Follow Me and I Follow You

Jumaat, 23 Jun 2017

CITARASA MAKANAN KOREA DI DUBUYO URBAN KOREA FOOD, QUILL CITY MALL KL



Salam Ramdhan,

Seri Wangi nak cerita pasal makan...makan....dan makan...haaa....rezeki Seri Wangi dalam bulan Ramadhan ni dapat banyak jemputan berbuka puasa dan food review. Memanglah rezeki Seri Wangi dapat makan macam-macam jenis makanan dan restoran. Seri Wangi nak cerita ini kali kedua Seri Wangi dapat jemputan untuk berbuka puasa di Quill City Mall KL. Kali ini Seri Wangi dapat juga merasa makanan Korea yang viral sangat jangan ingatkan K-Pop jer, drama Korea kesukaan Seri Wangi, malah makanan Korea akhirnya dapat juga Seri Wangi merasa. Sebelum ini Seri Wangi dah dapat makan makanan Jepun bersama Fattah Amin dan Fazura kali ni makanan Korea yang Seri Wangi rasa paling sedap seperti makanan Kimchi.


Waktu ni Restoran Dubuyo Urban Korean Food, LG-08, Lower Ground Floor, Quill City Mall KL,  juga ada menyediakan set menu untuk promosi bulan Ramadhan hingga Hari Raya dan bolehlah orang-orang KL yang tidak balik kampung datang ke Restoran Dubuyo bawak family merasa makanan Korea yang sedap ni.

Add caption

Korean Food memanglah tidak pernah Seri Wangi rasa, dengar macam-macam  makanan Korea yang kita boleh makan pilihlah saja, cuma Seri Wangi tidak pernah pun singgah untuk merasanya tapi...rezeki Seri Wangi akhirnya dapat juga Seri Wangi merasainya sudah rezeki namanya dapat jemputan berbuka lagi sambil review makanan Korean Food ni.  Set yang dihidangkan adalah Chi-Jeu Dak Festive Season  yang mempunyai 2 set menu. Satu Set Spicy Cheese Chi-Jeu Dark dan Kedua Set Honey Mustard Chi-Jue Dark.

Spicy Cheese Chi-Jeu Dak


Honey Mustard Chi-Jeu Dark Set



Air Minuman Aloe Cooler
(Mix Air Kelapa+Aloe Vera+Brown Sugar Sirap)
Seri Wangi rasa memanglah sedap kedua-dua set ni, terutamanya Honey Mustard memang Seri Wangi paling suka, begitu juga dengan air minuman kesihatannya iaitu Aloe Cooler campuran Air Kelapa+Aloe Vera+Brown Sugar Sirap...sedap dan menyejukkan tekak.  Dubuyo juga mempunyai menu set yang lain.







Happy sangat dan perut pun dah full makanan macam-macam sewaktu berbuka puasa tadi, layanan pun ramah tamah. Jadi sapa yang nak merasai makanan korea silalah datang ke Dubuyo Urban Korea Food di Quill City Mall KL.






Keterangan lanjut:

website:  DUBUYO


Intagram: @dubuyo_official/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan anda akan saya balas.