Di Majlis tersebut, Pengasas Koperasi Norras Berhad,Datin Dr. Raskidah Ali turut melancarkan Norras Travel & Tour Sdn Bhd dan mengumumkan pakej pertamanya ke Acheh.
Pengarah Urusan Norras Travel & Tours (NTSB),Ayumi Evelina pula dalam ucapan alu- aluannya memaklumkan pihaknya menawarkan lebih 50 pakej destinasi percutian dari dalam negara dan luar negara pada kadar mampu milik.
Norras Travel & Tour Sdn Bhd juga turut memperkenalkan Duta Cilik Norras Travel, Adik Lovena Azzahr Putri Aulya berumur 6 tahun. Beliau diterbangkan khas dari Bandung, Indonesia. Gayanya mencuri tumpuan hadirin ketika berjalan ‘Catwalk’ diiringi lagu pop ‘Lagi Syantik’ .
Dalam masa yang sama pengumuman diumumkan perjalanan trip sulung ke Aceh pada 24 May 2025 selama 4D3N dengan harga RM1,999 dan seterus Pakej Pelancongan ke Pakistan, Paris, Kazakhstan, Turkmenistan, Switzerland dan bebetapa negara yang akan menyusul kemudian.
Lovena love, yang aktif di TikTok di bawah nama Lovena Love, akan menjadi wajah utama dalam kempen promosi destinasi menarik anjuran Norras Travel, termasuk aktiviti eksklusif seperti berenang bersama dolphin dan snorkeling di laut biru Aceh yang kini jauh lebih jernih selepas tragedi tsunami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thak You For Your Comment