Follow Me and I Follow You

Ahad, 14 Mei 2017

GOLDEN LAND DREAM CAR EXPO 2017 DI MIDVALLEY


Golden Land Dream Car Expo

Salam Semua Reader Tersayang,


Seri Wangi kali ini nak cerita pasal pameran kereta, biasanya kalau cerita pasal kereta pastinya orang lelaki jer yang berminat nak tengok. Seri Wangi sebenarnya bukanlah tau sangat pasal kereta kalau nak tanya apa jenis kereta memang blur...tapi bila dapat jemputan dari Golden Land Expo (M) Sdn, Bhd terasa teruja pulak tak sabar-sabar nak pergi tengok. Kalau nak tahu Golden Land Expo (M) Sdn Bhd adalah syarikat terbesar yang menganjurkan event seperti Property,Automotive, Beauty, Health, Banking, Home Product, Consumer, Bridal dan Weekend Bazaar. Kali ini sekali lagi Golden Land menganjurkan expo kereta terbesar di mana peminat-peminat kereta dapat melihat dari dekat pelbagai jenis kereta berteknologi tinggi, canggih untuk pemasaran oleh pengeluar dan penjual kereta, car care product dan eksesori kereta di expo tersebut.

Bila menjejak kaki di Dream Car Expo di Mid Valley Exhibition Hall 2 & 3 dan terdapat 62 booths, Seri Wangi terasa terpukau melihat pelbagai jenis kereta mewah dan berteknologi tinggi dipamerkan. Apa lagi Seri Wangi ambil kesempatan berselfie sakan dengan kereta-kereta mewah di expo di situ. Sebelum kita masuk ke expo tersebut kita perlu mendaftar di kaunter pendaftaran di mana kita akan diberi sekeping kad yang perlu kita dapatkan 5 cop dari setiap Pit Stop dan ikut syarat yang diberikan bila sudah cukup 5 cop barulah kita tukarkan untuk dapat cenderahati dari pihak penganjur.


















Selain dari kereta mewah, ada juga dipamerkan motorsikal berkuasa tinggi, basikal dan booth-booth eksesori kereta, alatganti kereta, booth produk minyak hitam, hot wheel. Seri Wangi tengok ada juga terdapat kaunter Smart Tag yang dijual RM130, harga promotion di pameran tersebut RM99 apabila pelanggan membuat tempahan di Dream Car Expo 2017. Selain dari itu ada juga perkhidmatan UBER RIDES dengan harga RM20 untuk Pergi RM8 dan balik RM12 bagi pengunjung yang pergi ke Dream Car Expo. Di Dream Car Expo 2017 juga para pengunjug boleh menyemak status saman yang tertunggak dan boleh terus membayarnya di Hall 2, B37.








Smart Tag & Touch n Go

Perkhidmatan Uber

Check & Pay Summons

Wahh...semuanmya happening sungguh, Seri Wangi dan kawan-kawan dibawa oleh Melvin yang bertindak sebagai pemandu tour untuk kami melihat dream car idaman Seri Wangi, nampaknya nak beli memanglah tak mampu, cuma yang boleh dapat berselfie sakan. Dah puas round dan makan-makan kami sempat bergambar ramai-ramai dan diberikan Sijil Penghargaan yang buat pertama kali untuk blogger, memang best...!!










Sekiranya reader hendak tahu lanjut mengenai expo dream car dan lain-lain berkenaan expo yang akan datang bolehlah layari:



4 ulasan:

  1. Balasan
    1. haaa...fereri pun ada...selfie jer..blh

      Padam
  2. waa banyaknya kereta!! Plus all the design are so classy and pretty <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang byk pun..l xdpt nk tgk lama-lama sebab nk pg event lain..next year Jan 2018 dia orang akan buat event kat KLCC

      Padam

Ulasan anda akan saya balas.