Isnin, 2 Januari 2017

JOM KITA NAIK MRT



MASS RAPID TRANSIT CORPORATION


Orang semua sibuk cerita pasal naik MRT Free, jrlouslah juga sebab aku yang duduk kat Sg Buloh belum pun naik MRT tu, orang KL, orang yang duduk luar KL semua dah naik MRT, naik seganlah pulak aku orang Sg Buloh tak naik-naik lagi MRT, Free pulak tu hingga 16 Jan 17 ni, jadi cepat-cepatlah naik masa tengah free ni. Memanglah ramai orang naik sebab free, bas MRT pun free dan tidak ada masalah sebab di setiap stesen ada disediakan bas MRT. Aku galakkan elok gunakan Touch n Go bila sudah beroperasi nanti sebab tak payah nak beratur bayar  token kat mesin. Terpegun melihat stesen MRT yang 






Aku pun ajak kawan Rohani Md Tahi naik MRT jalan-jalan, tujuan utama kami nak peri round area IKEA, Tesco, The Curve di Mutiara Damansara. Sementara menunggu Rohani sampai aku yang sedang menunggu di stesen MRT Sg Buloh sempat berbual-bual dengan Station Officer yang sedang bertugas ketika itu. Shafiqah dan Azweina yang cantik manis dan peramah orangnya. Walaupun tiket free semasa nak masuk kenalah letak I/C atau token bagi yang tidak ada IC iaitu kanak-kanak kat mesin laluan masuk.



Shafiqah dan Azweina 

Akhirnya kawan akupun sampai bawak tiga orang anak, lelaki sorang dan 2 anak ggirlnya yang periang dan nakal iaitu Nik Afiqah 9 thn dan Nik Aqilah 7 thn tapi kalau dilihat orang mesti ingat budak-budak ni kembar sebab sama tinggi dan wajah pun lebih kurang. 




Posing di MRT Sg Buloh
Aku tengok budak-budak ni kemain lagi happy dapat naik MRT, seronok sakan lari sana, lari sini dalam MRT sebab tengahari tu orang belum ramai lagi. Setiap stesen MRT akan mengambil masa 10/15 minit untutk test perkhidmatan mereka. Dari stesen Sg Buloh, Kg Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Centrel, Kota Damansara, Surian dan Mutiara Damansara tempat tujuan utama kami semua nak cuci mata kat IKEA, The Curve, E Curve, Surian Tower, Ikano Power Centre dan Tesco tempat nak cari makan.


\







Bila sampai di stese Mutiara Damansara kami akan lalu di Surian Tower dari situ kita boleh jalan-jalan ke Mall IKEA, The Curve, E Curve, Surian Tower, Ikano Power Centre dan Tesco yang berdekatan satu sama lain. Tak payah nak fikir dan susah hati nak cari tempat parking kereta dan jalan jem, rasanya lagi seronok bawak family naik MRT nak ke sini. Bestnya dapat jalan-jalan cuci mata walaupun penat lebih-lebih lagi melayan kerenah ggirl 2 orang ni. Macam-macam aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak masa musin cuti sekolah.


















Wah....penatnya jalan-jalan cuci mata sampai lenguh kaki dibuatnya, next jalan-jalan cuci mata aku nak peri ke One Utama pulak, sejak ada kemudahan MRT ni aku tak sibuk-sibuk nak ajak anak aku pergi sebab aku pun boleh pergi sendiri, lagi pun bas MRT lalu depan rumah di Bandar Baru Sg Buloh. Waktu balik aku naik stesen Mutiara Damansara hingga stesen Samantan saja nak tengok sebab dah masa tak cukup nak jalan-jalan kat tempat lain. Esok masa ada.....

#MRT Sg Buloh #IKEA # The Curve #Tesco #E Curve #Surian Tower

1 ulasan:

  1. Wahhh...bestnye akak... Dah naik MRT..LeYa pun belum lagi..

    BalasPadam

Thak You For Your Comment