Ahad, 16 April 2017

BEAUTE LIBRARY MEMBUATKAN WAJAHKU MUDA SEMULA




Assalamualaikum reader tersayang,

Entry kali Seri Wangi nak cerita pasal kecantikan wajah, dah lama Seri Wangi tidak merawat wajah Seri Wangi, almaklumkan tidak ada masa terluang dan ikut bajet. Haaa.....tengok logo kat atas tu, itu adalah Logo Beaute Library (Bunga Ros) . Seri Wangi rasa beruntung sekali Beaute Library sudi beri Seri Wangi Complimentary One (1) Beaute Floral Essential Hydrating Enriching Facial Treatment worth RM880 (150 minutes). Kalau nak tau Beaute Library (MyTownKL) adalah outlet yang baru dibuka. Brand Beaute Library ialah Pusat Kecantikan - Beaute Internation yang terkenal dan mempunyai 7 lagi outlet di Lembah Klang seperti di Mid Valley, USJ Taipan, Puchong (Setiawalk), Kota Damansara, Kepong, Cheras Mahkota dan yang terbaru semestinya di MYTOWN KL.

BEAUTE LIBRARY MYTOWNKL


First time Seri Wangi nak ke MytownKL, bukannya tak biasa jalan KL namun Seri Wangi tak dapat bayangkan letaknya MyTownKL di tengah-tengah bandar. Lagipun Seri Wangi ke sana menaiki train LRT turun di Station  Chan Sow Lin dari situ kita boleh naik teksi ataupun bas Rapid.  MyTownKL Shopping Centre terletak di Jalan Cochrance,Cheras dan berdekaan dengan IKEA dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrance.  Berpeluh jugalah Seri Wangi mencari outlet Beaute Library sebab Shopping MyTwonKL memang tersangatlah besar dan luas, Seri Wangi nampak Parkson Grand dan IKEA yangmana kita boleh masuk dari IKEA ataupun dari pintu masuk MyTownKL. Walaupun Seri Wangi dah naik ke tingkat 2, namun masih lagi tercari-cari outletnya, last susah-susah sangat Seri Wangi tanya pengawal keselamatan di situ, baiknya hati dibawa Seri Wangi sampai jumpa outlet Beaute Library, L2-09.berdekatan dengan Shakura Pigmentation Beauty.



FACIAL TREATMENT

Leganya Seri Wangi bila dah jumpa Outlet Beaute Library di depan mata.  Bila saja Seri Wangi masuk ke dalam Seri Wangi dilayan oleh Christy, Manager Beaute Library dan Lin Yuk Ching -Beauty Consultant/Beautician.  Sebelum Seri Wangi memulakan facial treatment, Christy elah melakukan imbasan kulit wajah pada Seri Wangi. Aduii...bila melihat sendiri  imbasan kulit muka Seri Wangi terperanjat dibuatnya bila tengok kulit muka kita berkedut dan kering terutamanya di bahagian mata, dahi dan pipi, kelihatan kusam dan tidak bermaya. Setelah melakukan imbasan dan soal selidik tentang kulit wajah barulah Christy menentukan facian treatment yang sesuai dengan kulit wajah Seri Wangi. Christy telah menetapkan bahawa  Beaute Floral Essential Hydrating Enriching Treatment sangat sesuai untuk kulit wajah Seri Wangi.  Lin Yuk Ching seorang beautician telah membawa Seri Wangi ke bilik treatment untuk menukar pakaian dan memulakan treatment untuk Seri Wangi.

Beaute Floral Essential Hydrating Enriching Treatment


          Step 1      -    First clean with cleanser Milk

          Step 2      -     Double cleanser with Floral Gel  

          Step 3      -     Exforating with steamer

          Step  4     -     Extrating

          Step  5     -     Collegen gel + machine hit up

          Step 6     -      Lifthing massage & shoulder relexing massage

          Step 7     -      Rose mask      -  hydrating
                                                        -  anti-aging
                                                        -  collegen


Hampir 3 jam juga facial treatment yang Seri Wangi terima, relex habis dan gembira bila sudah selesai facial treatment yang Lin Yuk Ching lakukan terasa wajah muda semula.  Seri Wangi sekali lagi diminta melakukan imbasan kulit wajah. Wow....sangat happening bila melihat kulit Seri Wangi tidak berkedut lagi, sudah banyak kekurangan terutamanya di bahagian dahi, keliling mata dan pipi. Kulit wajah Seri Wangi kembali anjal, gebu dan berseri dan semestinya nampak awet muda. Terima kasih Seri Wangi pada Christy dan Lin Yuk Ching yang memberi layanan terbaik dan mesra. Mungkin Seri Wangi akan datang lagi sambung Facial Treatment di Beaute Library.





Sorrylah ganbar tak berapa terang sebab di dalam outlet Beaute Library gelap sedikit.  Kepada readers yang mahu membuat treatment di Beaute Library MYTownKL bolehlah hubungi:


BEAUTE LIBRARY

Phone :  03-58911314/HP: +60129261838

Website :  beautelibrary.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment