Ahad, 31 Disember 2017

PAMERAN NEW COMERS 2 - MEMPERKENALKAN 6 PELUKIS MUDA YANG BERBAKAT



Kali ini Seri Wangi nak menulis cerita lain pula, kalau tidak selalu Seri Wangi menulis pasal kecantikan, review makan-makan, wayang, travel...tapi entri kali ni nak cerita pasal Art....! Lagipun Seri Wangi memang suka dan minat dalam bidang ni...melukis dari sejak bangku sekolah lagi...kalau boring-boring tangan ni akan ambil pensil dan melukis...jadi bila Seri Wangi dijemput untuk ke Pameran Lukisan memanglah Seri Wangi suka..tapi kalau nak jadi pelukis terkenal tu takdalah nampaknya...

4 dari 6 Pelukis Muda Yang Hadir

Pelancaran Pameran New Comer 2 yang diadakan di Creative Space 2, Artiseri Seri Pacifik Hotel Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara dari 19 Dis 2017 hingga 4 Jan 2018. Pameran ini adalah kesinambungan Pameran New Comers yang sebelum ini diadakan di Creative Space 1, Balai Seni Negara. Majlis perasmian Pameran tersebut disempurnakan oleh YBrs. Encik Phillip Wong Hon Keong - Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. 





Best dapat tengok karya pelukis-pelukis muda yang berbakat, Seri Wangi rasa macam nak letak ajer lukisan Seri Wangi kat situ.  Pameran New Comers 2 mempamerkan 20 buah karya dari 6 orang pelukis muda dengan semangat dan jiwa seni yang sangat menarik dan kreatif. Mereka adalah Azizi Saad, Azizul Nasir, Haziq Syawal, Mohamad Faiz, Mohamad Farhan dan Fatah Ali (hmmm..bukan Fatah Amin tauu!!) yang digabungkan bersama untuk kali pertama kalinya dalam Pameran New Comers di Artiseri, Creative Space kolaborasi Balai Seni Negara dan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Tahniah kepada mereka yang telah berjaya berada di tahap ini untuk terus maju ke hadapan.





Pameran ini memperlihatkan kepelbagaian idea dan genre yang ingin dikongsi dan disampaikan oleh pelukis muda yang berbakat. di mana seni visual ini dapat menarik minat umum mendekati seni, secara tidak langsung dapat meluaskan potensi seni mereka agar lebih dikenali dan dapat dimanfaatkan dalam industri seni. Balai Seni Negara berusaha membantu artis-artis muda dentgan menyediakan platform di Creative Space 2, Artiseri Galeri dengan menonjolkan bakat-bakat baru untuk terus bersaing dalam industri seni, semoga ini dapat membuka peluang kepada artis muda terus berkarya ke arah yang lebih profesional.





  
Untuk maklumat lanjut




Jumaat, 29 Disember 2017

PELANCARAN GILANG GEMILANG SIHAF ARABIC RESTAURANT


Seri Wangi rasa happy first time dapat jemputan makan tengahari di Sihaf Arabic Restaurant. Otak ni terbayangkan masakan makanan Arab yang pastinya sedap-sedap belaka dan Pak Arab yang handsome belaka.  Kita sudah biasa makan kat kedai mamak, tak mungkin rasanya sama kan? Ini memang restoran Arab yang pertama kali di Malaysia. Jadi buat pertama kalinya Seri Wangi hadir untuk di Pelancaran Sihaf Arabic Restaurant yang terletak di Shop Lot Vista Alam, Shah Alam. 



Seri Wangi rasa kagum bila melangkah masuk ke Sihaf Arabic Restaurant kerana tatarias dalamannya sangat cantik dan berkilau-kilauan bagaikan emas sesuai dengan nama restorannya iaitu SIHAF restoran bersempena dengan konsep yang disebut dalam Al-Quran yang bermaksud  Pinggan Emas. Logo restoran tersebut merujuk kepada namanya yang mengandungi tiga segitiga melengkung kerana 3 adalah  antara nombor ganjil  yang selalu disebut dalam Sunnah dan juga jumlah dalam hidangan dalam sehari yang biasa masyarakat amalkan dan corak tradisional yang terdapat pada  logonya melambangkan budaya Islam serta warna-warna yang digunakan mencerminkan negara-negara Islam. Seri Wangi barulah tau bahawa bukan sebarang logo dicipta tanpa maksud disebaliknya.


Hiasan Dalaman Sihaf Restoran
Seronok dapat meninjau ke dalam Sihaf Restoran Cuisine, masa untuk kita makan-makan pula, sememangnya ramai rakan-rakan blogger dijemput hadir bersama keluarga selain tetamu-tetamu lain datang menjamu selera menikmati pelbagai sajian masakan Arab ni, lebih-lebih lagi Seri Wangi menunggu kambing panggang...sedapnya...! First time nak rasa makanan Arab yang tak sama dengan pernah Seri Wangi makan, terutamanya nasi berani arabnya yang memang sedap belaka. Jom kita merasai masakan timur tengah dari Chef-Chef Pak Arab yang handsome-handsome belaka.


Menu Sihaf Restoran

Dipelancaran Restoran Sihaf Arabic Cuisine yang diacarakan oleh MC Richie Rachman pelbagai persembahan dihiburkan dengan nyanyian dan music Arab. Paling ditunggu-tunggu adalah acara pemotongan Shawerma (Kebab) yang terpanjang di Malaysia. Best betul bila dapat turut serta menggulong dan memotong Shawerma tersebut. 






Seri Wangi sempat rakam video untuk melihat Shawerma (Kebab) terpanjang di Malaysia. Seronok juga dapat joint dan buat sibuk kat meja panjang tu. Lepas habis digulong kebab tu dipotong-potong untuk tetamu...Seri Wangi tapau bawak balik untuk anak kat rumah...sebab weeeiii..! Haaa...kalau sapa-sapa nak merasa makanan Arab ni bolehlah datang ke Restoran Sihaf Arabic Cuisine ni..memang sedap.

Untuk Maklumat Lanjut
Restoran Sihaf Arabic Cuisine  




ALAMAT

SIHAF ARABIC RESTAURANT
B-LG-1 SHOPLOT VISTA ALAM
JALAN IKHTISAS
SHAH ALAM, SEL.

TEL:  011-11110500


Selasa, 26 Disember 2017

PELANCARAN PRODUK ANGELI DAN FORESTRY OUDH GALA DINNER




Seri Wangi hadir di Pelancaran Produk ANGELI dan Forestry OUDH Gala Dinner di KL Hilton, Kuala Sentral, memang happening sungguh malam tu...Seri Wangi memang happy. Pelancaran tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Dr Noraini Ahmad-Chairman of MATRADE dan kata-kata aluan dai En Eshmael Rao - Founder of Forestry Group of Companies. Majlis yang sangat meriah diserikan pula dengan persembahan tarian Ballet Angels dan juga pelancaran produk baru Angeli (in Latin for Angle) by Forestry OUDH iaitu 'Autum  Sky 2017' - Frangrance and Skin Care berasaskan dari minyak gaharu (essential oils).





KOLEKSI EKSKLUSIF ANGELI


Produk eksklusif ANGELI - AUTUM SKY mempunyai 17 produk yang terdiri dari haruman dan skincare. Angeli adalah dari Bahasa Latinnya Angle. Angeli adalah dari Generasi ke 4 Moghul Royalty Perfumer Abdullah Al-Roman dan jenama yang dimiliki oleh Forestry OUDH Sdn Bhd yang merupakan Kumpulan Syarikat Forestry Assets yang mempunyai ladang pokok gaharu di Malaysia.

1.  Perfume untuk wanita - Pour Ellie dan Lelaki - Pour Homme

2.  Bath Soup - 4 jenis wangian - Pine Bergamot, Oudh Vanila, Sandalwood dan Cinnamon.

3.  Bath Bomb -   4 jwnis wangian - Frnkinscense, Lavender, Bergamot dan Jasmine

4.  Bath Gel

5.  Mud Scrub

6.  Salt Scrub

7.  Body Oil

8.  Hand & Body Lotion

9.  Body Mist

10.  Candle

11.  Diffuser Oil


Pati Haruman terdiri 6 Jenis 


Paling best Seri Wamgi boleh memilih Fragrance dari 6 jenis wangian dari essential oils yang Seri Wangi gemari. Hmm...sebenarnya Seri Wangi blurr...dan tak reti nak pilih, jadi Seri Wangi minta pilihkan wangian yang lembut untuk wanita dan strong sikit untuk lelaki. Kalau nak tau botol-botol Fragrance tu adalah Sweet Floral, White Flower, Vanila, Creamy Sandalwood, Fruits dan Sparking Lavender.  Bau haruman Lavender yang paling best apa-apa pun semuanya wangi gitu...!



FOTO SEMASA PRESS CONFERENCE







Untuk keterangan lanjut berkenaan Produk ANGELI



Sabtu, 16 Disember 2017

MY FIRST TIME JOINT MISS SHOPhia SHOPPING HUNT 2.0 2017




MALAYSIA BAIK PUNYA

First time Seri Wangi joint Shopping Hunt ni, sebelum tu memang tak pernah masuk mana-mana tressure hunt atau acara larian, bukan apa sebenarnya malas nak fikir-fikir dan ianya menguji minda kita agar berfikir untuk mendapatkan sesuatu dan semestinya keletihan selepas habis acara gitu. Kali ini entah macam mana tergerak pulak hati ni nak joint Miss SHOPhia Shoppung Hunt 2.0. Seri Wangi fikir tentu acara gini santai-santai aja. Jadi ceritanya Seri Wangi pun jointlah acara ni khas untuk bloggers/Media/Influencers bersama-sama dengan peserta-peserta dari luar negara dan juga tempatan yang terbuka untuk mereka menyertainya tahun ini. 



