Ahad, 11 Jun 2017

BUFFET RAMADHAN 2017 @ RED CARPET AVENUE FELDA D'SAJI DI THE STRAND DAMANSARA



Salam 17 Ramadhan


Pejam celik pejam celik dah 17 hari kita berpuasa, Seri Wangi rasa masa berlalu dengan cepat sekali, kalau nak tau satu apa pun persiapan Seri Wangi belum siapkan, macam malas sangat nak sibuk-sibuk beli tu, beli ni...tak sibuk nak beli langsir baru, tak sibuk nak beli baju baru (nasib baik dapat baju sponsor), nak cat rumahlah....segala-galanya macam malas...! Tapi...kadang-kala Seri Wangi ni jenis buat persiapan last minit...huuuu....kuih raya pun belum beli lagi...ada tak yang nak sponsor kuih raya heee....!

Tapi....Seri Wangi sibuk dengan jemputan berbuka puasa, alhamdulillah....rezekilah katakan jangan ditolak...baru-baru ni Seri Wangi dapat jemputan untuk berbuka puasa Buffet Ramadhan dari Felda D'Saji  di Red Carpet Avenue, The Strand Mall, Damansara...Happening gitu...bestnya.





Wahh...tengok tempatnya pun dah rasa tak sabar nak menunggu berbuka puasa di sini dengan tempat terbuka, luas pemandangan dan semestinya terasa angin sepoi-sepoi bahasa bertiup (Open Air) sambil menikmati hidangan berbuka puasa...memang layan habis gitu.

Seri Wangi dah tengok menu hidangan yang disediakan oleh fD'Saji memang menyelerakan dan tidak sabar rasanya nak menunggu waktu berbuka. Terdapat banyak menu terutamanya Kambing Panggang, Lauk-Pauk Tradisi Kampung seperti Ikan Patin Masak Tempoyak kegemaran Seri Wangi...Ishh...banyaklah susah nak cakap dan nak pilih....tiga empat kali round cari apa yang nak dimakan....cukup menguji keimanan kita.


GERAI
Gerai Pencuci Mulut

Gerai Mee Rebus

Gerai Masakan Melayu Tradisional

Bubur Jagung
Buffet Menu

Gerai ABC & Icecream


MENU HIDANGAN






Sebenarnya banyak lagi menu hidangan fD'Saji sediakan nanti penuhlah pulak blog Seri Wangi dibuatnya, yang penting Seri Wangi berasa sangat puas hati dan happy menjamu selera sepanjang berbuka puasa...syukur alhamdulillah...terima kasih yang teramat sangat kepada fD'Saji.


Menggoda Air 3 Rasa & Warna

ABC + Icecream

Favorite Ikan Patin Masak Tempoyak





Seri Wangi nak sarankan kepada semua jomlah berbuka puasa di Red Carpet Avenue, The Strand, Damansara oleh fD'Saji pastinya semua akan berasa gembira dan puas hati berbuka di sini dengan harga promosi. Selain itu fDSaji juga ada di cawangan lain seperti Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan Kajang Perdana Avenue, Kajang, Selangor.





Untuk lebih lanjut hubungi:

Website:   Feldadsaji

IG :  @feldadsaji

12 ulasan:

  1. Wow what a beautiful venue this is. To be honest, I didn't expect much when I read 'FELDA'. HAHAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. l know what you think...haa...mesti you ingat kampung felda

      Padam
  2. What a big variety of food and great ambience, great for muslim friends for Ramadan 😊

    BalasPadam
  3. Wah! best juga tempat ini. Sesuai untuk functions and majlis kahwin juga.

    BalasPadam
  4. menarik.... kalau ada, lain kali share dan roger gak lah... hahahah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang pun ada 3 caw. paling best kat jalan Semarak..always full

      Padam
  5. Wow! Very nice & spacious place for bucks puasa dining! Wanna enjoy it with my Malay friends too ;) cheers, SiennyLovesDrawing

    BalasPadam
  6. Seem nice the food and the decoration. Thanks for sharing interesting buffet.

    BalasPadam
  7. Nice setup and the food looks delicious! Selamat berbuka :)

    BalasPadam
  8. The spread looks really good and the food looks amazing. Certainly very intriguing too :)

    BalasPadam

Thak You For Your Comment