Isnin, 7 Ogos 2017

PELANCARAN PRODUK BARU BISKUT belVita BREAKFAST PERISA PISANG DAN OAT



Mondelēz Malaysia (Mondelēz), iaitu sebahagian daripada syarikat pengeluar snek terbesar di dunia Mondelēz International, hari ini memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang & Oat (belVita Banana & Oats). Pelancaran produk ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat.

Ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan, Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks, Mondelēz International berkata, “Rata-rata rakyat Malaysia menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa. Oleh sebab itu, kami telah menghasilkan produk ini yang mengandungi ramuan Berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gayahidup dan citara sa rakyat Malaysia.

Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang. Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimaka n begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.”


Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan pandangan beliau mengenai kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi.

“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ia nya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon,serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesity dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.”

Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon mengulas, “Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung.Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.”

Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin,kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.


Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengguna.Perisa ketiga belVita Breakfast ini diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat. Tambah Sharon, “Selaku pemimpin kategori biskut, kami sentiasa memberikan tumpuan terhadap aspek inovasi dan kepelbagaian portfolio produk bagi memenuhi permintaan serta harapan pengguna yang serba berubah. Dengan ini, kami mampu memperluas impak dalam pasaran secara berterusan, di samping menzahirkan komitmen kami bagi mencipta detik-detik keriangan dan memperkasa pengguna untuk membuat pilihan yang jelas berhubung kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.”

Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran berkata, “Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapanyang bermutu tinggi merupakan hidangan harian paling penting bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan          minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.”

Harga dan Tempat Jualan


* belVita BreakfastPisang& Oat bolehdidapatidalamdua (2) pilihanpek:

o   80g (RM2.90)

o   160g (RM5.20) 

Perisa baharu ini akan dijual di semua pasar rayabesar, pusat membeli-belah serta kedai 
runcit bermula Ogos 2017.

Semua biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin
untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada 
waktu pagi.

Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-
kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan,berserta lapan jenis vitamin dan mineral.
Apabila diambil sebagai sebahagian dari padasarapan yang seimbang, ianya mampu 
membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.·



MENGENAI MONDELĒZ INTERNATIONAL

Mondelēz International, Inc. (NASDAQ: MDLZ) adalah sebuah syarikat pengeluar 
snekterulung global, dengan hasil bersih anggaran sebanyak $30 bilion pada tahun 
2015. Mewujudkan detik-detik enak dan ceria di 165 buah negara, Mondelēz 
International merupakan peneraju pasaran global bagi kategori coklat, biskut, gula-gula dan 
minuman serbuk, dengan jenama bernilai berbilion dolar seperti 
biskut OreoLU dan Nabisco; coklat Cadbury, Cadbury Dairy Milk dan Milka, dan gula-gula 
getah Trident. Mondelēz International berbangga kerana tersenarai dalam Standard and 
Poor's 500 (S&P 500),NASDAQ 100 danDow Jones Sustainability 
Index. 

Untuk maklumat lanjut, Sila Layari 


MENGENAI MONDELEZ MALAYSIA


  Mondelez Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Kraft Foods Malaysia) merupakan Syarikat Snek kegemaran negara dan pemilik jenama ikonik seperti OreoCadbury Dairy MilkTiger BiskuatJacob’sChipsmoreChoclairs danTwisties. Mutu, keselamatan dan rasa jenama kami telah dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak beberap agenerasi. Dengan lebih 1,100 orang pekerja dan tiga buah kilang pembuatan di Shah Alam, Johor Bahru dan Prai, kami bekerja setiap hari untuk Mencipta Saat Manis Bersama dengan berkongsi jenamamakanan snek kegemaran dunia dengan para pengguna kami.

Sebelum ini kami dikenali sebagai Kraft Foods – salah sebuah syarikat makanan yang 
paling pesat berkembang di dunia. Sejak 1 Julai 2013, kami dikenali sebagai Mondelēz 
International. MDLZ Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat 
Mondelēz International.

                                            Untuk maklumat lanjut, Sila Layari 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment