Rabu, 22 November 2017

REVIEW LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON - PERCUTIAN TERBAIK BERSAMA KELUARGA




Seri Wangi dah lama mengidam nak bercuti di tempat mewah di Lexis Hibiscus ni...dulu berangan-angan tengok dalam TV hotel yang tercantik di Malaysia berbentuk Bunga Raya (Hibiscus) dan akhirnya termakbul angan-angan Seri Wangi, Allah swt telah makbul angan-angan Seri Wangi. Janganlah pulak sangka yang Seri Wangi ni berduit orangnya dan hidup mewah.....inikan semuanya rezeki ...dapat harga yang mampu dibeli...untuk 2 hari 1 malam pun cukuplah bagi Seri Wangi dapat merasainya bercuti bersama family walaupun ada yang tidak dapat ikut. Ini personal review dari Seri Wangi tau...no sponsor...kalaulah @lexishibiscusportdickson nak sponsor lagilah besttt....haaaa....jangan nak beranganlah...!!







Kalau nak tau untuk check-in di hotel Lexis Hibiscus adalah jam 4,00 pm, Seri Wangi tiba ti Port Dickson lewat sedikit kerana sepanjang perjalanan Kuala Lumpur jalam jem terutamanya di Nilai, Negeri Sembilan dengan hujang lebat dan membuatkan perjalanan slow like kura-kura, kami sampai dalam pukul 5.30, anak Seri Wangi bersama isteri jalan kemudian lagilah lambat sampai sama juga jalan jem. Sampai check-in kena bayar deposit RM300.....fulamak mahalkan?nasib baik anak manja Seri Wangi memang dah siap spare duit untuk deposit tu...lepas daftar pihak hotel bagi goodies. Habis daftar kena tunggu kereta buggy pulak untuk ke bilik masing-masing, bilik penginapan kami dekat dengan Light House, memang cantik suasana waktu malam.


Driver buggy tu bawak kami round dulu sebelum sampai ke bilik kami, memang kena naik kereta buggy tu kalau nak jalan jauh sebab bilik kami di tengah-tengah kelopak bunga. Haaaa...lupalah pulak nak posing depan pintu bilik,,,ini dia bilik penginapan kami...hati berbunga-bunga happy sangat, firstly cik abang yang mula-mula taknak ikut...bila dah masuk bilik Premium Pool Villa ni...katanya tahun depan nak datang lagi....



PREMIUM POOL VILLA




Wah....happy sangat bila melangkah masuk ke dalam Bilik Premium Pool Villa -  Lexis Hibiscus Port Dickson, Seri Wangi terus terjah ke belakang mencari Swimming Pool, kat belakang ada bilik Sauna pulak. Nasib baiklah cuaca di Port Dickson petang tu cantik...angin sepoi-sepoi yelah tepi lautkan...? Sementara tunggu anak menantu sampai..Seri Wangi dah berendam dalam Swimming Pool dengan anak bujang Seri Wangi...cik abang pula malas nak mandi, dia lebih suka lepak-lepak jer...sambil minum kopi O. Bila cucu Seri Wangi sampai, dia pun terus nak terjah kat kolam renang...budak-budak memanglah suka main air.



Bila waktu malam Seri Wangi makan angin kat luar..jalan-jalan area situ, bilik kami memang dekat dengan Light House tapi taklah pulak Seri Wangi tanya sama ada boleh naik ke atas untuk melihat pemandangan Lexis Hubiscus yang berbentuk Bunga Raya tu. Malam kami keluar makan kat pekan yang berdekatan, tak susah nak cari kedai-kedai makan kawasan penginapan di situ.  Malamnya Seri Wangi dengan anak menantu sambung mandi kat swimming pool and apa lagi Saunalah pulak...esok dah nak balik...



Pemandangan Lexis Hibiscus Hotel waktu malam


Sebenar kalau hari Ahad macam-macam aktiviti yang Seri Wangi lihat pihak hotel Lexis jalankan, kalau rasa nak berbasikal raound satu Lexis Hotel pun boleh dengan dikenakan sewa RM10...dah lama tak naik basikal, bila nampak seorang budak raound pagi tu dengan basikal, Seri Wangi pun saja nak pinjam kononnya nak traylah kayuh....gamaknya sebab dah bertahun tak naik basikal, rasa kekoklah pulak, macam first time nak belajar berkayuh....haaa...dah tua-tua dah lupa agaknya macam mana nak mengayuh basikal sampai nak jatuh...last...posing jerlah amik gambar...!



Kalau uoll nak tau Lexis Hibiscus Port Dickson mempunyai beberapa bilik penginapan lain untuk ditempah selain dari Bilik Premium Pool Villa yang Seri Wangi tempah seperti:

Panorama Pool Villa (Sea View)

Imperial Suite

Premium Pool Villa

Executive Pool Villa

Sky Pool Villa

Panorama Pool Villa (Fountain View)

Royal Suite
Presidential Suite
Hhhmmm....kalau tengok Bilik Penginapannya semua mewah-mewah belaka dan faham-faham jerlah harga yer...! Tapi kalau nak menempah dengan harga murah atau nak dapatkan diskaun kena tunggulah ada promotion dan atau tunggu Event di MATTA Fair. Oklah....nak bagi tahu time check-in pukul 4pm dan check-out pukul 12pm.

Untuk Tempahan dan Info:



Tel:  06-660 2626

#lexishibiscusportdickson  #lexishotels   #premiumpoolvilla   #hotelreview    #travelblogger     #bloggermalaysia  #cuticutimalaysia    #sayangmalaysia 

Khamis, 16 November 2017

PELANCARAN KAJIAN PELAN INDUK PELANCONGAN TERENGGANU






TRANSFORMASI PELANCONGAN UNTUK KEMAKMURAN EKONOMI

Seri Wangi telah hadir ke Pelancaran Kajian Induk Pelancongan Terengganu pada 9 Nov 2017 bertempat di Impiana Hotel KLCC di mana telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Abd, Rahman.  Pelan Induk Pelancongan Terengganu dizahirkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui pelantikan PEMANDU Associates untuk mereka bentuk Pelan Induk Pelancongan Terengganu.

Kerajaan Terengganu banyak bersandar kepada industri minyak dan gas yang menyumbangkan lebih 85% pendapatan negeri Terengganu. Pelancongan merupakan penyumbang sumber ekonomi kedua tertinggi dengan 10 - 15%,  Kerajaan Terengganu mensasarkan antara 30 - 50% peningkatan sumbangan hasil dari sektor pelancongan kepada KDNK Negeri menjelang tahun 2025. Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 6.5 juta pelancong dan perbelanjaan pelancong di Terengganu sebanyak RM6 billion menjelang tahun 2025. 


Pelancongan merupakan suatu sumber yang efektif dalam menghasilkan peluang pekerjaan, pembangunan dan peningkatan ekonomi. Ianya merupakan suatu peluang perniagaan yang besar dan terbuka buat semua. Oleh itu Kerajaan Negeri dengan usahasama PEMANDU Associates kini dalam proses menghasilkan satu pelan induk yang bakal mengubah industri pelancongan sekaligus menghasilkan model perdagangan yang mampan yang boleh mengukuhkan kualiti hidup rakyat Terengganu dan memenuhi kehendak para pelancong, tanpa merosakkan keindahan dan keistimewaan alam semulajadi Terengganu.




Terengganu kaya dengan pelbagai aset dan mempunyai daya tarikan untuk menjadi destinasi pelancongan pilihan di Malaysia seperti kawasan persisiran pantai yang terpanjang sejauh 244km, pantai-pantai yang indah. Tasik Kenyir yang cantik, merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai 340 buah pulau-pulau kecil bagaikan syurga untuk para peminat pemancing. Manakala Setiu Wetland adalah kawasan tanah lembab semulajadi yang terbesar di kawasan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia, kawasan ini sangat mewah dengan khazanah pelbagai Biodiversiti. Selain itu terdapat pulau-pulau yang menakjubkan, hutan hujan, kawasan-kawasan tapak warisan, legasi seni dan kebudayaan serta tradisi yang unggul serta makanan tradisi seperti nasi dagang, nasi minyak,ikan singgang dan keropok lekor. 

Setiau Wetland
Pulau-Pulau


Tasik Kenyir


Negeri Terengganu juga mampu mengujakan pengunjung yang menggemari cabaran fizikal dan keseronokkan dengan pelbagai pilihan sukan alam semulajadi dan kembara rekreasi. Cabaran yang dihadapi adalah bagi membina dan menwadahkan aset-aset tersebut bagi memenuhi keperluan pengguna. Dengan BFR Methodology, PEMANDU Associates  bekerjasama dengan semua Pegawai Daerah dan juga pihak Berkuasa Tempatan di Terengganu demi menjadikan Terengganu sebuah destinasi pelancongan yang unggul.






Negeri Terengganu akan memperkasakan sektor pelancongan dan menghasilkan produk-produk warisan, selain menaiktaraf pusat-pusat peranginan di kawasan pulau-pulau serta mempertingkatkan pembangunan kawasan taman-taman Negeri dan mewujudkan hub pelancongan di Huaxi, yang terletak di daerah Jiangsu, China bagi menarik kunjungan pelancong China di mana Terengganu bakal menjadi Negeri pertama di Malaysia yang mensasarkan mengiktiraf potensi pelancongan dari Negara China melalui cara ini. Ia akan menjadi satu pengalaman yang memberangsangkan dan penuh inspirasi bagi penduduk Terengganu kerana ia bukan sahaja akan membawa kemakmuran ekonomi, bahkan meningkatkan kualiti kehidupan secara menyeluruh.






GAMBAR SEKITAR PELANCARAN PELAN INDUK TERENGGANU








Untuk Info Lanjut:







Tag:   #PEMANDUAssociates   #beautifulterengganu  #motacterengganu  #motacmalaysia     #matic    #visitterengganu   #travelblogger    #travelbloggermalaysia