Sempena Kempen Jualan Akhir Tahun 2017 yang bermula dari 01 Nov hingga 31 Dis 2017, Tourism Malaysia melalui Sekretariat Shopping Malaysia (SSM) sekali lagi menganjurkan acara berkonsepkan 'Treasure Hunt' yang kali kedua iaitu Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 yang diadakan pada 25 Nov 17 (Sabtu). Wah....bila dengar pasal Shopping ni Seri Wangi berasa teruja nak joint, sukalah sangat bila dapat jemputan khas untuk blogger bersaing untuk nak cari 'Treasure Hunt' tapi....bukannya senang tau nak dapatkan 'Treasure' tu...haaaa...sakit satu badan. 

Objektif Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 adalah:

a.   Mempromosikan ikon beli-belah Malaysia, Miss SHOPhia kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia dan antarabangsa melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

b.    Mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi membeli-belah yang unggul di Rantau Asia Tenggara.

c.   Mempromosikan kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Bas dan lain-lain ke pusat membeli-belah utama khususnya di Kuala Lumpur.


Acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0

Pendaftaran acara tersebut bermula di Komplek Kraf Malaysia, Seri Wangi pagi-pagi sudah sampai ke tempat tersebut dalam pukul 7.00 pg untuk berkumpul sebelum larian dimulakan dan masing-masing diberi sehelai baju T warna Pink. Seramai 600 peserta yang menyertai acara tersebut dan di bahagikan setiap team mempunyai 4 orang peserta. Team Seri Wangi diberi nama SHOPHOLIC  yang terdiri dari Ruby (ketua team), Dboy dan Moru.

Tempat Pendaftaran

Setelah selesai masing-masing mendaftar kami telah diberi taklimat sebelum meneruskan acara tersebut dan menunggu ketua team setiap kumpulan masing-masing diberi penerangan sebelum kami  meneruskan acara tersebut.



Masing-masing teruja dan tidak sabar-sabar hwndak memulakan perjalanan yang telah kami rancangkan dari mula hingga tamat acara. Lokasi yang telah dirancangkan ialah dari Avenue K, Fehreneit 88, Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Lot 10, Pavillion KUala Lumpur, Suria KLCC, Sungei Wang Plaza, Plaza Low Yat, SOGO KL, Central Market, Quill City Mall dan akhir sekali ke lokasi akhir penamat di MyTOWN Shopping Center, kira-kira ada 14 Mall kami kena jelajah..hmm...larat ke? Ke semua tempat yang dituju menggunakan pengangkutan awam seperti Bas, LRT, Monorel dan MRT selain berjalan kaki menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Adui....bayangkanlah cabaran yang kami terpaksa lalui dengan hujan lebat pulak masa tu.




Haaa...mula-mula seronok berjalan kaki mencari lokasi dan menyelesaikan task yang diberikan iaitu setiap tempat dikehendaki upload gambar di Facebook dan dimestikan mendapat minima 5 likes sebelum  mendapat COP Pengesahan supaya kita dapat meneruskan task berikutnya. Tapi...bukan senang yer..kita nak dapatkan cop pengesahan tu sebab satu kerja pulak kami kena cari Marshall  untuk mendapatkan cop tersebut dan ini kadang-kala boleh melambatkan perjalanan kami ke lokasi lain. Lagi satu cabaran buat team kami bila sesuatu gambar yang dah upload di Facebook kadang-kala lambat mendapat jumlah like yang dikehgendaki.




Quill City Mall

Selain itu kami diberi Task untuk membeli makanan/minuman dengan menggunakan App Boost iaitu Donat. Amboi,,,bukan senang rupanya hendak selesaikan task-task tersebut banyak perkara yang kami kena lakukan seperti Berselfie, mengira food court, kena menyanyi, bergambar dengan Ikon Miss SHOPhia, jawab soalan kuiz dan banyak lagi sekiranya task yang diberikan salah, kami kena ulang balik cari sampai betul task yang diberikan, sangat mencabarkan? 








Seri Wangi dan team rasa penat giler menghabiskan task tersebut hingga pukul 4 petang baru kami selesai 'task' yang berikan dan kami kemudian ke lokasi akhir iaitu MyTOWN KL, cheras untuk berkumpul di acara penamat dan penyampian hadiah. Walaupun team kami tak menang, Seri Wangi gembira telah mendapat Medal Miss SHOPhia Hunt 2.0. First Time dapat medal untuk acara treasure hunt gini...pengalaman yang paling manis,lucu,happy and penat dan mencabar fizikal dan minda untuk mencapai sesuatu yang kita hajati.









Akhir sekali perasmian penutupan Miss SHOPhia dan menyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan bayak cabutan bertuah, tapi nampaknya Seri Wangi tak bertuah hari tu...huuu!! Juara untuk penyertaan peserta awam dan media mendapat hadiah RM17,000 terdiri wang tunai dan cash voucher BOOST, lucky draw vaocher shopping, tiket flight, Air Asia point dan macam-macam kagi serta yang bertuah dapat cash voucher Zara.

Kesimpulannya Tourism Malaysia dan SSM menganjurkan acara  Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 2017 telah berjaya menarik orang ramai menyertai 'treasure hunt' yang mana ianya secara tidak langsung mengalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monoril, Bus Rapid dan Komuter untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sambil membeli-belah di Mal-Mall sekitar Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut boleh layari: