program KEMBARA VM2026: KL EXPERIENCE & EXPLORE HUNT 2026



@tourismmalaysiacentral
@malaysia.truly.asia
@gayatravel
@perodua

#KLExperienceExploreHunt2026 
#Roadtoterengganu #Perodua #GayaTravel #teamkuning #ExploreMalaysiaTogether
#VisitMalaysia2026#JourneyBeyondTheCity #mystarbucks #juliesbiscuits #my100plus #Cocopie














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment