Follow Me and I Follow You

Sabtu, 24 April 2010

PETUA KECANTIKAN DIRI





Memelihara kecantikan diri bukan sahaja dititikberatkan pada luaran, tetapi kecantikan dalaman juga hendaklah dititiberatkan untuk kesegaran wajah, tubuh dan penampilan diri yang berkeyakinan. Di sini seri wangi ingin memberitahu kepada semua ibu-ibu agar memelihara keanggunan secara tradisional. Setelah menjadi ibu penjagaan dalam pantang janganlah dipandang ringan. Kalau tidak mahu si suami mencari adinda lain, ibu-ibu kenalah sedar betapa pentingnya pengambilan ubatan herba dan jamu. Memanglah jamu dan akar-akar kayu tu pahit, nama pun ubat memang pahit tetapi baik untuk kesihatan diri. Untuk menjaga penampilan agar sentiasa nampak cantik,ayu dan awet muda maka amalkan selalu memakan jamu tidak kira apa produknya.

Wanita sekarang malas hendak menjaga diri semasa dalam pantang, memanglah remeh dan membosankan kerana terpaksa mengikut peraturan pantang yang mengambil masa dalam tempoh yang lama iaitu 44 hari berpantang. Pada seri wangi sebaiknya elok berpantang 100 hari lagi bagus. Khasiat jamu sangat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran agar selepas habis berpantang tubuh kita kembali normal dan wajah kita berseri-seri. Macam-macam kena jaga semasa dalam pantang, makan pun tidak boleh sebarangan tak boleh ikut suka hati nak lantak apa saja, kalau silap makan boleh jadi bentan dan menggigil satu badan. Silap haribulan kena angin meroyan.

Sebab apa boleh kena angin meroyan? Angin meroyan boleh terjadi jika kita tidak menjaga pemakanan, bagus ikut petua orang-orang tua kita. Orang dalam berpantang tidak boleh susah hati, si suami haruslah menjaga hati isteri, jika si isteri susah hati, fikirannya akan terganggu dan jiwanya akan tertekan, bila itu semua terjadi maka si isteri seakan-akan mendengar bisikan di telinganya, itu adalah bisikan syaitan yang akan menyuruhnya melakukan sesuatu perkara buruk kepada orang yang terdekat dengannya. Si isteri akan nampak benda-benda ganjil ataupun makhluk halus di sekelingnya dan itu akan menakutkannya sebab itulah banyak berlaku si ibu sanggup membunuh anak sendiri. Terpulanglah kepada ibu-ibu semua untuk memikirkannya jadi kenakan menjaga kesihatan diri dan juga jiwa kita hendaklah selalu mengingati Allah.

Seri wangi ingin memberi petua semasa dalam pantang elakkan makan sayur kobis cina, kangkung, timun, bayam, pisang, tembikai dan buah-buahan sejuk. Jangan sekali-kali minum-minuman berais, makan pulut, nangka dan minum air kelapa atau tebu nanti bisa satu badan. Eok kalau kita makan ulam-ulaman seperti pegaga, ulam raja dan biji kani. Lauk untuk makanan orang berpantang iaitu ikan tenggiri, parang dan ikan yang tidak gatal,paling senang masak rebus saja, masukkan halia, muda, kunyit muda yang dimayang halus, lada hitam, asam keping dan ikan ke dalam periuk bersama air secukupnya. Itulah resepi orang berpantang utk 44 hari. Namun begitu kalau jemu bila dah masuk 3 minggu berpantang boleh tukar menu lain macam ikan bakar, ikan bilis ditumbuk dgn lada hitam dan juga masak sop daging atau ayam jika jahitan sudah baik. Amalkan pemakanan yang sihat dan jaga minuman kita dan juga jangan malas makan jamu. Bab minum ni kenalah dgn cara duduk jangan berdiri kerana air minuman akan terus masuk ke rahim dan tidak elok utk kesihatan dalaman, cara minum tidak boleh terus teguk satu gelas dan bersulam makan nanti perut buncit, kalau boleh minum 3 x teguk, 7 x teguk agar tidak masuk angin.

Seri wangi berhenti di sini dulu, nanti sambung lagi ye.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan anda akan saya balas.