Rabu, 15 Mac 2017

PRESS CONFERENCE KEJOHANAN BOLA TAMPAR PANTAI SIRI DUNIA FIVB 2017 DI ASEAN

Assalamualaikum pembaca semua,

Hari ini saya telah hadir ke Press Conference Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 di ASEAN di mana Malaysia telah menjadi Tuan Rumah Pertama.  Pemain terungul Negara akan bersaing dengan 12 Negara demi merebut kejuaraan sulung di kejohanan tersebut.

Press Conference Beach Volleyball

Persekutuan Bola TamparAntarabangsa (FIVB) telahmengesahkan Malaysia sebagai negara pertama di ASEAN untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017. Kejohanan Terbuka Malaysia ini akan diadakan di Pantai Cenang, Langkawi, Kedah pada hari Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 April 2017. 32 pasukan Antarabangsa dari Austria, Kanada, Cuba, Republik Czech, England, Jerman, Indonesia, Italy, Malaysia, Scotland, Afrika Selatan, Sepanyol dan Switzerland akan bersaing untuk gelaran sulung kejohanan tersbut dan hadiah wang tunai berjumlah USD20,000 (MYR89,000).

“E-Plus amat berbesar hati untuk menjadi penganjur pertama Kejohanan Bola Tampar Pantai di Malaysia. Setakat ini, kami telah menganjurkan pelbagai acara bertaraf Antarabangsa, dan penambahan acara bola tampar pantai ini diharapkan agar dapat menonjolkan lagi keupayaan kami sebagai syarikat persendirian yang mampu melaksanakan program-program bertaraf global,” kata Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global Sdn Bhd.


FIVB merupakan badan pentadbiran  antarabangsa untuk sukan Olimpik Bola Tampar. Malaysia akan menjadi negara kedua
sebagai Tuan Rumah Siri Dunia 1-Bintang (WT1) selepas Shepparton, Australia. Seterusnya, untuk kalendar 2017, Siri FIVB WT1 yang akan beralih ke Pacific Harbour di Fiji, Agadir di Maghribi, serta Daegu dan Ulsan di Korea Selatan.

“Pemilihan Malaysia sebagai Tuan Rumah Pertama di ASEAN membuktikan keupayaan kami dalam penghasilan acara berperingk Atantarabangsa. Penganjuran acara Bola Tampar bertaraf Sukan Olimpik yang diiktirafkan oleh FIVB akan mentransformasi dan meningkatkan imej kita sebagai Hab Sukan Antarabangsa. Ini memainkan peranan yang amat penting dalam peningkatan ekonomi pelancongan negara ini,” kata Tony Nagamaiah, Pengurus Besar Malaysia Major Events, yang merupakan satu bahagian dalam Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.




“Acara sukan merupakan salah satu penyumbang tetap kepada ekonomi pelancongan negara. Ianya boleh meningkatkan pelancongan domestik dan antarabangsa. Penganjuran acara yang baik berserta dengan penyertaan secara besar-besaran seperti FIVB akan menarik perhatian dan penyertaan pelancong asing ke Malaysia. Kebanyakan lokasi untuk acara sukan terletak di kawasan perkhidmatan utama yang menawarkan pelbagai kemudahan dan pengalaman indah kepada pelancong. Ini termasuk hotel bertaraf dunia, kawasan yang unik, warisan kebudayaan dan pelbagai tempat membeli-belah. Selain daripada itu, Langkawi juga dilengkapi dengan landskap pantai yang indah dan bersih, hutan paya bakau, makanan tempatan yang lazat serta kehidupan malam yang menyeronokkan untuk pelawat antarabangsa,” tambah Tony.

“Terdapat banyak prosedur yang telah ditetapkan oleh FIVB untuk penganjuran acara bola tampar pantai ini  termasuk lah kualiti pasir iaitu satu faktor utama yang sangat dititikberatkan. Kami amat gembira dan berbesar hati apabila FIVB telah meluluskan kegunaan Pantai Cenang sebagai salah satu lokasi untuk acara bola tampar pantai antarabangsa. Ini telah membuktikan bahawa Langkawi bukan sahaja destinasi pelancongan yang menarik malah Langkawi juga mempunyai pantai yang berkualiti tinggi,” tambah Nor Aznan bin Sulaiman, Pengurus Bahagian Promosi Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan. Tambahan beliau,  “ini akan memberikan kesan yang positif dan meningkatkan ekonomi pelancongan Langkawi secara langsung.”


