JOM JALAN-JALAN CARI MAKAN DAN BERSHOPPING DI CIITA MALL - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 26 Mei 2017

JOM JALAN-JALAN CARI MAKAN DAN BERSHOPPING DI CIITA MALL



Salam dari Seri Wangi dan Selamat Berpuasa,



Happy sangat bila ada jemputan untuk makan-makan sempena menyambut bulan Ramadhan yang akan disambut beberapa hari lagi.  Jadi pertama kali Seri Wangi ke Citta Mall, Ara Damansara untuk menjamu selera sambil cuci mata bershopping untuk persediaan Hari Raya nanti. Seronok juga jejalan di Citta Mall ni...banyak betul outlet dan kedai makan yang Seri Wangi nampak terutamanya maknan Jepun ataupun Korea selain makanan Melayu dan Barat, pilih jerlah mana nak pergi makan bersama keluaga bila masa nak berbuka puasa di bulan Ramadhan nanti  jadi Seri Wangi sarankan bawalah keluarga bershopping di Citta Mall  kerana di sini banyak juga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Citta Mall untuk kanak-kanak semasa cuti sekolah dan juga pada musim hari perayaan.

Bila sampai di Citta Mall, Seri Wangi blurr...sebab Citta Mall sangat luas, nasib baik ada seorang pemuda handsome tunjukkan tempat yang hendak dituju di mana teman-teman lain sudah pun menunggu dan berkumpul untuk sama-sama menjamu selera di Restoren Onde-Onde di Ground Floor, namanya pun dah tau itu tempat makan dan unik.





Restoren Onde-Onde memang sangat luas dan cantik hiasannya serta santai sesuai membawa keluarga berbuka puasa di sini kerana Onde-Onde menyediakan masakan Melayu dan Kampung, cukup sedap dan menyelerakan. Paling Seri Wangi suka adalah Curry Laksa Seafood.









Hmmm....sedapnya...semestinya Seri Wangi akan membawa keluarga berbuka puasa di Onde-Onde. Antara menu-menu yang disediakan untuk kami seperti berikut:

       1.  Grilled Chicken Butter Cream Pasta
       2.  Curry Laksa Seafood
       3.  Signature Asam Laksa
       4.  Golden Banana Fritters with Gula Melaka
       5.  ABC Gula Melaka
       6.  Fried Rice Supreme
       7.  Passion Fruit with Lychee
       8.  Ribena Lychee
       9.  Teh Tarik

Seri Wangi rasa anda pun tentu terliur melihat menu-menu tersebut, jadi..apalagi bawalah keluarga singga di Restoran Onde-Onde.



Kami juga sempat singgah makan kat Iyakimono Japanese Snacks. Seri Wangi memang tidak pernah pun makan makanan Jepun, nilah first time makan, bila tengok banyaknya menu yang dihidangkan Seri Wangi jadi blurrr...nak makan yang mana satu dulu. Haaa,,,makan slow-slow rasa yang mana suka dulu.












Menu Iyakimono yang dihidangkan ialah:

       1.  Super value Set C (incl teppanyaki salmon, sanma, chicken,        Takoyaki, salad,soup, rice and green tea for 2 and 3 pax).
        2,  Grill Salmon Set
        3.  Australia Slice Beef Udon
        4.  Grill Squid
        5.  Grill Yakitori
        6.  Takoyaki Abalone
        7.  Takoyaki Octopus
        8.  Takoyaki Chicken Cheese
        9.  Ice Peach Tea
        10, Passion Fruit Drink

Bestkan tengok menu dia...sapa tak tertarik dan lapar menengoknya. Seri Wangi pun dah kenyang dan syukur alhamdulillah. Selepas Seri Wangi nak tenangkan minda dan fikiran pulak dan kami pun naik ke tingkat satu pulak nak mencari buku-buku yang berkenan. Masuk ke Times Book Store, Citta Mall dan membelek-belek buku masakan dan buku bacaan untuk cucu Seri Wangi, nampaknya banyak buku-buku di sini, tempatnya pun luas boleh lepak-lepak sambil membaca di sini. Oh ya..sesiapa yang hendak sembahyang selepas bebuka puasa dan mahu bersolat di Citta Mall ada surau di belakang Times Book Store.








Seri Wangi dah puas membaca dan membelek-belek buku-buku di Times Book Store, kami jalan-jalan pulak cuci mata ke Maju Home untuk melihat-lihat perabot dan peralatan rumah,pejabat, bilik tidur, ruang tamu dan juga lain-lain perabot yang banyak terdapat di Maju Home untuk kita memilih jika berkenan untuk Hari Raya nanti.












Seri Wangi memang suka decoration dalaman kat Maju Home sangat cantik dan menarik kalau Seri Wangi nak cantikkan rumah sudah tentu Seri Wangi datang ke Maju Home. Wah...dah penat ni, makan-makan dah sudah, baca buku cuci otak minda dah sudah, teangkan fikiran tengok hiasan dalaman pun sudah...Jom dia orang ajak Seri Wangi lepak-lepaklah pulak kat Fire Zone nak bagi Seri Wangi happy sambil nyanyi-nyanyi dan karaoke katanya...dia orang tak tahu Seri Wangi ni jenis bluurrr...pasal nyanyi karaoke ni,,,nanti ke laut sudahnya, tune entah mana..suara entah mana...tapi layan jerlah orang-orang muda ni sebab Seri Wangi memang satu kepala dengaqn dia orang tak kisah pun...tapi janganlah pulak gelak tengok Seri Wangi selfie sakan dan rehatkan badan yang dah letih ni.







Fire Zone juga turut mempromosikan khas untuk bulan Ramadhan iaitu:

1.  Dari Isnin hingga Khamis, beli 2 jam anda dapat percuma 1 jam (1 jam percuma hanya digunakan untuk pembelian seterusnya selama tempuh 1 bulan).

2.   Pihak Fire Zone juga menyediakan makanan ringan secara percuma (kuih dan lain-lain lagi) semasa berbuka puasa setiap hari di bulan Ramadhan bagi yang ingin berhibur).

Wah....Seri Wangi betul-betul gembira dapat bersama-sama dengan kawan-kawan makan-makan, cuci mata bershopping dan berhibur. Anda juga patut membawa keluarga anda di Citta Mall, Petaling Jaya untuk membeli-belah bagi persiapan Hari Raya nanti kerana banyak aktiviti-aktiviti dan promosi yang pihak Citta Mall adakan untuk sambutan bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.


CITTA MALL
No. 1 Jalan PJU 1A/48
Pusat Perdangangan Dana 1
47301 Petaling Jaya
Tel: +603-76625000

Instagram :  @cittamall


onde-onde iyakimono Time book store Citta Mall Maju Home

2 ulasan:

  1. I like to hang around Citta Mall sometimes, cos it is near my house je :)

    BalasPadam
  2. Banyaknya tempat untuk shop and makan around Citta Mall! There's more and more new mall around PJ and Kl area =)

    BalasPadam

Thak You For Your Comment