Ahad, 28 Mei 2017

PROMOSI BUFFET RAMADAN DI RESTORAN NELAYAN GOMBAK

Lokasi Terbaru Restoran Nelayan Titiwangsa@Gombak

Salam Ramadan reader tersayang,

Seri Wangi nak ucapkan kepada semua umat Islam 'Selamat Berpuasa'  dan menjalankan ibadah puasa dan terawikh dengan penuh keinsafan dan semoga menjadi umat Islam yang beriman.

Seri Wangi dan keluarga kadang-kala terfikir untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga dan sering tercari-cari tempat yang menarik, menu buffet yang pastinya sedap untuk menjamu selera. Seri Wangi cadangkan kita berbuka puasa di Restoran Nelayan Titiwangsa@Gombak. Kalau nak tau dulunya Restoran Nelayan yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa, Seri Wangi sering juga ke sana apabila ada jamuan perpisahan untuk meraikan kawan-kawan yang bertukar ataupun bersara. Kini Restoran Nelayan yang baru di bawah pengurusan Syarikat Q'Sha Trading (M) Sdn Bhd yang telah beroperasi sejak bulan Jun 2016.

Kini Seri Wangi rasa gembira dapat datang ke Restoran Nelayan di Gombak yang pada pendapat Seri Wangi yang menarik dengan suasana desa dan menu masakan kampung. Sempena bulan Ramadan Restoran Nelayan Gombak mengadakan Promosi Buffet Ramadhan 2017- Sajian Warisan Selera Kita.

Harga Promosi Buffet Ramadhan
Tentu anda rasa hendak ke Restoran Nelayan Gombak bukan?Rugi kalau tidak ke sana sebab terdapat banyak menu dan hidangan untuk anda berbuka puasa terutama masakan kampung seni warisan yang mungkin tidak pernah anda merasainya. Seri Wangi sendiri tidak tahu hendak memilih hidangan yang bermacam-macam menu masakan yang lebih kurang 100 jenis hidangan yang disediakan oleh Restoran Nelayan.  Di samping itu sambil menjamu selera, kita juga dihiburkan oleh Busker "Lagu Dakwah dan Qasidah serta juga terdapat surau untuk solat dan ruang dewan untuk solat terawih.

Ruang Dewan Makan








Antara Menu-Menu Yang Dihidangkan
















Wahh...bestkan...? Betapa banyaknya menu-menu yang ada di Restoran Nelayan Gombak, pastinya Seri Wangi akan membawa keluarga atau belanja kawan-kawan di Restoran Nelayan yang terkenal dengan masakan warisan mereka. Apa lagi jangan terlalu fikir mencari tempat lain untuk berbuka puasa, jom terjah ramai-ramai ke Restoran Nelayan.

Restoran Nelayan Gombak
Batu 8 3/4, Jalan Gombak
(Dekat UIA)

Tel:  03-61858400/013-2237228




1 ulasan:

  1. Wow! A nice place to visit for god food, wanna check it out with my family members soon ;) cheers, SiennyLovesDrawing

    BalasPadam

Thak You For Your Comment