Follow Me and I Follow You

Ahad, 12 Mac 2017

PERANAN WANITA DALAM KEPIMPINAN KELUARGA SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

UNTUK WANITA
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN
STELLAVINGZE INTERNATIONAL

SELAMAT HARI WANITA
Saya sebagai seorang wanita berasa sangat bangga dan gembira kerana jasa dan usaha kita sebagai seorang wanita amat dihargai dan diingati dengan adanya Hari Wanita Sedunia yang disambut oleh seluruh dunia setiap tahun yang jatuhnya setiap 08 Mac, oleh itu saya rasa amat bertuah dapat jemputan untuk meraikan Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International di Menara Melilea Bangsar South bersama tokoh-tokoh wanita berjaya bersama Puteri Umno Lembah Pantai.

Kehadiran mereka dapat memberi impirasi kepada setiap wanita agar terus maju dan bersemangat dalam mengendalikan dan memimpin anak-anak agar berjaya dalam kehidupan mereka. Tujuan majlis malam ini diadakan adalah untuk menggalakkan wanita di Malaysia dapat berusaha memajukan negara sama ada dalam bidang ekonomi ataupun menyumbang ke arah menjadikan Malayia sebah negara yang lebih maju dan makmur.  

Di Majlis Sambutan Hari Wanita malam tersebut, pihak Stellavingze International telah menjemput tokoh-tokoh wanita yang sangat dikenali dalam sesi Bual Bicara sebagai ahli panel untuk berbicara tentang peranan wanita.


Sesi Bual Bicara


Tokoh Wanita Jemputan


Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail

1.    Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail - Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA).  Wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Beliau mengulas tentang bagaimana beliau mampu membentuk seorang anak yang kecil untuk bercita-cita tinggi dan menyokong sehingga cita-citanya tercapai. Beliau berkata, hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan kepada mereka. Tambahan beliau lagi wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa. Tidak seperti zaman yang lalu, wanita kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi 'influencer' dan contoh akhlak serta budi pekerti yang baik. 

Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunya prinsip dan intergriti serta bijak membahagikan waktu dalam kempimpinan keluarga mahupun organisasi.  Beliau mengakhiri ucapan dengan pesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan  dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga.

Datin Azizan bt Hj Shariff

2.    Datin Azizan bt Hj Shariff - Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai. Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizan menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan utamakan keluarga. 

Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah sepenuh masa harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Bagi wanita yang berkerjaya pula beliau menasihatkan untuk sekali-sekala adakan sebuah majlis atau jamuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Beliau juga berpesan bagi wanita untuk sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan diri.

Datin Noor Faezah binti Mohd Ashref
3.    Datin Noor Faezah binti Mohd Ashref - Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang. Datin Noor Faezah memulakan forum dengan berpendapat bahawa wanita hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Beliau menambah wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan sempurna dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik.  Beliau juga berpendapat wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka. 

Mengulas tentang aktiviti Yayasan Wanita Cemerlang, beliau berkata bahawa insan yang memerlukan amat sukar untuk dicari dan justeru itu, tugas kita sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab perlu menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah. Akhir kata beliau berkata bahawa wanita mempunyai lumrah dan sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat menghadapi cabaran,

Ms Wee Siew Ling
4.   Ms Wee Siew Ling - Pengarah Urusan Stellavingze International.  Ms Wee Siew Ling yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Stellavingze International berkata bagi seorang ibu yang bekerja seperti beliau, selalu menghadapi kekangan masa. Beliau perlu bijak mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri dan selalunya beliau sering mengorbankan diri sendiri. Namun begitu, beliau berkata tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan jika wanita pandai membahagikan masa. Beliau memetik formula Datuk Stella Chin Pengasas Stellavingze International; Kebahagiaan wanita = (+) Kasih sayang/cinta , (-) Kebencian/ kemarahan , (x) Kesyukuran , (÷) Umpatan/ gosip.

Beliau berpandukan formula itu selama 13 tahun dalam karier beliau berlangsung dan mendapati diri beliau adalah lebih bahagia. Beliau juga menggunakan kesempatan ini untuk mengajak wanita menyertai Stellavingze International dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang. Mengakhiri ucapan beliau, beliau berkata wanita umpama air yang mudah membiasakan diri dalam apa-apa keadaan, namun begitu jangan sekali-kali mencabar mereka kerana lautan yang tenang juga bakal membawa tsunami. 

Stellavingze International 


Stellavingze Smart Star  - Peningkatan Nilai Kewanitaan.

Objektif - Membantu wanita dalam mengurus diri.
    * Berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya.
    * Menerap kasih sayang dan kekal dalam perkahwinan
    * Kebahagian diberi keutamaan dalam keluarga
    * Mendidik anak-anak agar menjadi insan berguna
    * Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah 

Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:

·      *Kelas Imej
    * Kesihatan dan Kecantikan
    * Pembentukan Minda dan Rohani
    * Pengurusan Rumah Tangga
    * Interaksi Bersama Anak
    * Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah 
S     

       Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart  Star:

Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya 

seorang wanita yang lebih bahagia

 Kelayakan:

PendidikanDiploma / Ijazah
Pengalaman2 tahun ke atas
Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang

Syarat-syarat kemasukan:  

Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita.

Perlu menjadi ahli Stellavingze International 

Maklumat lanjut boleh layari:



SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA










Tiada ulasan: