Follow Me and I Follow You

Jumaat, 17 Mac 2017

CARA PENJAGAAN RAHIM YANG PERLU KITA AMALKAN

Assalamualaikum pembaca sekalian,   



Penjagaan dalam pantang mestilah kita perlu ambil berat jangan sekali-kali kita abaikan dan malas mempraktikkannya.  Saya tahu ramai ibu-ibu muda sekarang ini tidak begitu menjaga diri ketika dalam pantang kecuali jka mereka dijaga oleh orang tua. Waktu ini ramai ibu-ibu yang bekerja dan mempunyai anak-anak yang bersekolah dan mereka tidak dapat balik ke kampung dan juga terpaksa menjaga diri sendiri ketika dalam pantang.  Oleh itu, ramai di antara ibu-ibu muda tidak begitu menitikberat akan diri sendiri ketika di dalam pantang. Mereka tidak tahu bahawa ketika dalam pantanglah kita boleh berehat, diet dalam pemakanan dan menjaga diri dan anak agar sentiasa sihat. 

Sebagai Tukang Urut Tradisional untuk ibu-ibu selepas bersalin, di sini saya ingin memberi tip-tip dalam penjagaan Rahim yang kebanyakkan ibu-ibu muda sekarang kurang memberi tumpuan, mereka tidak tahu bahawa penjagaan Rahim sangatlah mustahak untuk kesihatan dan juga perhubungan kelamin antara suami dan isteri. Sekiranya Rahim kita tidak dijaga dengan baik ianya akan memudaratkan diri kita sendiri. Apabila Rahim kita kendur dan jatuh maka kesakitam di bahagiam bawah amatlah sakit dan menganggu kesihatan kita dan hubungan kelamin bersama suami juga terganggu.

Rahim Kendur
Buat Senaman Menaikkan Rahim


Kalau tak ada masa nak buat senaman kegel, boleh cuba senaman ini.
1.   Tahan nafas
2. Tanpa kecutkan otot perut, kemutkan faraj seperti sedang menahan kencing
3. Kira sampai 10
4. Lepaskan seperti biasa
5. Ulang 25 kali setiap sesi, buat 3 sesi sehari


Meruang

Rawatan meruang dilakukan setiap kali berhadas besar. Sama ada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersama suami. Ni untuk bersihkan faraj dari sisa darah dan juga air mani. Cara ni lebih sesuai untuk yang dah berkahwin je.

Minum Air Kunyit

Kunyit juga berkhasiat untuk kecantikan dalaman wanita.Fungsinya: mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka2 dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh dan banyak lagi.


Berurut 

Tujuan berurut satu badan dari hujung kepala hingga ke hujung kaki adalah untuk membuang angin, memulihkan badan yang sakit selepas bersalin dan juga untuk naikkan rahim dan betulkan kedudukan rahim



Bertungku

Bertungku adalah cara dengan memanaskan batu sungai/besi tungku yang biasa digunakan turun temurun oleh ibu-ibu kita dulu-dulu agar rahim kita cepat pulih ke tempat asalnya dan juga dapat mengempiskan perut serta membuang angin. Ianya dilakukan setiap hari pagi/petang hingga habis pantang. Sele[as tungku sebelum memakai bengkung perut diletakkan tapel/limau dan kapur di perut agar epat kempis dan juga buang lemak.




Pakai Bengkung

Amalan memakai korset atau bengkung juga membantu memulihkan rahim. Dengan pemakaian bengkung, ia mampu menguatkan kembali otot di bahagian rahim bagi mengelakkan masalah peranakan turun.


Jaga Pemakanan
Jaga pemakanan walaupun dah lepas habis berpantang. atau anak-anak dah besar. Elakkan makanan sejuk, banyak air dan ais. Lebihkan makan makanan yang segar, air suam dan pemakanan seimbang. 

Makan Jamu atau Supplement 

Digalakkan makan jamu untuk jaga peranakan dan kesihatan organ dalaman wanita. Jamu-jamu tempatan kini banyak dijual di pasaran dan boleh dibeli di kedai-kedai jamu atapun secara online dan yang pasti pilih yang halal dan selamat dan ada pengesahah dari KKM. 


Elakkan Angkat Benda Berat Elakkan buat aktiviti yang terlalu lasak dan angkat benda-benda yang berat.

Hubungi saya jika anda ingin tahu dan musylil akan penjagaan dalam pantang: 0163747052


Tiada ulasan: