Isnin, 31 Julai 2017

DUTA PELANCONGAN MALAYSIA YANG KE 12 - UPIN IPIN


Salam readers tersayang,

Seri Wangi nak cerita pasal Hari Raya lagi, bila cerita bab Haei Raya sudah tentulah cerita makan-makan lain takdak...tapi kali ini Seri Wangi dapat jemputan untuk meraikan Majlis Warna Warni Aidilfitri MOTAC 2017 iaitu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Majlis tersebut diadakan sempena sambutan Hari Raya dan juga perlantikan UPIN IPIN sebagai Duta Pelancongan Malaysia yang ke 12 di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, KL pada 20 Jul 17.

Pada majlis tersebut YBhg.Datuk Ab Ghaffar A' Tambi iaitu Ketua Setiausaha MOTAC telah menyampaikan Sijil Perlantikan kepada Upin Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia, menyertai selebriti Malaysia lain yang dilantik sebelum ini termasuk Prof. Datuk Dr. Jimmy Choo, Yunalis Mat Zara'ai (Yuna), Dato' Haji Ismail Ahmad (Chef Ismail) dan NurShahila Amir Amzah (Shila Amzah).

Upin Ipin Duta Pelancongan Malaysia
Pada majlis yang sama Datuk Ab, Ghhaffar juga menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 2 orang Duta Pelancongan Malaysia iaitu Datuk Lee Jin Bok yang telah berkhidmat lebih 10 tahun dalam memperkenalkan Malaysia kepada pelancong-pelancong dari Korea Selatan dan juga kepada Chef Ismail yang telah berkhidmat selama 2 tahun sebagai Duta Pelancongan Malaysia.

YBhg Datuk Ab. Ghaffar A, Tambi




Seri Wangi lihat majlis tersebut sangat meriah dengan persembahan tarian dan nyanyian. Seri Wangi anggarkan hampir 2,000 orang jemputan yang hadir di Majlis Warna Warni Aidilfitri MOTAC terdiri dari pelancong-pelancong asing, jabatan dan agensi di bawah naungan MOTAC dengan kesemua 12 jabatan dan agensi.



Selamat Datang Ke Malaysia


Untuk keterangan Lanjut:

Website :  MOTAC

Facebook :  MYMOTAC

Instagram :  @mymotac

#SayangMalaysia

2 ulasan:

  1. Wah! i juga suka upin and ipin, good choice.

    BalasPadam
  2. looks like an amazing event with the tourism VIPS! Hope you had fun over there

    BalasPadam

Thak You For Your Comment