Follow Me and I Follow You

Sabtu, 1 April 2017

MERANCANG PERSEDIAAN BAJU RAYA DI BUTIK PHFASHION


Assalamualaikum readers tersayang,



First time Seri Wangi menjejak kaki di GM Klang, pusat membeli-belah terbesar di Klang. Apa yang Seri Wangi tahu biasa mak-mak andam selalu memborong baju pengantin di sini tapi bila pertama kali sampai di GM Klang rupa-rupanya kawasannya samgatlah luas lebih kurang macam di Nilai. Di sini ada Block A,B dan C. Seri Wangi telah dijemput untuk meraikan majlis pembukaan Butik PH Fashion yang baru di Block B selain Butik PH Fashion di Block A Lot 2 Floor-126.

Bila Seri Wangi sampai di Butik PH Fashion....terus tertarik dan jatuh hati melihat pakaian-pakaian yang berada di Butiknya. Harga pun berpatutan dan mampu milik dari RM5-RM80. Rasanya berjam-jamlah juga Seri Wangi membelek-belek baju-baju di butik tu, rambang mata betul.























Seri Wangi ni memang jenis rambang mata kejap nak yang amik baju jubah, kejap nak amik baju kurung, kejap nak cuba baju blouse, habis semua baju Seri Wangi cuba dan posing, last Seri Wangi berkenan baju kurung lace warna purple sebab cantik dan sesuai dengan Seri Wangi, yang bestnya sales girl di butik layan jerlah kerenah Seri Wangi.

Ala-Ala Seloma



Baju Kurung Pilihan Hati

Seri Wangi rasalah kalau duduk lama kat Butik PHFashion tu maunya Seri Wangi beli banyak tapi....beli masanya nanti sipan duit dulu barulah boleh nak beli banyak mana untuk Hari Raya nanti lagi pun sekarang PHFashion-Pearl Habour kini sudah mempunyai laman website di mana kita boleh membeli secara online dan banyak pilihan untuk kita membeli-belah di website PHFashion, facebook page dan Instagram PH Fashion..








Jom apa tunggu lagi hari minggu ajak hubby singgah di Butik PHFashion-Pearl Habour di Block B Lot G Floor 98-100. Kalau nak ke GM Klang naik Komuter pun boleh dari Kuala Lumpur ke Station Klang, dari Station Klang Seri Wangi kena naik Teksi RM20.00 jauh juga perjalanannya nasib baik masa nak balik menantu yang tinggal di Bandar Klang amik Seri Wangi dan belanja makan. 






Akhir sekali Seri Wangi nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Butik PH Fashion di atas jemputan ke majlis pembukaan Butik PH Fashion dan Sri Wangi sangat happy dan rasa berbaloi datang jauh-jauh dari Sungai Buloh ke GM Klang dan berharap para reader semua mulalah boleh cuci mata di Butik PH Fashion.


Tiada ulasan: