Rabu, 31 Januari 2018

KAYLIZ GRANOLA OAT UNTUK KESIHATAN DAN DIET HARIAN



CRUNCHY, DELICIOUS & HEALTHY

First Time Seri Wangi dengar KayLiz Granola Oat yang biasa Seri Wangi tahu oat yang biasa kita beli kat kedai. Tapi...KayLiz Granola Oat rupa-rupanya lain dari yang lain. Bagusnya Kayliz ni adalah diet untuk orang yang ingin kuruskan badan, nak turunkan berat badan pun yer "Granola for Fitness'  elok sangat untuk yang suka berdiet dan mengelak memakan makanan yang berlemak dan berminyak nanti takut badan makin naik tapi dengan makan KayLiza Granola Oat ni dapat menurunlan berat badan dan menambah tenaga.  Seri Wangi sendiri suka makan Kayliz ni sebab ringkas sangat sewaktu bersarapan, just tuang susu segar dan Kayliz Granola Oat ni.

Sebelum pergi kerja kita makan KayLiz oat dulu...

Sejarah KayLiz Granola Oat

Seri Wangi dapat tahu bahawa produk KayLiz Granola Oat adalah produk bumiputra yang dikeluarkan oleh Care Liz Resources dan dikilangkan di Senawang, Negeri Sembilan dan dirumuskan oleh Dr Aishah Solution Sdn Bhd - Pemenang Awards pada 16 Sep 2015.

                                Apa dia KayLiz Granola?


Produk KayLiz Granola Oat adalah terdiri dari bahan-bahan oat yang diadun bersama chia seed, madu dan ubi keledek biru yang mana ubi keledek punyai bahan beta kerotin, menguatkan imun serta lambatkan proses penuaan. 


KANDUNGAN KHASIAT KEYLIZ GRANOLA OAT






OAT   -  Kaya dengan sumber vitamin, zat besi, magnesium, bebas guletin, mineral, kalsium, serat dan juga antioxidants dan komposisi oat yang seimbang dalam diet. Seri Wangi memang suka makan oat lagipun oat boleh turunkan kolestrol kalau rajin mengambilnya dan turunkan berat badan.

Sweet Potato (Ubi Keledek) -  Ubi keledek juga kaya dengan vitamin A (beta-kerotin) dan juga mengandungi vitamin C, mangan, pantothenic acid dan Vitamin B6.

Chia Seed -  Mengandungi Omega 3, fatty acid, protin, kabohaidrat, fiber, antioxidants dan calcium.

Madu -  Dalam produk KayLiz Granola Oat terdapat madu sebagai ganti gula, semestinya madu sangatlah berkhasiat untuk kesihatan kita juga.

Keempat-empat bahan penting yang ada di dalam KayLiz Granola Oat ini amatlah membantu kita dalam menjaga kesihatan selain sedap dimakan dan yang istimewanya ianya KayLiz Oat - Tidak ada bahan pengawet, tiada perisa tiruan, tiada gula tambahan, kurang gula dan bebas kolesterol. Ianya juga amat sesuai untuk semua usia untuk dinikmati sekeluarga ketika bersarapan pagi, minum petang atapun ketika berehat. Harga sepeket KayLiz Granola Oat adalah RM17.90.

Untuk maklumat lanjut layari:



HUBUNGI:

019-6255010





Selasa, 30 Januari 2018

JOM TRAVEL BERSAMA MALAYSIA AIRLINES


Salam sayang semua,


Seri Wangi rasa mesti korang familiar dengan MAS kan? Yelah...sapa yang tak tahu Malaysia Airlines syarikat penerbangan yang terkenal di Malaysia. Tak kiralah korang selalu travel ke tak...! sebagai rakyat Malaysia sangat pelik kalau korang tak pernah dengar pekataan MAS. Kalau korang semua nak tahu sebelum syarikat penerbangan Malaysia Airline System Berhad  (MAS), syarikat ni dikenali sebagai Malaysia Airline Berhad (MAB). MAS pula ialah syarikat penerbangan Kebangsaan Malaysia yang mempunyai 55 destinasi di Asia, Oceania dan Eropah. Selain dari itu, MAS jugak menjalankan operasi penerbangan domestik. Hub utama MAS ialah Kuala Lumpur International Airpot (KLIA), manakala Kota Kinabalu International  Airpot (KKIA) dan Kuching International Airpot (KIA) pula dijadikan sebagai Hub Kedua.



Selain itu korang jangan tak tahu pulak yamg MAS ni adalah salah satu daripada 8 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax selain All Nippon Airways, Asiana Airlines, Cathy Pasific, Garuda Indonesia, Hainan Airlines, Qatar Airways dan Singapore Airlines. Hebatkan MAS! Sebagai rakyat Malaysia korang patut rasa berbangga dengan MAS  ni sebagai syarikat penerbangan Kebangsaan Malaysia.

 Malaysia Airlines Seat Class

Ruang dalaman dan kondisi pesawat MAS sangat selesa, baik dari Economy, First dan Business Class walaupun kemudahan untuk Economy Class jauh berbeza dari First Class dan juga Business Class.

Economy Class

Business Class

First Class
Bagi penumpang First dan Business Class yang berlepas dari KLIA korang boleh menikmati perkhidmatan ruang istirehat istimewa Malaysia Airlines , Golden Lounge.  Service dorang pun sangat tiptop. Kalau korang ada experience menggunakan service penerbangan MAS mesti korang dapat merasai perbezaan service dan fasiliti yang diberikan oleh MAS dengan  syarikat penerbangan yang lain. Pramugari dan pramugara MAS bukan saja segak dan kemas malah dorang juga sangat cekap dalam menjalankan tugas dorang. Jika dilihat muka dorang tu pasti hati tertawan dan sejuk mata memandang sebab dorang tu sentiasa tersenyum manis bagaikan gula. Any problems korang boleh aje tanya dan mintak pertolongan dorang yang memang sedia membantu.

Airpot Lounge

Keep Smillng

Hotel, Transportation and Baggage

Seri Wangi nak bagitau pada korang yang kaki travel tu, jangan risaulah korang boleh plan trip termasuk hotel dan transportation semasa korang travel. Hah...lagi mudahkan korang nak buat tempahan. Selain itu juga, MAS ada bagi check-in baggage free, bagi yang suka travel sambil bershopping tu mesti dah tersenyum lebarkan! Maksudnya korang tak payah nak penat-penat dan membebel mengendong bag berat naik pesawat.



Bagi penumpang First Class korang dapat dapat 50kg check-in baggage free, 40kg untuk business class dan 30kg untuk economy class. Woww... sangat best dan berbaloi-baloikan? Pada makcik-makcik yang suka bershopping kat Bandung atau Vietnam korang dah tak payah risau dah. Kalau tak cukup yang free tu korang boleh beli tambah kilo beg tu. So apa tunggu lagi dan boleh servey ticket dengan MAS pastu bolehlah start list barang-barang yang dah plan nak beli nanti dan haaaa...jangan lupa bawak duit banyak-banyak tau...!

In-Flight Meal

First Class Meal

Business Class Meal

Economy Class Meal
Bagi penumpang-penumpang yang mulut tu sentiasa nak mengunyah macam Seri Wangi ni, korang jangan risau dan susah hati sebab MAS ada macam-macam menu yang best-best dan sedap. Korang boleh order sama ada time korang book ticket atau pun time makanan dihidangkan. Tapi kalau tak order awal-awal nanti makanan habis korang kempunan pulak. Jadi Seri Wangi suggest korang order awal-awal so korang boleh pilih menu-menu yang ada dan orderlah seberapa banyak yang korang nak dan suka tapi...jangan lupa pulak nak membayarnya. Bagi yang suka makan dan ada bujet lebih apa salahnya korang upgrade seat korang ke First Class atau Business Class sebab kat sini ada chef-on-call. Maknanya korang boleh order menu yang dimasak fresh contohnya macam Ayam Masak Merah, Grilled Rib Eye of Beef, Lamb Biryani, Braised Lamb Shank dan banyak lagi malas nak cite.  Tapi jangan lupa buat pre-order 24 jam sebelum berlepas. 

Untuk penumpang-penumpang muslim korang jangan risau, makanan yang dihidangkan oleh pihak MAS dijamin halalan toiyyiban (halal dan baik). Oklah...leoas buat tempahan mesti tak sabar nak travel bersama tersayang macam Seri Wangi dengan hubby...! Untuk memudahkan penumpang, MAS telah menyediakan beberapa cara untuk check-in seperti Web Check-in, Counter Check-in, Mobile Check-in dan Self Service Kiosk. Jadi apa yang nak ditunggu lagi, jom kite book Malaysia Airlines tiket sekarang

Isnin, 29 Januari 2018

METAL LEGEND LIVE IN CONCERT - XPDC DAN CROMOK GEGAR MAEPS





XPDC & CROMOK LIVE IN CONCERT

Wahh...Peminat-peminat Rock pastinya tidak sabar-sabar menantikan kemunculan semula Band Heavy Metal ni buat persembahanakn? Kaki metal mana yang tak mau tengok persembahan dia orang?Rugilah beb...kalau peminat XPDC dan Cromok tak mau ke Live Concert dia orang...pasti menyengat habis dan dinanti-nanti oleh peminat kedua-dua band ni.

Bila dan di mana?


Nak tau juga ke? Pasti peminat terujakan dan tidak sabar-sabar nak tengok aksi Live Band Heavy Metal Popular XPDC dan Cromok pada 03 Fen 2018 jam 8.30 malam di MAEPS, Serdang. Kalau masih ingat yang kaki-kaki metal tu, XPDC dianggotai oleh Mael (vokolis), Zuar (base), Amy (dram) dan Jeff (gitar) dan.....akan berentap buat pertama kali dengan Cromok yang dianggotai oleh Sam (vokalis, bass), Karl (gitar) dan Miji (dram) pasti bergegar  MAEPs nantikan?




Cromok pula mengharapkan konsert  dapat mengembirakan dan menghiburkan peminat mereka. Kali terakhir Cromok terbabit dalam konsert nerskala besar ialah ketika reunion 25 tahun Cromok Thrashing Kuala Lumpur di KL Live pada tahun 2012 dan setahun kemudian mereka diundang pula sebagai 'Opening Act' bagi Konsert Metallica Live in Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 2013.


"Sudah lama kami tidak beraksi di pentas konsert. Kami berharap konsert ini bukan sahaja mengubat kerinduan peminat, tetapi dapat membawa mereka mengimbas kembali kenangan bersama Cromok" kata Karl. Apa yang menariknya, Cromok juga bakal membawa seorang tetamu khas dari Australia untuk menyaksikan konsert tersebut. Tetamu tersebut adalah Danny Kaleda yang juga pengurus asal Cromok ketika diawal penubuhan mereka di Australia dulu. Danny adalah individu penting yang banyak membantu kromok sehinggalah majalah Hot Metal Megazine Australia menganugerahkan mereka 'The Best Heavy Metal Band' di Sydney pada tahun 1990. Danny juga adalah pengasas label Vampire Records di Australia dan memiliki stesen radio sendiri.



Sementara itu, Pengurus Operasi JMP Production Sdn Bhd Faezatul Asykin Anuar yang juga wakil penganjur berkata, penonton juga berpeluang memenangi hadiah Gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Sayang Gamma Rock House menerusi cabutan bertuah. "Selain itu penonton juga berpeluang mendapatkan barangan cenderahati Cromok dan XPDC seperti Kemeja-T, CD, VCD, Pick Gitar dan Poster," katanya

Menurut Faezatul, persembahan busking juga akan diadakan di tapak konsert bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam. Penganjur juga berharap penonton dapat menjaga etika dan disiplin supaya konsert dapat berjalan dengan lancar. "Konsert juga akan dirakam sepenuhnya oleh penganjur. Jadi, segala bentuk rakaman 'Live' daripada penonton menggunakan kamera DSLR, kamera digital dan drone adalah dilarang sama sekali," katanya.

CARA DAPATKAN TIKET KONSERT

Peminat yang ingin mendapatkan tiket bolehlah dapatkan dengan melayari laman web:


dengan harga bermula

RM 68 - Thrash Zone
RM120 - Hardcore Zone
RM250 - Vip & Backstage zone

Tiket juga boleh didapati 

XPDC Kita Peng Yu Shop
(Uptown Kota Damansara)

XPDC Bundle & Alteration Jeans
(Kajang)

FOTO SEPAJANG PRESS CONFERENCE










Rabu, 24 Januari 2018

DOMINO'S PIZZA PROMOTION 'BUY 1, GET 1 FREE PIZZA #BOGO



PIZZA DEAL IS BACK

Wah.....'Pizza Deal Is Back'

Bestkan...? Dah lama tak dengar Dominos's Pizza buat promosi di seluruh cawangannya di Malaysia pada tahun baru 2018 dari 15 Jan hingga 28 Jan 2018, jadi cepat-cepat pergi singgah di Domino's Pizza yang berdekatan.  Seri Wangi dah pergi kat Domino's Pizza, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.  Bila masuk dalam restorannya nampak menarik dan cantik dekorasinya. Sedap-sedap belaka Pizza dia hendaknya menu terbaru Cheese Tarik Crust, Cheese Burst, Classic and First Class Range. Seri Wangi masuk dalam Restoran Domino's Pizza 


Sedap-sedap belaka Pizza dia hendaknya menu terbaru Cheese Tarik Crust, Cheese Burst, Classic and First Class Range. Seri Wangi masuk dalam Restoran Domino's Pizza 








Hmm...sedapkan..lebih-lebih lagi menu terbaru Cheese Tarik Crush memang sedap giler bila kita tarik cheese panjang-panjang tak putus wei...tariklah sampai ke mulut heee. Apa lagi menu terbaru dia....

CHEESE FOUR




Cheese Four -  Stuffed Cheddar Bites, Cheesy Cheddar Stix, Garlic Cheese Onion Ring.

Fabolous Four -  Mini Cinnadot, Cheesy Mozzarella Stix, Roasted Chicken Drummet dan Crazy Chicken Crunchies.


Peanut Butter Chocolate Lava Cake dan Chocolate Lava Cake. Hmmm....sedapkan jadi cepat-cepat order online:  http://bit.ly/2n1Deu2 atau call Center dan di kaunter : 1300-888-333. 

Haaa....Tarik Konon
Hmmm...Delicious






Okay..Masa semakin suntuk, Jom  ke Domino's Pizza sekarang!


Isnin, 22 Januari 2018

GINDARA @ KOFUKU JAPANESE CUISINE SERI PACIFIC HOTEL KALA LUMPUR



GINDARA (COD FISH)

KOFUKU Japanese Restaurant - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur memperkenalkan menu baru mereka iaitu GINDARA yang mana tidak ramai yang tahu apa itu Gindara, namun begitu ramai yang lebih mengenali dengan  Cod Fish. Apa yang Seri Wangi tahu Gindara lebih dikenali di Negara Asean seperti Jepun, pada masa yang sama di beberapa negara lain Gindara juga dikenali dengan Black Cod atau Sablefish.


Gindara (Cod Fish/Black Cod/Sablefish)


Gindara adalah ikan paling mahal di Jepun berbanding dengan ikan-ikan lain di Jepun seperti Unagi atau Freshwater Eel yang mana kebiasaannya digunakan dalam masakan Sushi atau Sashimi. 

GINDARA MENU TERBARU KOFUKU


KOFUKU Japanese Restaurant  memperkenalkan sajian istimewa dari Gindara yang pastinya membuatkan anda semua berasa teruja dan tidak sabar-sabar ingin mencubanya dengan hidangan signature saucesnya yang sedap.




Dengan hidangan terbaru yang istimewa seperti Gindara Nabel dan Citrus Dipping Sauce. Nabe atau dikenali dengan nama Nabermono di mana bahan-bahan yang berkualiti digunakan di dalam Japanese Hot Pot. Selain dari itu untuk Diners anda boleh juga mencuba menu-menu lain seperti New Stle Cube Gindara Teriyaki dan Steamed Gindara  with Ginger Miso. Nampaknya peminat-peminat makanan Jepun pasti gembira dengan menu terbaru dari KOFUKU Japanese Restaurant - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Harga Gindara  dari RM 60 nett per serving

KOFUKU Japanese Restaurant 

Open Monday to Friday :
 12.30 pm - 2.30 pm (Lunch)
6.30 pm - 10.30 pm (dinner)

Untuk Maklumat Lanjut




Tel:  03 - 40425555


SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur adalah bertaraf 5 Bintang dan  terletak di tengah-tengah Pusat Bandar, bersebelahan dengan Putra World Trade Centre (PWTC). Terdapat kemudahan pengangkutan awam untuk ke hotel tersebut seperti Star LRT Stesen dan Stesen Komuter PWTC


Ahad, 21 Januari 2018

SUE MELATI MAKEUP KELAS MEMBERI PELUANG JANA PENDAPATAN





ZERO BASIC TO ADVANCE

Perempuan mana yang tak suka bermakeup? Tipulah Seri Wangi kata tak ada perempuan yang tak suka bermakeup? Calit sana calit sini, sapu bedak dan bergincu bila nak keluar tau!!Makcik-makcik kat rumah tupun ada juga yang bermakeup, tapi cuma sapu bedak dan gincu jer..apa lagi yang gadis-gadis dan mak-mak dara lagilah suka bermakeupkan? Haaa...termasuklah Seri Wangi tapi....kebanyakannya setakat bersolek ringan-ringan saja, kalau beria-ia nak bersolek tentu ramai yang tak taukan?Haa...termasuklah Seri Wangi heee...feel bab nak lukis kening, nak calit eye shadow kat mata, tak tau nak letak color apa yang sesuai...salah letak nanti jadi macam burung hantu atau hantu mak Limah oppps!! salah calit kening jadi tebal atau senget nampak  garanglah pulak! salah tepek bedak dan blusher nanti jadi macam Opera Cina...betul tak? Rumusannya Seri Wangi memang Zero bab makeup yang betul-betul Advance.

KELAS MAKEUP SUE MELATI



Alhamdulillah....'Pucuk dicita ulam mendatang' tahu tak maknanya?Haaa...tentu tak taukan? Maksud dia Dapat apa yang kita hajati. Sebenarnya Seri Wangi tak pernah menyertai mana-mana kelas makeup, bila pihak Kaio Studio beri peluang untuk sertai Kelas Makeup Sue Melati di Sungai Buloh, sapa yang tak maukan?Lagipun dekat jer dengan rumah Seri Wangi di Sungai Buloh, jalan kaki pun boleh dalam 40min...tapi penat jugaklah...!



Dengan Tagline 'Zero Basic to Advance'  Sue Melati mengendalikan kelas-kelas makeup di serata Malaysia termasuklah Negara Brunei. Seorang yang terkenal sebagai MUA makeup artis popular dan mempunyai banyak pengalaman, beliau juga menjadi Jurumakeup artis di beberapa rancangan TV seperti NONA dan Wanita Hari Ini. Pertama kali bertemu dengannya Seri Wangi rasa kagum dengan kerahmahan dan kepintaran beliau sebagai tenaga pengajar dan juga Sue Melati juga mengajar semua studentnya cara nak buat marketing dan jana pendapatan dari setiap kelas makeupnya dalam bidang tersebut.





TEKNIK-TEKNIK DALAM MAKEUP

Dalam Kelas Makeup Sue Melati perlbagai teknik yang ditekankan olehnya dan menunjuk ajar cara-cara dan teknik solekan yang betul kepada semua studentnya yang hadir, di mana terdapat 10 teknik solekan yang betul untuk pengetahuan studentnya. Seri Wangi tidak secara langsung kini telah memahami teknik-teknik tersebut, untunlah mereka yang dapat tunjuk ajar dari Sue Melati.

10 Teknik yang akan ditekankan dalam Kelas


1.  Dari Daily Makeup sehingga ke makeup Nikah
2.  Teknik Eyeshadow terbaru
3.  Teknik Blande eyeshadow dengan turutan yang betul
4.  Kenali ,akeup brush secara details satu persatu
5.  Ukir kening nampak natural dan kemas tanpa teknek gam
6.  Contour muka menjadi bujur sirih
7.  Cara-cara memakai Foundation mengikut tone kulit dengan betul
8.  Bibir menjadi mungil dan seksi
9.  Skill dan trik solekan
10. Sesuai untuk Zero to Advance Kelas

Untunglah sesiapa yang menyertai kelas makeup dari Sue Melati sebab banyak kelebihan bagi mereka menyerti kelas tersebut, dimana terdapat 7 kelebihan khas untuk studentnya dari Sue Melati.

7 Kelebihan Student akan dapat


1.  Demo dan Praktikal
2.  Sijil Penyertaan
3.  Makanan lunch disediakan
4,  Barang makeup disediakan
5.  Goodies setiap student
6.  Makeup paling kemas dan cantik akan diberikan gift 'Special' dari Sue Melati
7.  Akan diberikan gift siapa yang dapat jawab soalan dalam kelas.










KEGUNAAN BRUSH MAKEUP 








BRUSH SHADING DAN BRUSH BLUSHER/LOOSE POWDER

Brush Shading

1.  Brush yang sangat bagis untuk membuat shading

Brush Blusher/Loose Powder
1.  Brush yang sangat menjimatkan jika anda dapatkannya kerana brush ini 2 in 1
2.  Satu brush tapi boleh digunakan untuk blusher serta loose powder
3. Brush yang sangat-sangat lembut
4.  Brush yang sangat sentitik
5.  Brush yang tak alergickan kulit

Produk-produk Sue Melati Beauty seperti brush shading, brush blusher/loose powder, Foundation dan Minyak Penarik Seri Wajah boleh didapati daripada stokis dan agent-agent di kawasan anda. 



BELAJAR MAKEUP

Okay,,,dah tengok dan belajar dalam kelas cara makeup yang betul dari Zero to Advance oleh Sue Melati sendiri, Dah tiba giliran Seri Wangi dan kawan-kawan dalam kelas makeup sendiri. Oh...nooo!! Seri Wangi dah lama  dan lupa teknik-teknik cara betul makeup terutama makeup pengantin, dulu memang Seri Wangi pernah buat makeup pengantin ikut Kak Long seorang mak andam tapi dah lama ditinggalkan. Lagipun zaman sekarang trend cara makeup pun dah tak sama macam zaman Seri Wangi dulu. Nak makeup macam orang muda pun segan, kita tak secantik mana tapi gaya penampilan mesti ada. Tapi dalam kelas Sue Melati ketika dalam belajar teknik bermakeup,mesti wajib dua benda ni yang mesti kita gunakan ketika bermakeup iaitu Foundation Sue Melati Beauty dan Oil Penarik Seri Wajah Sue Melati Beauty.  

Foundation Sue Melati Beauty

Foundation Sue Melati Beauty

1.  Kelebihan Foundation Sue Melati Beauty

*   Full coverage dan sangat wangi
*   Anti-Aging l  Mencerahkan kulit  l  Spf 50
*   Ada Extract Bunga Sakura & Thee Tree
*  Memudarkan Jeragat  l  Vitamin C & E
*  Sangat ringan dan tidak bercapuk
*  Mengecutkan jerawat
*  Makeup tahan selama 14 jam dengan satu sapuan
*  Produk formula sendiri CFM bulan produk Rebranding
.
Oil Penarik Seri Wajah Sue Melati Beauty

Oil Penarik Seri Wajah Sue Melati Beauty
1.  Kandungan Oil Penarik Seri Wajah 
Argan Oil
Rosehip Oil
Blackseed oil
Tatamu oil
2.  Apa maksud Tatamu Oil?
-  Mengubati dan memperbaiki kulit yang rosak serta melembut, menghaluskan kulit dan sangat bagus untuk kulit. Termasuk:
*  Antibacteria
*  Antibiotic Oil
*  Antioksidan
*  Antieuralgic
*  Anti Inflamasai









Seronok betul dapat bermain dengan makeup dan gelak ketawa kerana masing-masing berkongsi alat-alatan makeup dan mendapat ilmu dari Sue Melati sendiri yang sedia menunjuk-ajar serta melayan kerenah kami. Selepas kelas makeup di Sungai Buloh Sue Melati akan jelajah ke melaka,Nilai, Brunei, Kuching, Kuantan dan Sarawak.

Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan
Kelas Makeup dan Produk Sue Melati Beauty