Sabtu, 17 Jun 2017

THE KITCHEN MASAKAN MELAYU ASLI ALA THAI YANG ENAK DI QUILL CITY MALL



Salam Ramadhan,

Seri Wangi rasa sudah 3 kali Seri Wangi ke Quill City Mall KL, seronok dan happening betul dengan suasana yang sangat meriah sepanjang bulan Ramadhan persediaan yang dibuat oleh pihak Quill City Mall KL dengan bertemakan Raya Kasih & Cinta. Dekorasi yang indah persis Istana Diraja. Kita rasa teruja bila bershopping di sini dengan promosi yang diadakan oleh setiap outlet sempena bulan Ramadhan, terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik dan hiburan untuk memeriahkan lagi suasana untuk pengunjung dan juga apabila sudah penat bershopping, bolehlah berbuka puasa di Foodcourt dan juga outlet yang ada pelbagai menu makanan yang sedap-sedap.




Kalau nak rasa makanan Jepun bolehlah berbuka puasa di Aragan Yokocho, nak makan makanan Korea pergi kat Dubu Yo, nak makan kek masuk jer kat Secret Recipe, nak makan western food tray Raya Platter dan Manhattan Fishmarket dan juga nak makan masakan Melayu jom kita masuk Restoran The Kitchen untuk order Set Ramadhan. Macam-macam ada di Quill City Mall KL seronok tau...dapat jumpa artis-artis yang dijemput dan juga persembahan tarian Melayu Asli.

Jangan lupa bershopping di sini kerana setiap hujung minggu terdapat banyak hadiah bertuah untuk dimenangi seperti:

·   Week 8 (5 June -11 June 2017) – Dyson Tower Fan, Tefal
     Griller

·  Week 9 (12 June - 18 June 2017) – Dyson Vacuum Cleaner,  Happy Call Double Pan

·  Week 10 (19 June - 25 June 2017) – Panasonic Washing  Machine, Happy Call Ceramic Pot Set

·  Week 11 (26 June – 2 July 2017) – YAMAHA Desktop Audio, Philips Glass Blender

·  Week 12 (3 July – 9 July 2017) – Sony 4K Smart LED TV, iPhone 7 Plus 128 GB (Grand Prize)

Sekarang time makan untuk berbuka puasa, Seri Wangi dan rakan-rakan telah dijemput berbuka puasa di Restoran The Kitchen, Level 4.Quill City Mall KL. Seri Wangi memang sukakan masakannya yang ala-ala Thai masam-masam manis dan sedap. Setiap Bufet Ramadhannya kita boleh pilih dari Set A hingga Set F.


View pemandangan dan decorasi Restoran The Kitchen sangat menarik, sejuk mata memandang dan santai. Sementara menunggu teman-teman lain sampai Seri Wangi sempat ambil foto-foto menarik.







Seri Wangi dan kawan-kawan bersama Sylvia Annette Raj menjamu selera untuk berbuka puasa dengan menu Set Ramadhan F iaitu:
Seafood Curry.Ox-Tail
Mixed Vege
Sweet&sour or Kebaru Mango
Deep Fried Whole Fish
Mango Chicken
Cucur Udang



Hhmmm....sedapnya...Ser Wangi memang suka makan masakan ala-ala Thai macam-macam rasa, pedas, manis dan masam. Minuman pun sedap dan pelbagai perisa.







                  

Tengok menu semuanya sedap-sedap belakakan? Haaa...dah kenyang pun kami menjamu selera berbuka puasa. Kami sempat berbual-bual dengan owner Restoran The Kitchen Puan Azwin Zulkifli dan juga Sylvia yang ramah melayan kami dan bebanyak-banyak terima kasih kerana sudi menjamu kami berbuka puasa di The Kitchen, pastinya kami akan datang lagi bersama keluarga ke sini.








Oklah semua dah kenyang...sbelum beredar kami diberi Raya Kasih & Cinta "Love Lock" untuk diletakkan di tempat khas di depan Pentas Istana Raya Kasih & Cinta. 




Untuk lebih lanjut The Kitchen:

Facebook:  The Kitchen



2 ulasan:

  1. Hello! I loved your blog so I nominated you for the Blogger Recognition Award! Check out my post to see what it's about: https://subliminalwish.blogspot.com/2017/06/blogger-recognition-award.html

    Congrats! ♥

    BalasPadam
  2. Hi, Ash...thank you very much..I love it

    BalasPadam

Thak You For Your Comment