Follow Me and I Follow You

Rabu, 19 Januari 2011

BUAT SENDIRI JAMU DI RUMAH

"JAMU KOCOK"
     Seri Wangi biasa dengar jamu kocok ni, biasanya kalau kita rajin pergi kat pasar Chow Kit,kta akan nampak peniaga-peniaga Indonesia menjual pelbagai jamu, termasuk jamu kocok ni. Macam dia orang tu dah biasa, macam orang kita ni rasanya jarang yang nak minum, cuma biasa makan jamu serbuk, kapsul dan jamu biji, itupun makan masa lepas bersalin. Seri Wangi nampak zaman sekarang ni orang Melayu kita malas nak makan jamu, tak suka makan ye juga dan malas juga jaga badan.

       Bila anak baru masuk satu/dua orang, body dah bertukar habis sebab malas nak jaga badan masa dalam pantang. Bila suruh makan jamu nantilah, pahitlah,panaslah....padahal itu semua itu kebaikan untuk dalaman. kalaudi luaran je nampak cantik tetapi kesihatan dalaman tak dijaga tentu suami cari lain. Orang lelaki ni biasanya tak suka cakap dengan isteri takut kecil hati, dia biasanya akan bercerita dengan kawan-kawannya sendiri.  Kebaikan jamu ni ialah untuk menguatkan otot-otot dalaman, faham jelah...! Jadi rajin-rajin amalkan makan jamu selain ubat doktor.

        Kat sini Seri Wangi nak bagi tau cara nak buat jamu sendiri, lebh kurang macam jamu kocok Indonesia tulah. Ini pun Seri Wangi dapat ilmu ni masa Seri Wangi mengurut pelanggan, emak dia dengan baik hati mengajar Seri Wangi cara nak buat jamu sendiri, jamunya ringkas saja untuk minuman kesihatan dan tenaga dan juga boleh diminum suami/isteri.

          Bahan:  Sireh ikut suka banyak mana, kunyit hidup, bonglai (bolih dibeli di pasar chow kit), manjakani, asam jawa dan gula batu/madu.

         Cara:  Blinder sireh, kunyit hidup dan bonglai dengan air, masak bahan tadi bersama air asam jawa, manjakani, gula batu hingga mendidih, bila sejuk tapis dan boleh diminum. Rasanya manis-manis pedas, lagi bagus jika minum dengan telur ayam kampung.

        Senang je kan? Rajin-rajinlah minum jamu untuk tenaga dan kesihatan dalaman, yang pahit tu adalah ubat yang paling mujarab. sebenar ada lagi cara lain untuk dibuat jamu tetapi yang seri wangi tunjuk ajar ni yang paling mudah dibuat sendiri.




34 ulasan:

xcyber berkata...

tapi x pernah minum..
hehe tengok jamu ni tuk kuatkan mende2 sampingan tp takut ade effect lain plak =(

atoyis berkata...

errr..setakat buat tu blh la..tp rasanya tak terminum kot..kui..kui..kui

jefry berkata...

hehe...untuk ubat kuat ke,huhu.fry

ciko berkata...

mak saya pon buat jamu untuk kami minum... :)

Tanpa Nama berkata...

lagi kak, slain dri petua tu , apa lagi jamu yang boleh ank dara minum supaya body nampak lagi cantik dan sexy ,heehee :),

Tanpa Nama berkata...

hai nama saya Fatimah

SitiAtiqah berkata...

kalau saya belasan tahun dan belum berkahwin boley amalkan jamu ni x? kalau amalkan diminum hari hari ke atau seminggu sekali ke atau macam mana?

noona berkata...

kalau masa nak minum tu campur susu sikit boleh tak agak2nye? kurang le sikit pedasnye

Urutanseriwangi berkata...

noona sebenarnya jamu tidaklah pedas sangat campur gula/madu dah cukup sedap, kena biasakan meminumnya jika nak badan sihat.

Tanpa Nama berkata...

Aq amal kn jamu dri umo 17taon,skg aq dh 25 taon,aq kawin dh lapn taon,body,stay cm anak dara..hehe,byak kbaikan jamu nie

Keunggulan-wanita berkata...

kena cuba baru tau

Keunggulan-wanita berkata...

amalkan dari anak dara lagi bagus

Keunggulan-wanita berkata...

minym akar kayu utk anak dara,,boleh dibeli di kedai jual jamu

Keunggulan-wanita berkata...

fatimah klu ada masalah blh call seri wangi

Keunggulan-wanita berkata...

takda masalah lagi bagus utk kesihatan

Keunggulan-wanita berkata...

betul tu ...

Nur Aliya Insyirah berkata...

manjakani bukan untuk kecutkan rahim ker??dlu ad org kg ckp kalau mkan manjakani susah nk mengandung..betol ker??

Tanpa Nama berkata...

Ad tambahan lada putih x...bub pnh tbca bahan lada ptih...1 lgi mnjakani too msk or blend skli

Keunggulan-wanita berkata...

manjakani banyak gunanya, jika dalam pantang ianya diasah disapukan difaraj.

Keunggulan-wanita berkata...

takpayah msk lada putih, manjakani tu dimasak.

Tanpa Nama berkata...

saya 19 thun.. hehe tumpang tnya.umur sya ni. .dah boleh ke minum jamu?? umur brpa seeloknya ya??

Keunggulan-wanita berkata...

Usia macam adik ni dah boleh minum jamu...jamu khas utk anak dara memang ada dijual di kedai-kedai jamu seelok-eloknyanya beli jamu buatan tempatan...tak kira apa jenama pun.

iena berkata...

kak seri wangi jamu ni bole minum hari2 ke..setiap bhn tu brp sukatan nye

iena berkata...

saya nk tny jamu ni bole minum hari2 ke...setiap bhn tu berapa sukatan nya..

Keunggulan-wanita berkata...

blh minum hari-hari, pagi daan malam..tidak ada sukatan agak-agak je..biasanya seri wangi satu bekas air sederhana je utk dimimum dlm 3 hari bla habis buat lagi.

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera.apa bahan2 dan herba yang biasa digunakan untuk menjaga kecantikan wanita?

Tanpa Nama berkata...

ibu yg menyusukn anak sepenuhnya..boleh minum?

Keunggulan-wanita berkata...

Boleh...xada sukatan blh agak-agak je,, saya buat jamu ni utk minum 3 hari simpan dlm bekas tupperware panjang, sirih blh guna 5/6 helai utk blend.

fatimah arif berkata...

Manjakani elok ke untuk anak dara ? sebabnya mak saya tak galakkan untuk manjakani buat jamu . Kalau dah kahwin , mak saya galakkan .

fatimah arif berkata...

Manjakani elok ke untuk anak dara ? sebabnya mak saya tak galakkan untuk manjakani buat jamu . Kalau dah kahwin , mak saya galakkan .

Keunggulan-wanita berkata...

betul tu dbb masnjakani utk pulihkan vargina

Keunggulan-wanita berkata...

boleh

Keunggulan-wanita berkata...

xda masalah

Keunggulan-wanita berkata...

bolih minum hari-hari, satu gelas pagi dan malam