Hanif Basree,Andrew Ching, Tony Nagamaiah

Semenjak penubuhan FIVB pada tahun 1987, Langkawi merupakan lokasi yang ke 365 untuk kejohanan bola tampar pantai lelaki manakala ini merupakan lokasi yang ke 317 untuk kejohanan bola tampar pantai wanita, yang ditubuhkan 3 tahun selepas penubuhan FIVB iaitu pada tahun 1992. 

Hanif Basree bin Abdul Rahman, Timbalan Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) menunjukkan keterujaan beliau apabila Malaysia diamanahkan oleh FIVB untuk menjadi tuan rumah pertama di ASEAN. “MAVA akan menurunkan semua pegawai utama demi memastikan pelancaran kejohanan ini. Kami berharap agar kejohanan ini akan terus memberikan inspirasi kepada peminat acara bola tampar serta dapat mengetengahkan lagi bakat mereka.”


Pas masuk untuk sehari atau pakej masuk untuk dua hari boleh didapati melalui website www.airasiaredtix.com mulai hari ini. Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 Terbuka Malaysia dianjurkan oleh E-Plus Global Sdn Bhd; diiktirafkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA); dan disokong oleh Malaysia Major Events, satu bahagian dalam Malaysia Convention & Exhibition Bureau (agensi di bawah Kementerian Pelancongandan Kebudayaan Malaysia), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Bandaraya Pelancongan Langkawi, Majlis Daerah Langkawi, Meritius Pelangi Beach Resort & Spa dan Aseania Langkawi Resort & Spa.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook FIVB Beach Volleyball 

World Tour – Malaysia Open.



 PERSEKUTUAN BOLA TAMPAR ANTARABANGSA (FIVB)


Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) merupakan badan pentadbiran yang bertanggungjawab untuk segala permainan Bola Tampar peringkat Antarabangsa. Bekerjasama denga nnegara persekutuan dan perusahaan swasta, FIVB bertujuan untuk membangunkan permainan bola tampar sebagai sebuah sukan hiburan memalui perancangan yang rapi dan penganjuran pertandingan, pemarasaran serta pembangunansukan bola tampar yang bertaraf dunia. FIVB merupakan sebahagian daripada Pergerakan Olimpik yang menyumbang kepada kejayaan Sukan Olimpik. www.fivb.com

MALAYSIA MAJOR EVENTS

Malaysia Major Events (MME) merupakan sebuah bahagian di bawah Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC). MME ditubuhkan khas di bawah Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP) untu kmengenal pasti, mempromosi dan menyokong acara-acara antarabangsa yang berpotensi untuk dianjurkan di Malaysia. Selaras dengan objektif utamanya untuk membantu perkembangan ekonomi negara dan meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa, MME juga berperanan untuk mengenal pasti dan menyokong bidaan acara-acara utama dalam bidangsukan, seni, gaya hidup dan hiburan serta memberi sokongan kepada acara-acara penganjuran dalaman (home-hosted) atau acara-acara yang dibangunkan sendiri (home-grown) bagi mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk acara-acara antarabangsa di rantau ini. MME juga bertindak sebagai pemudah cara antara sektor awam dan swasta dalam memastikan kelancaran proses terlaksana melalui hubungan sinergi dengan pelbagai pihak yang terlibat dalam menjayakan acara-acara antarabangsa di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, 
Sila layari: www.mymajorevents.com.my dan ikuti perkembangan kami di www.facebook.com/MyCEB, twitter @MyMajor Events dan Instagram @mymajorevents

      LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk merancang dan promosi, serta membangunkan Langkawi. Ditubuhkanpada 15 Mac 1990, lembaga ini memulakan promosi Langkawi sebagai destinasi pelancongan terutamanya di segmen MICE. Langkawi telah diiktirafkan sebagai Geopark UNESCO Antarabangsa yang pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara. 
www.lada.gov.my


 E-PLUS GLOBAL SDN BHD

Ditubuhkan pada tahun 2004, E-Plus Global Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengurusan acara yang berkeseluruhan. Syarikat ini terdiri daripada sebuah pasukan yang dinamik dan kreatif untuk menjana idea-idea yang inovatif dalam perlaksanaan dan perancangan aktiviti-aktiviti untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Diiktirafkan sebagai salah satu agensi pengurusan acara yang paling berpengalaman di rantau Asia, syarikat ini sedang menuju untuk meningkatkan amalan industri melalui idea-idea yang unik, kreatif dan innovatif. Kebelakangan ini, E-Plus telah mengembangkan operasinya ke lima negara termasuk Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.
www.eplusglobal.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment