ANUGERAH IDEA AWARD 2025 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG
7header4

Ahad, 25 Mei 2025

demo-image

ANUGERAH IDEA AWARD 2025


1000389443

Anugerah Tertinggi Usahawan Islam iaitu IDEA AWARD 2025 yang berlangsung di Le Meridien Hotel, Putrajaya pada 24 May 2025 yang dianjurkan oleh KNKV Group dan diiktiraf secara rasmi oleh Dewan Perniagaan Muslim Insiders, dengan sokongan padu daripada CTOS Data System selaku rakan semakan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai rakan strategik akademik, firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM) sebagai rakan guaman rasmi, serta Yayasan Mihrab sebagai rakan kebajikan.


1000389444


Majlis ini menghimpunkan tokoh industri dari dalam dan luar negara termasuk penerima anugerah antarabangsa antaranya seperti Muslim Pro (Singapura), Human Appeal (Australia), dan ZTE (China)

menjadikan anugerah ini medan pengiktirafan dunia kepada syarikat yang menggabungkan prinsip perniagaan moden dengan etika Islam.


1000389535


Presiden Dewan Perniagaan Muslim Insiders, Professor (Adj) Hj Adam Richman berkata, penganjuran kali ini bukan semata-mata untuk meraikan kejayaan syarikat tetapi untuk menginspirasikan lebih banyak perniagaan agar berani mengamalkan prinsip Syariah dalam operasi harian mereka.

"Contohnya, penggunaan CTOS dalam proses penjurian adalah selari dengan konsep tabayyun yang disebut dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6, satu langkah kecil yang membawa impak besar kepada pembentukan ekonomi ummah yang berintegriti," katanya.


Anugerah ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Negeri Sembilan Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar bersama tetamu kehormat dari pelbagai latar belakang menjadikan acara ini bukan hanya berprestij, tetapi juga menyatukan jaringan keusahawanan Islamik yang berpengaruh di peringkat serantau.

1000389546

1000389407


Dengan pendekatan menyeluruh yang menekankan ketelusan, tanggungjawab sosial dan nilai Islam sebagai tunjang utama, IDEA Award 2025 bukan sekadar satu malam anugerah, tetapi satu gerakan kebangkitan ekonomi ummah.

1000389559

1000389558

1000389557

1000389568

1000389567

Interview bersama Presiden Dewan Perniagaan Muslim Insiders, Professor (Adj) Hj Adam Richman




Untuk maklumat lanjut, layari: LAMAN WEB | https://ideaaward.com.my




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment