Selasa, 13 Disember 2016

InvolveAsia-Lazada+Nestle Maggi+Lazada+Tefal Workshop

Syurkur dan alhamdulillah...happy sangat bila saya dapat jemputan untuk sertai event anjuran InvolveAsia pada 02 Dis 2016 di Nestle HQ-Damansara bersama blogger untuk acara Nestle Maggi+Lazada+Tefal workshop. Second time joint event macam ni anjuran InvolveAsia. Kali ni acara sangat menyeronokkan kerana Chef Muluk akan tunjuk ajar cara dia memasak menggunakan produk Nestle Maggi Oat Mee dengan penggunakan periuk+kuali dari Tefal yang berkualiti. Event ini bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 ptg. Dengan menyertai event ini banyak pengalaman ang dapat dipelajari dari Chef Muluk yang memang berpengalaman dalam bidang masak memasak dan kita dapat pelajari cara memasak maggi dengan pelbagai cara dan sedap dengan menggunakan produk Nestle Maggi.




Posing jap kat dapur myang cantik ni sebelum kami mulakan battle pertandingan memasak antara blogger yang happening, kami di bahagian kepada lima kumpulan dari A hingga E dan kami terdiri 5 orang dalam Kump C. Saya ketua kumpulan, LeYa, Eddy, Hanim & Leeyann si amoi yang cute dab manis. 

Happy semua posing
Sebelum acara pertandingan memasak dimulakan Chef Muluk yang glamor dan ceria diperkenalkan oleh wakil dari Maggi memberikan kata-kata aluan dan aktiviti acara petang itu yang akan dimulakan oleh Chef Muluk untuk menunjukkan resepi masakan dari produk Nestle Maggi Oat Mee dengan menggunakan periuk Tefal yang berkualiti.Chef Muluk akan memulakan masakan PAELLA yang menggunakan beras Jepun bersama bahan mentah udang dan sotongmdan bahan-bahan Maggi yang lain, nampak jer macam mudah dan sedap.



Paella

Bila Resepi masakan Paella sudah siap dan baunya pun sedap, semua mata, mulut dan perut mula rasa kelaparan dan tak sabar nak menjamahnya. Resepi kedua pula Chef Muluk tunjukkan cara menyediakan Resepi Salad Maggi  yang paling mudah disediakan dengan Maggi Oat Mee yang sedap. Macam-macam bahan yang boleh kita gunakan mengikuti kretiviti masing, namun salad maggi Chef Muluk sememangnya paling sedap. Siap dengan grill chicken yang dipotong nipis dan sayur-sayuran yang dihidangkan semasa memasak salad maggi dan berwarna warni.


Salad Maggi yang sudah siap
Lepas selesai Chef Muluk masak, tibalah giliran kami 5 kumpulan mulakan battle berperang di dapur. Saya bukanlah terror sangat memasak tapi bolehlah memasak sebab itu adalah rutin harian seorang isteri memasak kat dapur. Hai...nampaknya Team C kena masak Lauk Ikan Pari Asam Pedas dan Sayur Labu masak sup.

Bahan-Bahan Team C
Bila dah dapat bahan apa lagi pulun masing-masing macam lipas kudung mula masak, nasib baiklah budak-budak empat orang ni pantas, ceria dan cergas menolong saya memasak. Mereka macam tau jer...apa nak buat cuma bagi arahan sikit jer...taulah mereka masak terutama si Eddy seorang peserta lelaki dalam team C. Akhirnya siap juga hidangan Ikan Pari Asam Pedas dan Sayur Sup Labu yang kami campurkan dengan sayur lain dan nampak colorful gitu.




Rasa lega bila semuanya sudah selesai, terima kasih pada Leya, Eddy, Hanim dan Leeyan yang sedia membantu dan bersama-sama menyediakan masakan ini. Walaupun team C tak menang kami tetap berpuas hati dan enjoy. Tahniah team E yang menang dan dapat bawa balik Periuk Tafel dan blogger lain tetap bawa balik hadiah dari Nestle Maggi, Pan Tafel dan voucer dari Lazada.

Hadiah  Saguhati

Hadiah Pemenang Utama Team E
Hmmm...perut pun dah kenyang, masing-masing dah dapat hadiah dan dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain walaupun tak kenal, Masing-masing sibuk nak bergambar dengan Chef Muluk termasuklah saya. Kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan. 




Sesiapa yang nak beli produk nestle maggi ada link kat sini dan anda akan dapat vaucer diskaun yang hebat untuk pelanggan yang baru nak membelinya dan rugi tau...dan Periuk Tafel

http://www.lazada.com.my/nestle-malaysia/
http://www.lazada.com.my/tefal-bistro-5-piece-cookware-set-red-1665411.html






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment