Jumaat, 16 Februari 2018

LHDNM PROGRAM - CREATING AWARENESE, SHARING NATION'S PROSPERITY



MANFAAT CUKAI UNTUK SEMUA

Program Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kali ini merupakan program "Creating Awareness, Sharing Nation's Prosperity" dimana ianya adalah program berterusan dalam mendekati pembayar cukai dan juga untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan cukai pendapatan kepada pembangunan Negara. Program ini adalah atas usahama antara LHDNM dengan pihak pengurusan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang telah membenarkan LHDNM menggunakan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sebagai program kesedaran cukai. 



Jadi...Seri Wangi nak ingatkan pada yang bekerja tu jangan lupakan tanggungjawab membayar cukai..jangan buat-buat tak tau plk terutamanya yang bekerja dan bergaji besar dan jangan menyesal bila time nak pencen atau berhenti terpaksa membayar cukai sebelum dapat duit pencen...rasanya semua faham cuma buat-buat tak faham. Jadi janganlah berat mulut, ringankan tangan menalipon tanya status masing-masing. Seri Wangi dan suami dulu pun macam tu jugak, buat-buat tak tau ajer bila kawan-kawan cerita yang tanggungjawab kita membayar cukai pendapatan dan bagi peniaga yang layak juga ada cukai perniagaan. 

Bila Seri Wangi pergi kat Jabatan LHDNM kat jalan Duta...aduhh...tengok memang kena bayar cukai masa tu nasib baik boleh bayar sikit-sikit dengan potongan gaji. Jadi kat sini Seri Wangi ingin memberi kesedaran kewajiban kita membayar cukai, jangan takut, kita boleh pergi  bertanya sama ada kita ni dikenakan cukai atau tidak, tengok pada pendapatan bulanan kita. Lagi pun sekarang dah senang semua boleh dibuat secara online.


Program di Kawasan Rehat dan Rawat



Program "Creating Awareness, Sharing Nation's Prosperity" ni telah dicadangkan oleh YBhg Dato' Sri Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM. Program ni telahpun dilangsungkan selama 2 hari di 2 lokasi berbeza iaitu pada 13 Feb 2018 di Kawasan "Creating Awareness, Sharing Nation's Prosperity"t Seremban (Arah Selatan) dan 14 Feb 2018 di Kawasan Rehat dan Rawat Tapah (Arah Utara). Kedua-dua tarikh tersebut dipilih kerana ianya bersesuaian dengan jadual perjalanan balik kampung memandangkan kebanyakan pembayar cukai terutamanya kaum Tionghua yang akan balik untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada 16hb & 17hb Feb 2018. Oleh itu amat sesuailah ramai kalangan pembayar cukai akan singgah di Kawasan Rehat dan Rawat dan tidak secara langsung mengambil peluang mendapatkan maklumat terperinci mengenai cukai pendapatan serta boleh mendapatkan khidmat nasihat perkara tersebut di kaunter perkhidmatan bergerak yang telah disediakan oleh LHDNM.

"Greet & Meet"

Pendekatan Program

Seri Wangi merasakan bahawa program ini membuktikan LHDNM bukan sahaja merupakan agensi Kerajaan yang mengutip cukai tetapi juga sebuah agensi yang turut prihatin dan 'caring organisation' terhadap masyarakat dengtan cara turun padang ke lokasi-lokasi yang mudah dikunjungi oleh orang ramai. Menjalankan konsep 'Greet & Meet'  dengan pengguna lebuhraya yang singgah di kawasan R&R. 

Dengan membuka Kaunter HASIL4U bagi memudahkan pengguna lebuhraya terutama pembayar cukai mendapat nasihat percukaian secara terus dengan pegawai LHDNM. Mengedarkan 'Goodies Bag' kepada pengunjung yang singgah di kawasan Rehat dan Rawat. Mengadakan Kuiz dengan soalan mudah dan berselfie di kaunter yang ditetapkan untuk mendapat hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan.



Pemberian 'Goodies Bag'


Artis-Artis Jemputan

Bagi memeriahkan lagi Program "Creating Awareness, Sharing Nation's, golongan artis turut dijemput bagi membuktikan golongan artis juga turut sama-sama menyokong bahawa cukai adalah merupakan  'Aset Community' yang penting dalam memastikan kesejahteraan Negara. Artis-artis yang terlibat adalah Dato' Fizz Fairuz (Pelakon), Remy Ishak (Pelakon), Elizabeth Tan (Penyanyi) dan Ippo Hafiz (Penyanyi/Pelakon). Untung Seri Wangi pada hari tersebut sebab dapat berselfie dengan mereka walaupun dalam cuaca panas terik mereka tetap memberi komitmen yang terbaik.




Objektif Program

Keseluruhannya Objektif Program ini dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan cukai kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan kelestarian Negara di masa hadapan.  Menyedarkan masyarakat untuk terus menyumbang dalam bentuk cukai. Memperkenalkan LHDNM yang berperanan sebagai agensi Pemungut Cukai Negara dan LHDNM bersama-sama masyarakat sepanjang masa terutamanya ketika musim perayaan. Sasaran sepanjang progran tersebut adalah 1,000 pengunjung iaitu pengguna lebuhraya yang merupakan pembayar cukaidan bakal pembayar cukai yang akan didekati dan mendapatkan khidmat perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDNM.


Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan LHDNM:







Selasa, 13 Februari 2018

PELANCARAN "PROSPERITY WITH SINGING IN THE SPRING" DI QUILL CITY MALL KL



SINGING IN THE SPRING

Seri Wangi happy sangat bila menjejak kaki di Quill City Mall KL, terpegun melihat hiasan dalamannya yang sangat cantik, ceria dan berwarna-warni...all colour is in Red, meriah gitu! Seri Wangi pun masa datang berkunjung di Quill City Mall berbaju Red Colour...! Bertandang untuk melihat pelancaran "Pelancaran Prosperity With Singing In The Spring" tema kali ni oleh Quill City Mall KL sempena sambutan Tahun Baru Cina tak lama lagi dalam bulan Februari ini oleh kaum Cina.


Kalau nak tahu tema "Prosperity With Singing In The Spring" adalah hasil kerjasama TV8 bersama Quill City Mall KL iaitu drama bersiri yang boleh ditonton sempena Chinese New Years awal bulan Februari nanti. Pasti bertambah meriah dan seronok dapat tonton drama bersiri nikan? Drama tersebut dikatakan mempunyai unsur-unsur komedi dan pastinya penonton tidak boring nanti. Mengisahkan tentang kehidupan 3 keluarga yang mempunyai perbezaan dailek bahasa dan cara pertuturan dalam masyarakat Cina iaitu Keluarga bahasa Cantonese, Keluarga Bangsa Hakka dan Kelurga Bangsa Hokkien. Masing-masing sentiasa leka mencari kemewahan hidup hingga lupa akan erti sebenar kebahagian dan kemeriahan dalam Sambutan Tahun Baru Cina. 


Drama "Prosperity With Singing In The Spring" dibintangi oleh Haoren, Orange Tan, Rickman Chia, Jordan Sen, Emily Chan, Loo Aye Keng, Eric Chen, Jacky Kam, Vicky Tan, Joey Leong, Gary Yap, Natalie Ng, Pauline Tan, Sherlyn Seo, Lynn Lim, Wilson, Lee, Ziah Zhang, Wind Lee, Chrystina Ng. Wah...ramainya pelakun "Prosperity With Singing In The Spring" dan juga terdapat tayangan perdana untuk "Prosperity With Singing In The Spring The Movie" promo tour untuk CNY album dan pelancaran GO GO Wonderful.




Aktiviti di  Quill City Mall KL

Tahun ini Quill City Mall KL sempena kempen "Prosperity With Singing In The Spring" 22 Jan hingga 04 Mac 2018 terdapat banyak aktiviti dan jualan untuk pengunjung semasa datang membeli-belah. .









Menangi Tiket The Greatest International Circus dan pelbagai lagi aktiviti menarik, permainan kanak-kanak Prosperity Playland), voucher dan diskaun beli-belah,hadiah-hadiah untuk dimenangi dan contest.




Gambar-Gambar Di Quill City Mall








Untuk maklumat lanjut boleh layari:


Rabu, 7 Februari 2018

THYMOS ANTI SINUS/NASAL ALLERGIES SPRAY BAGUS UNTUK YANG MENGALAMI SINUS




THYMOS Anti Sinus/Nasal produk terbaik untuk pelindung diri dari sebarang virus/kuman yang sentiasa berada di sekeling kita. Di mana-mana kita berada pastinya di situ ada kuman-kuman yang kita tidak nampak dengan mata kasar kita. Baik di rumah mahupun di luar kawasan rumah, jadi kebersihan itu paling utama dititikberatkan dalam kehidupan kita seharian,

Alahan..? Pelbagai alahan yang kita alami seperti resdung, gatal-gatal kulit, radang mata berair, bersin tak tentu masa apalagi sekiranya kita terdedah dengan habuk-habuk di tepi jalan, rumah kita dan di lain-lain tempat. Apatah lagi sekiranya orang itu jenis alergi pada habuk-habuk dan pastinya dia akan sentiasa bersin. Jangan risau Seri Wangi nak sarankan satu produk dari UK iaitu THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray - Self Sanitising Technology yang dapat menyelesaikan masalah orang yang mengalami Sinus. 



Teknologi "Self Sanitizing" (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandugi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyah fungsikan dan memusnahkan kuman-kuman dan patogen sebelum berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cass semula secara automatik apabila terdedah kepada udara. Maka sekali semburan boleh tahan 12 jam. 




Adakah Produk THYMOS Anti Sinus/Nasal  Spray?

Yes...selamat!! Seri Wangi katakan selamat kerana ianya tidak mempunyai kandungan alkohol, bebas toksik, tiada kandungan dadah  dan dari bahan-bahan organik dan juga selamat untuk ibu-ibu mengandung, bayi dan permainan bayi apabila kita spray serta dapat melindungi 12 jam.

PENGALAMAN MENGGUNAKAN THYMOS Anti Sinus/Nasal  Spray

Wah....memang berkesan habis!!! Bukan main-main tau...! Seri Wangi bukanlah pesakit resdung tapi bila pagi-pagi rajin juga bersin jadi takutlah juga manalah tau ada resdung, mata pulak berair. Dah seminggu guna THYMOS Anti Sinus/Nasal  Spray alhamdulillah dah semakin kurang. Cara gunanya senang jer...cuma spray jauh sikit ke wajah kita, baju-baju kita yang kita pakai, telepon bimbit, komputer, tandas atau di mana-mana yang kita rasa rasa kurang bersih, agar dijauhi kuman dan bersih. Bila nak tidur malam Seri Wangi spray bilik tidur, bantal-bantal dan tilam...sangat efektif. Happy sangat dapat produk THYMOS Anti Sinus/Nasal. Selain itu jika ada yang ada bayi pun kita boleh spray di ruang tamu, sofa-sofa, kereta mainan bayi, tempat tidur, tilam dan pakaian bayi untuk mengelakkan kuman-kuman di sekeliling kita. Produknya pun kecil molek senang masuk dalam bag bila nak berjalan-jalan dengan bayi dan anak-anak. Oh!! lagi satu jika anda peminat haiwan peliharaan memanglah sangat memerlukan THYMOS Anti Sinus/Nasal  Spray ni bagi yang alergi pada bulu-bulu binatang kesayangan mereka macam kucing ataupun anjing . Mudah jer bila nak gunakannya  cuma spray...spray...spray...macam kita spray perfume.




MANA NAK DAPAT?

Produk THYMOS Anti Sinus/Nasal ada dijual di Guardian Malaysia dengan harga RM69.90. Harga asal RM 75.00. Jadi...apa tunggu lagi dah boleh beli sekarang...!!Terbaik untuk anda yang mengalami Resdung dan alahan.



Untuk Keterangan Lanjut:

https://www.thymosglobal.com/



  

Sabtu, 3 Februari 2018

SABUN DAN MINYAK HERBA GLOW GELENGGANG PENAWAR GATAL-GATAL KULIT

\\

"DAH TAK GATAL LAGI"

Gatal-gatal? Biasalah tu banyak sebab kita kena alahan kulit..sebabnya ada orang alergi apabila tersalah makan makanan seafood, kulit kemerah-merahan alahan dengan kucing, suasana dalaman rumah yang berhabuk dan banyak lagi. Seri Wangi sendiri pun ada masa alah juga terutamanya kalau banyak makan udang pasti akan rasa gatal-gatal kulit tapi Seri sekarang elakkan makan makanan seafood. Itu satu hal...ni pulak anak bujang Seri Wangi sejak masuk kolej banyak aktiviti-aktiviti sukan kat kolej yang dia masuk, jadi banyak peluh bila balik terus mandi. Seri Wangi perasan bada dia ada panau dan juga katanya kakinya pun gatal-gatal, kena kulat airlah tu.  

