Sabtu, 3 Jun 2017

MASAKAN KAMPUNG SEJATI KL INTERNATIONAL HOTEL




Salam Ramadhan,


Seri Wangi nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat muslimin dan muslimat walaupun kita sedang menjalani ibadah puasa. Bila cerita pasal puasa mulalah otak kita ni fikir nak makan apa, nak masak apa, nak berbuka beli kat mana, di jalan-jalan cari makan untuk berbuka puasa kat mana yang best kan?

Bagi suri rumah yang tak bekerja tu tak jadi masalah, mereka biasanya masak sendiri tapi bagi orang yang bekerja tentu tdak ada masa nak memasak, penat dan letih apalagi nak balik rumah memasak, itupun kalaulah sempat. Sekarang ni dah banyak pilihan dah untuk kita berbuka puasa dengan family, lagi meriah ramai-ramaikan?

Apa kata kali ini Seri Wangi syorkan anda semua berbuka puasa di Kuala Lumpur International Hotel yang mengadakan promosi berbuka puasa bertemakan Masakan Kampung Sejati bertempat di Toppot Cafe, Aras 4.  Sajian buffet Ramadhan bermula dari 6,30pm hingga  9.30 malam. Kadar harga RM69.00 (dewasa) dan RM35.00 (kanak-kanak 4-12 tahun) termasuk 6% gst, Selain itu ada juga promosi Diskaun Kredit Kad, Pakej Bilik Mesyuarat Percuma, Pakej Berkumpulan, Pakej Ahli Facebook, Pakej Penajaan, Baucer Pra-bayar dan Set Pakej Katering "Take-Away".




TOPPOT  CAFE
Selepas kita berbuka puasa, pihak hotel juga menganjurkan sembahyang Magrib, Isyak dan Terawikh di surau mereka secara berjemaah yang dipimpin oleh Imam bertauliah yang dijemput khas. Kaunter Zakat Fitrah pula akan beroperasi di lobi hotel pada 20 - 27 Ramadhan oleh Pegawai PPZ.

Sajian Bufet Ramadhan 

Wah,,,,Seri Wangi sendiri melihat sajian yang terhidang di depan mata, sajian bufet 'ala BONDA' yang merupakan Masakan Melayu Sejati dengan pelbagai resepi dan menu-menu yang pelbagai rasa dan hidangan.  Lebih 100 jenis hidangan disajikan setiap hari dan menu mengikut hari dari Isnin hingga Ahad yang menyediakan berlainan masakan dan hidangan. Seri Wangi datang pada hari Rabu jadi inilah hidangan masakan hari Rabu yang Seri Wangi berbuka:

Lauk-Pauk Tradisi Melayu

Dalca Sayur Daging Tetel


Rendang Ayam Kampung

Acar Buah

Ikan Keli Berlado

Kari Ketam Ala Bonda

Sebenarnya banyak lagi menu-menu lain yang ada, kalau nak cerita memang tak habis nak tulis. Jadi Seri Wangi tulis apa yang Seri Wangi Makan masa berbuka puasa, memang tak larat nak makan tau...!
MENU ISTIMEWA


30 Jenis Kerabu

Sotong Kangkong

 Pasembor

Ramuan Aneka Bubur

Rojak Buah
Aneka Jenis Sup



15 Jenis Sambal - Sambal ljo, Sambal Hitam Pahang,Sambal belacan, Sambal tempoyak,Sambal tomato,Sambal berembang asam,Sambal using kering nyonya,Sambal using geragau, buDU,cencaluk,tempoyak,Sambal mangga,Sambal lonteh,Sambal balado,Sambal dabu dabu Manado

LOK-LOK





Nasi Ayam
Ikan Bakar
Cucur Udang dan Pisang Goreng

Roti Jala


ABC dan Icecream
Buah-buahan, Kuih dan Aneka Bubur

Gerai Kanak-Kanak
Minuman Panas dan Sejuk

Seri Wangi rasa bufet Ramadhan di Kl International Hotel yang paling menarik hingga Seri Wangi tidak tahu nak memilih menu yang terlalu banyak. Jadi sebelum berbuka Seri Wangi ambil makanan yang mana Seri Wangi jarang makan. 




Wajah-Wajah Happy Selepas Berbuka

Untuk Keterangan Lanjut Tentang Perkhidmatan, Promosi dan Pakej-Pakej Lain Boleh Hubungi:

En. Azli bin Ariffin
Pengurus Jualan & Pemasaran 
Kuala International Hotel
Lorong Haji Hussein 2
Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Tel: 019-3822100

Social Media






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment