Selasa, 30 Mei 2017

TEH TARIK MEGA 2017 BERSAMA HANG TARIK F&N DI MYDIN USJ

HANG TARIK F&N


Seri Wangi gembira dapat bertemu dengan Mahaguru Teh Tarik "Hang Tarik" di event F&N yang memperkenalkan Piawai Emas dan Mahaguru Teh Tarik "Hang Tarik" di Mydin USJ pada 20 Mei 2017.

Menerusi kempen Hang Tarik F&N  kita dapat berkongsi cara terbaik membuat Teh Tarik Ori dengan lebih sempurna denan kemanisan secukup rasa yang lemak berkrim dan berbuih cantik dengan hanya perlu "kahwinkan" Susu pekat manis F&N dan Susu Sejat F&N. Memangpun sedap Seri Wangi dah merasainya di majlis tersebut dan beberapa kali Seri Wangi minum memangpun Ori..!!

Jom kita tengok video F&N Raya dengan Hang Tarik yang membantu sebuah keluarga dalam menyediakan Teh Tarik untuk menyambut tetamu pada Hari Raya...sungguh kelakar dan menghiburkan.



AKSI HANG TARIK DAN PAKAR TEH TARIK F&N



Phakir, Naib Juara Raja Teh Tarik tahun 2013 dan 2014, memaparkan kekayaan budaya tradisional Kedah melalui persembahannya di F&N Teh Tarik Mega 2017.


Orang ramai tertarik dengan persembahan Raja Teh Tarik 2001 dan 

2005 Raja Elias, yang mempamerkan keharmonian 3 kumpulan 

etnik terbesar di Malaysia.



Naib Juara Raja Teh Tarik 2005, 2006 & 2007 Chef Matt, juga

dikenali sebagai Flying Chef, mempamerkan semangat pahlawan 

sebenar dengan persembahanya yang bertajuk Citarasa Pahlawan 

Berdansa.


PENGEMBARAAN HANG TARIK

Seri Wang tak sangka bila tiba-tiba masuk Cabaran Pengembaraan Hang Tarik, kelakar pun ada, rasa malu pun ada...tapi tak kisah sebab Seri Wangi enjoy betul dapat serta di acara F&N Teh Tarik Mega 2017, happening gitu...! 












Di Kempen Hang Tarik Mrga 2017, berbagai-bagai acara dan permainan yang diadakan pada hari tersebut seperti sesi foto dengan aksi Teh Tarik, Teka Gambar dan lain-lain lagi untuk berkongsi dengan Rakyat Malaysia cara terbaik membuat Teh Tarik Ori yang sempurna dengan produk Susu Pekat Manis F&N diperkayakan dengan kebaikan lemak berkrim dan Susu Sejat F&N menawarkan pilihan yang lebih sihat dan lebih lazat. Seri Wangsi beberapa kali minum Teh Tarik F&N memang sedap, berkrim dan ori gitu...!


Tarik Jangan Tak Tarik

F&N terus menjadi pilihan sejak turun temurun dan menjadi teman yang dipercayai dan memainkan peranan penting di dapur semua Rakyat Malaysia dan pengusaha F&B menerusi komitmen jenamanya dan menawarkan 'Pure Enjoyment.Pure Goodness' kepada golongan pengguna F&N.






Ahad, 28 Mei 2017

PROMOSI BUFFET RAMADAN DI RESTORAN NELAYAN GOMBAK

Lokasi Terbaru Restoran Nelayan Titiwangsa@Gombak

Salam Ramadan reader tersayang,

Seri Wangi nak ucapkan kepada semua umat Islam 'Selamat Berpuasa'  dan menjalankan ibadah puasa dan terawikh dengan penuh keinsafan dan semoga menjadi umat Islam yang beriman.

Seri Wangi dan keluarga kadang-kala terfikir untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga dan sering tercari-cari tempat yang menarik, menu buffet yang pastinya sedap untuk menjamu selera. Seri Wangi cadangkan kita berbuka puasa di Restoran Nelayan Titiwangsa@Gombak. Kalau nak tau dulunya Restoran Nelayan yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa, Seri Wangi sering juga ke sana apabila ada jamuan perpisahan untuk meraikan kawan-kawan yang bertukar ataupun bersara. Kini Restoran Nelayan yang baru di bawah pengurusan Syarikat Q'Sha Trading (M) Sdn Bhd yang telah beroperasi sejak bulan Jun 2016.

Kini Seri Wangi rasa gembira dapat datang ke Restoran Nelayan di Gombak yang pada pendapat Seri Wangi yang menarik dengan suasana desa dan menu masakan kampung. Sempena bulan Ramadan Restoran Nelayan Gombak mengadakan Promosi Buffet Ramadhan 2017- Sajian Warisan Selera Kita.

Harga Promosi Buffet Ramadhan
Tentu anda rasa hendak ke Restoran Nelayan Gombak bukan?Rugi kalau tidak ke sana sebab terdapat banyak menu dan hidangan untuk anda berbuka puasa terutama masakan kampung seni warisan yang mungkin tidak pernah anda merasainya. Seri Wangi sendiri tidak tahu hendak memilih hidangan yang bermacam-macam menu masakan yang lebih kurang 100 jenis hidangan yang disediakan oleh Restoran Nelayan.  Di samping itu sambil menjamu selera, kita juga dihiburkan oleh Busker "Lagu Dakwah dan Qasidah serta juga terdapat surau untuk solat dan ruang dewan untuk solat terawih.

Ruang Dewan Makan








Antara Menu-Menu Yang Dihidangkan
















Wahh...bestkan...? Betapa banyaknya menu-menu yang ada di Restoran Nelayan Gombak, pastinya Seri Wangi akan membawa keluarga atau belanja kawan-kawan di Restoran Nelayan yang terkenal dengan masakan warisan mereka. Apa lagi jangan terlalu fikir mencari tempat lain untuk berbuka puasa, jom terjah ramai-ramai ke Restoran Nelayan.

Restoran Nelayan Gombak
Batu 8 3/4, Jalan Gombak
(Dekat UIA)

Tel:  03-61858400/013-2237228




Sabtu, 27 Mei 2017

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA ANTARA JAKEL SHAH ALAM DAN AHLI PARLIMEN TANAH MERAH, KELANTAN

Menandatangi Perjanjian Antara Jakel Shah Alam dan Ahli Parlimen Tanah Merah


Seri Wangi telah hadir bersama rakan media  untuk menyaksikan Majlis menandatangani perjanjian usahasama antara YB Dato' Hj Ikmal Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan dengan kerjasama Jakel Shah Alam Trading Sdn Bhd untuk Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi-pengundi di Parlimen Tanah Merah, Kelantan.

SAMBUTAN HARI RAYA 2017

Sambutan Hari Raya tahun ini penduduk di Parlimen Tanah Merah tentu lebih ceria dan meriah menyambut Hari Raya kerana setiap keluarga bakal menerima sumbangan 60,000 pasang baju raya daripada YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan. Mulai hari ini dengan berbesar hati ingin memberikan sumbangan ikhlas kepada para pengundi beliau di Parlimen Tanah Merah, Kelantan pada bulan Puasa ini. Oleh itu beliau mengharapkan sedikit sebanyak sumbangan tersebut dapat mengembirakan penduduk di Tanah Merah, Kelantan di samping dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan. Hmmm....kalaulah Seri Wangi lahir di Tanah Merah pasti dapat juga sepasang baju raya tapi...Seri Wangi orang Kota Bharu, Kelantan!!Lahir jer kat sana tetapi membesar di KL.


Para penduduk akan menerima sumbangan baju raya yang berkualiti tinggi iaitu Baju Melayu untuk lelaki dan Baju Kurung untu perempuan serta baju kemeja untuk lelaki bukan muslim dan kain untuk perempuan bukan muslim. Lebih istimewa, mereka boleh membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak serta saiz yang diingini. Sumbangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemuanya akan menerima barangan masing-masing sebelum hari raya. Penebusan baju raya bermula dari 10 Ramadhan hingga 15 Syawal.





Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Jakal juga baru sahaja memperkenalkan  duta-duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Ashaari, Lara Alana, Harith Azreen, Hanis Zalikha, Hari ke diaman Yusuf Iskandar seta 2 icon kempen iaitu Janna Nick kiranya anda berani, Hairul Azreen, Haniz Iskandar, Yusuf Iskandar serta icon kempen - Jana Nick dan Rozita Che Wan




Selain dari itu, Jakel Shah Alam buat pertama kalinya bekerjasama dengan Haqqi (sebuah portal Online barangan haji & umrah dan barangan muslimah) membangunkan khemah besar jualan Aidilfitri bersebelahan Petronas, Seksyen 7, Shah Alam. Terdapat lebih 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan bermula esok hingga malam raya.    

Jakel Shah Alam

 No. 27, 29, 31, 33 & 35, Jalan Plumbum S7/S, 
Seksyen 740000 Shah Alam, Selangor





Jumaat, 26 Mei 2017

JOM JALAN-JALAN CARI MAKAN DAN BERSHOPPING DI CIITA MALL



Salam dari Seri Wangi dan Selamat Berpuasa,



Happy sangat bila ada jemputan untuk makan-makan sempena menyambut bulan Ramadhan yang akan disambut beberapa hari lagi.  Jadi pertama kali Seri Wangi ke Citta Mall, Ara Damansara untuk menjamu selera sambil cuci mata bershopping untuk persediaan Hari Raya nanti. Seronok juga jejalan di Citta Mall ni...banyak betul outlet dan kedai makan yang Seri Wangi nampak terutamanya maknan Jepun ataupun Korea selain makanan Melayu dan Barat, pilih jerlah mana nak pergi makan bersama keluaga bila masa nak berbuka puasa di bulan Ramadhan nanti  jadi Seri Wangi sarankan bawalah keluarga bershopping di Citta Mall  kerana di sini banyak juga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Citta Mall untuk kanak-kanak semasa cuti sekolah dan juga pada musim hari perayaan.

Bila sampai di Citta Mall, Seri Wangi blurr...sebab Citta Mall sangat luas, nasib baik ada seorang pemuda handsome tunjukkan tempat yang hendak dituju di mana teman-teman lain sudah pun menunggu dan berkumpul untuk sama-sama menjamu selera di Restoren Onde-Onde di Ground Floor, namanya pun dah tau itu tempat makan dan unik.





Restoren Onde-Onde memang sangat luas dan cantik hiasannya serta santai sesuai membawa keluarga berbuka puasa di sini kerana Onde-Onde menyediakan masakan Melayu dan Kampung, cukup sedap dan menyelerakan. Paling Seri Wangi suka adalah Curry Laksa Seafood.









Hmmm....sedapnya...semestinya Seri Wangi akan membawa keluarga berbuka puasa di Onde-Onde. Antara menu-menu yang disediakan untuk kami seperti berikut:

       1.  Grilled Chicken Butter Cream Pasta
       2.  Curry Laksa Seafood
       3.  Signature Asam Laksa
       4.  Golden Banana Fritters with Gula Melaka
       5.  ABC Gula Melaka
       6.  Fried Rice Supreme
       7.  Passion Fruit with Lychee
       8.  Ribena Lychee
       9.  Teh Tarik

Seri Wangi rasa anda pun tentu terliur melihat menu-menu tersebut, jadi..apalagi bawalah keluarga singga di Restoran Onde-Onde.



Kami juga sempat singgah makan kat Iyakimono Japanese Snacks. Seri Wangi memang tidak pernah pun makan makanan Jepun, nilah first time makan, bila tengok banyaknya menu yang dihidangkan Seri Wangi jadi blurrr...nak makan yang mana satu dulu. Haaa,,,makan slow-slow rasa yang mana suka dulu.












Menu Iyakimono yang dihidangkan ialah:

       1.  Super value Set C (incl teppanyaki salmon, sanma, chicken,        Takoyaki, salad,soup, rice and green tea for 2 and 3 pax).
        2,  Grill Salmon Set
        3.  Australia Slice Beef Udon
        4.  Grill Squid
        5.  Grill Yakitori
        6.  Takoyaki Abalone
        7.  Takoyaki Octopus
        8.  Takoyaki Chicken Cheese
        9.  Ice Peach Tea
        10, Passion Fruit Drink

Bestkan tengok menu dia...sapa tak tertarik dan lapar menengoknya. Seri Wangi pun dah kenyang dan syukur alhamdulillah. Selepas Seri Wangi nak tenangkan minda dan fikiran pulak dan kami pun naik ke tingkat satu pulak nak mencari buku-buku yang berkenan. Masuk ke Times Book Store, Citta Mall dan membelek-belek buku masakan dan buku bacaan untuk cucu Seri Wangi, nampaknya banyak buku-buku di sini, tempatnya pun luas boleh lepak-lepak sambil membaca di sini. Oh ya..sesiapa yang hendak sembahyang selepas bebuka puasa dan mahu bersolat di Citta Mall ada surau di belakang Times Book Store.








Seri Wangi dah puas membaca dan membelek-belek buku-buku di Times Book Store, kami jalan-jalan pulak cuci mata ke Maju Home untuk melihat-lihat perabot dan peralatan rumah,pejabat, bilik tidur, ruang tamu dan juga lain-lain perabot yang banyak terdapat di Maju Home untuk kita memilih jika berkenan untuk Hari Raya nanti.












Seri Wangi memang suka decoration dalaman kat Maju Home sangat cantik dan menarik kalau Seri Wangi nak cantikkan rumah sudah tentu Seri Wangi datang ke Maju Home. Wah...dah penat ni, makan-makan dah sudah, baca buku cuci otak minda dah sudah, teangkan fikiran tengok hiasan dalaman pun sudah...Jom dia orang ajak Seri Wangi lepak-lepaklah pulak kat Fire Zone nak bagi Seri Wangi happy sambil nyanyi-nyanyi dan karaoke katanya...dia orang tak tahu Seri Wangi ni jenis bluurrr...pasal nyanyi karaoke ni,,,nanti ke laut sudahnya, tune entah mana..suara entah mana...tapi layan jerlah orang-orang muda ni sebab Seri Wangi memang satu kepala dengaqn dia orang tak kisah pun...tapi janganlah pulak gelak tengok Seri Wangi selfie sakan dan rehatkan badan yang dah letih ni.







Fire Zone juga turut mempromosikan khas untuk bulan Ramadhan iaitu:

1.  Dari Isnin hingga Khamis, beli 2 jam anda dapat percuma 1 jam (1 jam percuma hanya digunakan untuk pembelian seterusnya selama tempuh 1 bulan).

2.   Pihak Fire Zone juga menyediakan makanan ringan secara percuma (kuih dan lain-lain lagi) semasa berbuka puasa setiap hari di bulan Ramadhan bagi yang ingin berhibur).

Wah....Seri Wangi betul-betul gembira dapat bersama-sama dengan kawan-kawan makan-makan, cuci mata bershopping dan berhibur. Anda juga patut membawa keluarga anda di Citta Mall, Petaling Jaya untuk membeli-belah bagi persiapan Hari Raya nanti kerana banyak aktiviti-aktiviti dan promosi yang pihak Citta Mall adakan untuk sambutan bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.


CITTA MALL
No. 1 Jalan PJU 1A/48
Pusat Perdangangan Dana 1
47301 Petaling Jaya
Tel: +603-76625000

Instagram :  @cittamall


onde-onde iyakimono Time book store Citta Mall Maju Home