Isnin, 10 April 2017

FIRST TIME LUNCH DI NEXTFOOD JUNCTION KLANG PARADE

Assalamualaikum readers tersayang,


Cuti-cuti ni Seri Wangi nak window shopping, biasanya Seri Wangi shopping kat KL tapi kali ni Seri Wangi nak tray jalan-jalan bershopping and cari makan di Klang Parade jumpa kawan-kawan kat sana. Lagipun ada kawan yang masuk pertandingan nyanyian Karaoke #1min2Fame di Klang Parade. Nak cite sikit ni Seri Wangi ke sana menaiki Komuter dari Sungai Buloh ke Stesyen Klang sebab encik suami tersayang ada hal tak dapat nak hantar Seri Wangi. No problem...sebab Seri Wangi dah biasa jalan-jalan naik public transport ni, dari Sungai Buloh ke Klang makan masa dalam 2 jam jugak. Seri Wangi amik teksi ke Klang Parade kena charge RM15.00, kawan cakap kalau amik Grabcar cuma kena bayar RM6.00 jer...hmmmm nak buat macam mana Seri Wangi tak reti nak bergrabcar ni.

LUNCH DI NEXTFOOD JUCTION


Nextfood Junction Klang Parade

Akhirnya Seri Wangi sampai juga di Klang Parade, first time masuk Klang Parade ni, shopping mall di Bandar Klang ni sangat luas dan pelbagai yang ada di sini. Perut pun dah berkeroncong, laparlah sangat jadi sebelum Seri Wangi jalan-jalan window shopping Seri Wangi dah janji dengan kawan-kawan nak lunch bersama. Mereka tunggu Seri wangi di Nextfood Junction, Tkt 5. Bila Seri Wangi sampai di situ ada dua kedai untuk Non Halal dan Halal.

Seri Wangi gembira dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang telah menunggu, apa lagi time nak pilih apa yang hendak di makan. Seri Wangi nampak banyak Stall di situ, round beberapa kali nak cari makanan yang berkenan. Ada Stall Claypot, Western Food, Nasi Ayam, Pelbagai Sop, Minuman dan banyak lagi.



Last Seri Wangi amik Claypot Chicken Rice + mushroom dan minuman Carot Jus dan tapau chicken chop untuk hubby. Masing-masing enjoy menjamu selera, bila dah kenyang barulah boleh shopping sakan di Nextladies pulak.





Tengok wajah masing-masing happy sakan enjoy menjamu selera dengan pilihan makanan kegemaran masing-masing di Nextfood Junction.









Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Nextfood Junction bolehlah layari di social media;



WINDOW SHOPPING DI NEXT LADIES KLANG PARADE


Apabila perut dah kenyang, barulah ada tenaga nak bershopping, cuci matalah pulak. Pusing-pusing area Klang Parade Mall ternampaklah Butik Next Ladies, Tkt 1 bersebelahan dengan APT Salon dan berdekatan dengan KAMDAR,  apa lagi Seri Wangi dan kawan-kawan terus masuk ke alam. Wooowww...besarnya Butik Nxt Ladies, semua baju-baju yang ada adalah keluaran terbaru mengikut tred terkini terutamanya baju-baju kurung modern, blouse, seluar dan pelbagai lagi. Juling jugak mata menengoknya biasalah orang pompuan sampai lupa diri bila time shopping tapi macam Seri Wangi boleh control lagi sebab kena tengok bajet jugak. Seri Wangi last amik dua tiga pasang baju yang sesuai, cantik dan murah kerana di Next Ladies kebanyakkan pakaiannya mempunyai harga yang mampu dibeli oleh pelanggan dari RM19.90 hingga harga yang berpatutan tengok pada tred terkini. Masa sakan round bershopping terserempak pula dengan Dina Nazhir yang juga sempat bershopping sebelum hadi sebagai Juri di KSong 1min2Fame di ground floor.













Sesiapa yang berminat berniaga disini, boleh hubungi
Cik Azel di talian 012-3138668.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Nest Ladies
boleh layari:

www.facebook.com/nexladiesmy
www.instagram.com/nextladiesmy

1 Min 2 Fame Karaoke Competition


Seri Wangi dah habis shopping dan puas hati, happy yang teramat sangathari tu. Makan dah, Shopping pun dah apa lagi kami ramai-ramai serbu ke Concourse untuk melihat Karaoke Competition anjuran KSong Family KTV. Juri utama pertandingan karaoke tersebut adalah Dina Nazhir. Riuh Rendah dengan tepukan orang ramai dan kami semua menyokong Reef dan melihat peserta-peserta pertandingan tersebut. Seri Wangi hanya dapat menonton 3 persembahan peserta karaoke sebab Seri Wangi terpaksa berbegas pulang. Keputusan yang Seri Wangi ketahui ialah:

Champion :  Faisal Md Saad
1st Runner Up : Ardi Gunsuh
2nd Runner Up: Shariffudin Azhar bin Omar





Kesimpulannya pada hari Sabtu adalah kenangan manis buat Sei Wangi kerana dapat bertemu dengan kawan-kawan, bersama jalan-jalan cari makan, bershopping dan memeriahkan suasana di Pertandingan Karaoke 1 min 2 Fame di Klang Parade. Jomlah kita beramai-ramai ke Klang Parade, Pusat Membelah-belah di Klang. 

6 ulasan:

  1. banyak juga makanan akak hehe maklumlah sesama datang single hehe

    BalasPadam
  2. Tak pernah lagi makan kat sini. Bolehlah try next time! Thanks for sharing serai wangiii

    BalasPadam

Thak You For Your Comment