Follow Me and I Follow You

Isnin, 1 Mei 2017

PERCUMA KELAS BAHASA KOREA, MASAKAN KOREA DAN TARIAN K-POP

`HANBOK` Korean traditional costume



ANNYEONG HASEYO.

Entry kali ni Seri Wangi nak cerita pasal Korea Plaza, rasanya ramai yang tidak tau wujudnya Korea Plaza di Kuala Lumpur kecuali orang yang biasa melancong ke Korea untuk mendapatkan maklumat tentang destinasi ke Korea. Seri Wangi pun baru tau bila terbaca laman web http://www.visitkorea.com.my/ di fb.



KOREA PLAZA
Seri Wangi mendapat info bagaimana hendak ke Korea Plaza iaitu dengan menaiki Monorail dan turun di Station Raja Chulan. Dari situ Seri Wangi berjalan sebelah kiri terus jumpa Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee. K.L. tapi sebenarnya jenuhlah juga Seri Wangi bertanya letaknya Korea Plaza, sebenarnya bukan semua orang tau tempatnya kecuali orang yang dah biasa pergi melancong ke Korea. Kalau nak tau Plaza Korea terletak dalam Bangunan Menara Hap Seng. Bila dah berada dalam bangunan Menara Hap Seng Seri Wangi bertanya lagi kat mana letaknnya Korea Plaza tu yang terletak di Ground Floor.

Oleh sebab ianya terlindung dengan pintu masuk ke ruang tengah Bangunan Hap Seng memang kita tidak perasan, Akhirnya jumpa jugak Korea Plaza, lega rasanya bila dah jumpa, nak belajar masakan Korea punya pasal gigihlah juga berusaha mencari tempatnya. Seri Wangi sampai awal dan terus daftar kat kaunter di situ. Class masakan bermula pukul 2pm Seri Wangi cuma nampak dua tiga orang saja. Jadi sebelum itu Seri Wangi sempatlah meninjau-ninjau dalam Plaza Korea yang tak seberapa besar tapi mencukupi untuk mengendalikan aktiviti-akitiviti yang pihak Korea Tourism Organization (KTO) anjurkan untuk promote produk pelancongan di Malaysia.

Kalau nak tau selain KTO juga adakan class-class percuma seperti Cooking Class,  Korean Language Class, Kpop Dancing Class, Beauty Workshop dan macam-macam lagi dan rasanya Seri Wangi ada juga berminat nak masuk Class Bahasa Korea tu sebab SeriWangi memang peminat drama Korea heeee..tapi sebelum tu kita kenalah jadi ahli #Kaki Korea Club (KKC) percuma jer...rugi rasanya sapa yang nak joint. Selain dari itu kita juga berpeluang mengenakan Baju Tradiosonal Korean Dress  "HANBOK", Seri Wangi apalagi siap selfie dengan "Hanbok". Sesiapa yang nak pergi melancong ke Korea Seri Wangi nasihatkan pergilah singgah kat Korea Plaza ni untuk mendapatkan info-info terkini tentang Korea, nasihat dan pakej-pakej yang menarik di sini.




















Okay...dah cerita pasal apa yang ada dalam Korea Plaza, Seri Wangi dah siap sedia duduk di depan nak lihat Chef dari Korea iaitu Madam Shin Pil Hyo yang berbahasa Inggeris ketika mengendalikan cooking class hari tu. Madam Shin dan pembantunya memulakan sesi masakan resepi pertama iaitu Hot and Spicy Rice Cake (Ddeokbokki) dan resepi kedua iaitu Sauteed Spinach and Mushroom . Masing-masing leka menyalin resepi tapi Seri Wangi sibuk ambil gambar sebab resepi tidak disediakan jadi pandai-pandailah salin kalau nak balik buat sendiri di rumah. Seri Wangi bolehlah ingat sikit apa yang ditunjukkan oleh Madam Shin. Kadang-kadang copy jer kat member sebelah Atikah yang ayu orangnya.


Hot and Spicy Rice Cake (Ddeokbokki)







Sauteed Spinach and Mushroom




Sauteed Spinach and Mushroom senang jer bahannya iaitu bayam, cendawan putih panjang, kicap soya dan bijiran bijan, sedap juga. Selesailah sudah sesi masakan Korea yang simple  Jadi sapa-sapa yang berminat nak belajar masakan Korea bolehlah datang ke Plaza Korea.










Chef Madam Shin


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Korea Plaza (Tourist Information)
Ground Floor, Menara Hap Seng
Jalan P. Ramlee
50250 Kuala Lumpur.

Tel:  03-20722515
03-21439000 (office)


13 ulasan:

  1. Woah. I have never heard about the korea plaza. But it seems funs with so many interesting activities.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes...you also can learn Kpop dancing maaa

      Padam
  2. Salam Kak Halimah! Datang la lagi KTO. InshaAllah kita jumpa lagi

    BalasPadam
  3. Yes...better go to Korea Plaza byk yg best

    BalasPadam
  4. It's Good to Learn English while taking a cooking course to enhance ability to explain what you Learn to anyone even foreigners

    BalasPadam
  5. I have been there. a nice place for ppl to know more abt Korea

    BalasPadam
  6. Waa bestnya dapat kenal banyak informasi tentang Korea! The next country I plan to go =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes...better you pg Korea Plaza for more information

      Padam
  7. I also want try to learn korean language.
    Ddeokbokki, I like it.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Joanne now class session is from 10 Jan until 16 May 17 after that mybe you can stat register.

      Padam
  8. I like korea food!! Anyway you look cute when you wear hanbook

    BalasPadam

Ulasan anda akan saya balas.