Baru-baru ni dia balik rumah, kebetulan pulak Seri Wangi ada "Glow Gelenggang" kat jadi Seri Wangi suruh dia mandi dengan Sabun Herba Glow Gelenggang kemudian dah habis mandi Seri Wangi sapukan pulak Minyak Herba pada belakang anak bujang Seri Wangi yang ada panau dan juga kat celah-celah kakinya yang terkena kulat air, almaklumlah budak-budak lelaki kalau pakai kasut sampai berkuap. Seri Wangi suruh dia hari mandi guna Sabun Herba dan Minyak Herba Glow Gelenggan bila dah balik kolej nanti...itupun kena hari-hari ingatkan dia, nasib baiklah muka tu tak berpanau...kalau tak nanti awek-aweks kat kolej takut nak dekat.

Happylah Sangat Dapat Glow Gelenggang


Selain anak Seri Wangi, cucu Seri Wangi yang kecik baru 7 bulan pun pernah kena kurap susu, lebih-lebih lagi dia jenis kulit sensetif jadi senang sangat kena kurap susu kalau tak cuci bersih selepas emaknya menyusukan dia. Seri Wangi sapu sikit Minyak Herba Glow Gelenggang tu kat pipi dia sikit , usap lembut-lembut sampai meresap bila dah sapu beberapa kurap susuk dah hilang.


Happynya Amin bila dah hilang Kurap Susu


APA ITU GELENGGANG

Pokok Gelenggang (Casia Alata)

Ni dia pokok Gelenggang, pernah tengok tak?Rasanya ramai yang tak tau lagi rupa pokok gelenggang ni banyak banyak terdapat di hutan belukar biasanya kalau Seri Wangi balik kampung memang selalu nampak tapi dalam hutan belukar ataupun kat semak-semak, jadi susahlah sikit nak mengambilnya. . Seri Wangi suka tengok bunganya yang berwarna kuning memang cantik tapi korang tau tak daun gelenggang tu yanbg selalu orang kampung guna. Masa Seri Wangi kecik-kecik kalau ada kurap atau panau arwah mak ambil daun dia yang lebar, kesat dan macam baldu tu dilumat-lumatkan hingga hancur lepas tu dicampur dengan minyak tanah kemudian sapu kat kurap atau panau...bolih hilang dan sangat mujarab sekali  tau tak!. Daun gelenggang sebenarnya banyak khasiatnya selain dari mengubat penyakit kulit, gatal-gatal, ekzema, terkena gigitan serangga, daunnya juga boleh diminum untuk mengubati masalah sembelit. Tapi...sekarang susah nak cari apatah lagi duduk kat bandarkan?


Kandungan Dalam Produk Glow Gelenggang

Kandungan Glow Gelenggang


Kandungan Dalam Produk Glow Gelenggang

1.  Gelenggang (Cassia Alata) Agen anti-bakteria dan anti kulat yang POWERFUL untuk kurangkan gatal-gatal dan penyakit kulit. 

2.  Habbatus Sauda - Untuk mengurangkan radang dan menyembuhkan luka luaran.

3.  Minyak Zaitun  -  Sebagai pelembap yang tahan lama pada kulit 

4.   Susu Kambing -  Untuk mencerah, melembut, melembab dan mencegah kulit menjadi kasar, kering dan kusam.

5.  Minyak Argan -  Supaya kulit halus & licin, mudah menyerap dalam kulit.

6.   Crystal Menthol -  Untuk menyejukkan kulit dan tidak panas.

Wah...sebab itulah bila kita pakai Glow Gelenggang ni kulit jadi halus dan lembab bila gunakannya. Khasiat yang terdapat dalam Glow Gelenggang ni memang bagus selain bauya sabunnya yang wangi macam coklat kata anak Seri Wangi, minyak herbanya pun berbau harum dan tidak busuk serta bebas dari Steroid dan selamat ke atas kanak-kanak.


Kegunaan Produk Glow Gelenggang

Gatal-gatal Kulit  /   Eczema    /  Psoriasis / Kutu Air
Kurap   /  Panau   /  Kayap  /  Badang /  Resdung
Bisul  /  Kudis Buta  /  Kurap Susu Bayi



Siapa Yang Boleh Guna

Lelaki/Perempuan
Kanak-Kanak
Orang Dewasa
Orang Tua
Wanita Hamil

Produk Glow Gelenggang adalah 100% bahan semulajadi, ianya bebas bahan kimia dan bebas steroid serta sesuai untuk kulit sensetif. Mengandungi gelenggang (cassia alata) sebagai aen anti-bakteria yang powerful untuk hilangkan gatal-gatal dan merawat penyakit kulit. Mewah dengan kadungan ekstrak bahan premium yang banyak, untuk kesan yang lebih efektif, 3 jenis minyak untuk 'mengunci' kelembapan dan 6 ramuan istemwa untuk 'ghaibkan' gatal-gatal kulit dengan mudah. Ianya adalah produk homemade, paling banyak bahan aktif, 5 x lebih berkesan, selamat dan mudah digunakan oleh semua jantina dan peringkat umur.

KHASIAT SABUN HERBA GLOW GELENGGANG





Sabun Herba Glow Gelenggang


Sabun Herba Organik Glow Gelenggang adalah produk homemade. Sabun herbanya tidak mudah cair, tidak 'putih' dan tidak lembik. Sabun herba ni bertekstur scrub (lulur), nyaman dan sejuk macam mild, sangat selesa menggunakannya. Sabun herba glow gelenggang ni beratnya 50gm, boleh tahan sebula bergantung kepada penggunaannya. Guna sabun herba setiap kali mandi, boleh digunakan pada muka dan badan.

MINYAK HERBA GLOW GELENGGANG

Minyak Herba Glow Gelengang


Minyak Herba OrganikGlow Gelenggang 30ml perlu disimpan pada suhu bilik, elakkan simpan di tempat panas dan terkena sinaran matahari untuk kurangkan khasiatnya. Minyak Herba mengandungi Habbatus Sauda, tidak panas, tak pedih, tak rengas dan tak berbau busuk, wangi betuk baunya. Cara guna minyak herba ni adalah picit dan sapu selepas mandi dengan sabun herba pada tempat yang terkena gatal-gatal kulit sebelum tidur atau bila perlu, guna 2 atau 3 kali sehari. Selepas disapu elakkan dari menggaru kuli, jika gatal sapu lagi dengan minyak herba.

HARGA

SABUN HERBA

1 unit Sabun Herba Organik RM 47
unit Sabun Herba Organik RM 70
(jumat RM24)
 4unit Sabun Herba Organik
 RM 140 +FREE 1 unit sabun herba
bernilai RM47 (jimat RM95)


MINYAK HERBA

1 unit Minyak Herba Organik RM 47
unit Minyak Herba Organik RM 70
(jimat RM24)


SET GLOW GELENGGANG

Set (mengandungi sabun & minyak herba)
1 set RM 70 (jimat RM24)
2 set RM 140 +FREE 1 unit sabun herba
bernilai RM47 (jimat RM95) 

**Setiap pembelian akan
menerima FREE gift dari Glow Gelenggang

Khas Untuk Pembaca Seri Wangi Tersayang
Seri Wangi Nak bagi diskaun ni dengan klik code;
HALIMAH10



Untuk Maklumat lanjut tentang Glow Gelenggang:




Whatsapp:  014-5445951

Jumaat, 2 Februari 2018

MALAM GALA ANNUAL AWARD DINNER KARISMA COSMETIC 2018




PASTI CANTIK SANGAT!!

Teruja pertama kali Seri Wangi hadir di Majlis Gala Annual Award Dinner  Karisma Cosmetic 2018 di Palace Of The Golden Horses pada 26 Jan 2018.  Majlis berprestig malam yang penuh gilang gemilang dan bergemerlapan bertemakan Gold and Black adalah untuk meraikan kejayaan dan kecemerlangan stokis-stokis Karisma Cosmetic yang telah bekerja keras menjayakan perniagaan masing-masing. Dengan penghargaan itu Karisma Cosmetic pertama mengadakan secara besar-besaran penyampaiam anugerah kepada stokis-stokis dan agen-agennya di selurruh negeri termasuk Singapore dan Brunei. 




Karisma Cosmetic adalah syarikat kosmetik tempatan yang beribu pejabat di Kelantan mempunyai 16 produk dan 800 stokis yang sangat aktif di seluruh negeri selain Kelantan, Brunei dan Singapura. Karisma Cosmetic diasaskan oleh Puan Kartini atau Kak Bi yang berasal dari Kelantan. Karisma Cosmetic dengan Taglinenya #PastiCantikSangat dan "Kerana Diriku Begitu Berharga". Di malam gilang-gemilang tersebut Puan Kartina merasmikan pelancaran produk terbarunya iaitu Green Coffee dan MPB Madu Tongkat Ali Kurma Plus (Man Power Booster).



Green Coffee dan MPB Madu Tongkat Ali Kurma Plus 

Ketika sesi Press Conference bersama media, Puan Kartini menerangkan serba sedikit perjalanan hidupnya dan juga perniagaannya sebagai Founder Karisma Cosmetic yang semakin berkembang pesat walaupun Karisma Cosmetic baru bertapak dalam tahun 2014 dan telah mencapai jualan permulaan 6 juta, 14 juta hingga 25 juta dengan hanya melantik stokis-stokis dan agent-agentnya menjalankan jualan produk Karisma Cosmetic semakin dikenali ramai dan juga Karisma Cosmetic tidak mempunyai duta produk untuk meningkatkan jualan produknya kerana Puan Kartini (Kak Bi) sangat yakin dengan pencapaian semua stokis dan agentnya di seluruh negeri dan luar seperti Brunei dan Singapura.



Puan Kartini, Suami dan Para Media dan Blogger

Produk Karisma Cosmetic dikilangkan di Shah Alam dan bertaraf GMP.  Semua produk Karisma Cosmetic adalah selamat dan tidak mempunyai bahan kimia, kesan dari penggunaan produknya boleh dilihat dalam 7 hari selepas memakainya, patutlah Seri Wangi lihat stokis-stokis dan agent-agentnya di malam anugerah tersebut sangat cantik-cantik belaka, teringin juga nak cuba menggunakan produk Karisma Cosmetik. Dan...kalau tak percaya Puan Kartini menyatakan nama Karisma adalah ilham dari mimpinya...!

MALAM ANUGERAH KARISMA COSMETIC






ARTIS JEMPUTAN

Malam yang penuh ceria bagaikan kehadiran seorang Puteri Diraja yang berjalan masuk ke Istana sangat mengujakan. Kehadiran Puan Kartini bersama suami disambut dengan meriah sekali, apatah lagi dengan kehadiran artis Ifa Raziah sebagai Pengacara yang sangat becok mulutnya dan menggamatkan suasana di malam gala yang cukup mewah dan meriah dimandikan cahaya terang benderang dan berwarna-warni. Majlis berlansung dengan Anugerah Pencapaian cemerlang kepada setiap stokis yang mencapai jualan tertinggi setiap bulan dan bertaraf Gold yang mencapai target jualan melebihi RM1 Juta dan mereka menerima hadiah berupa emas, pakej umrah dan dll mengikut pencapaian jualan setiap stokis termasuk stokis dari Brunei dan Singapura.


Di sepanjang majlis tersebut para jemputan dihiburkan oleh artis-artis terkenal seperti Ramlah Ram, Lan Kristal (Lan Solo) dan Hael Husaini yang terkenal dengan lagunya 'Jampi'. Lagi meriah apabila Ifa Raziah menyanyikan lagu-lagu dangdut. Majlis bertambah meriah lagi apabila diadakan pertandingan  'Best Dress' untuk final iaitu 3 calon wanita dan 3 calon lelaki, bertambah gemuruh dengan usikan Ifa Raziah yang nakal mengusik calon-calon tersebut. Seterusnya persembahan nyanyian dari Lan Kristal, Hael Husaini dan Ramlah Ram yang mempunyai ramai peminat dan akhir sekali nyanyian dari Ifa Raziah semestinnya kita berdangdut. Kalau nak tau sedar tak sedar dah pukul 12 malam Seri Wangi berada di majlis yang penuh meriah dan happening dan kami sempat lagi bergambar dengan Puan Kartini bersama suami.




 





Untuk Keterangan Lanjut:



Alamat


Lot 8640(A) Kampung Lubok Jong
Mukim Apam,17000 Pasir Mas
 Kota Bharu, Kelantan