Follow Me and I Follow You

Sabtu, 10 Disember 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSPANITA KE EDU PARK, UPM SERDANG

Aktiviti Puspanita Mindef bersama Puspanita Kebangsaan kali ini ialah Lawatan Sambil Belajar ke Taman Edu Park Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Serdang pada 19 Okt 2016. Kami mula bertolak dari Mindef pukul 7.30 seramai 10 orang yang mengikuti lawatan tersebut bersama dengan Datin Sri Fatimah.     
Apabila tiba di Dewan fakulti di UPM orang ramai telah pun berkumpul terdiri dari Puspanita Kementerian-Kementerian lain. Bermulalah sesi pendaftaran yang di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi lawatan ke Ladang UPM. Minum pagi disediakan sebelum bergerak ke ladang UPM. Kumpulan kami ialah Kumpulan A - Lawatan ke Ladang Ternakan Tenusu dan Ladang Rusa.

 Selepas minum pagi kami mula bergerak menaiki bas yang disediakan untuk lawatan ke ladang UPM yang telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan sebelum kami menaiki lori kecil UPM (tren) untuk lawatan ke Ladang Tenusu dan Rusa.





Sesi Lawatan ke Ladang 16 - Tenusu di mana kami diberi taklimat oleh Pegawai Ternakan Tenusu tentang ternakan Lembu dan minuman susu lembu.














Sesi lawatan ke Ladang Ternakan Rusa pula yang ini aku memang suka maklumlah mana pernah jumpa rusa secara dekat. Seronok betul dapat bertentang mata dengan rusa-rusa yang jinak dan golojoh makan. Habis aku diterkamnya sebab nak makan kat tapak tangan aku. Satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.












Lawatan dari kumpulan lain pula di bawa ke Taman herba dan lain-lain.




Kami dah penat berjalan ke semua tempat dan dah tiba masanya kami mendengar taklimat di dewan taklimat tentang kesihatan terutamanya untuk warga emas.









Bila dah habis taklimat, tiba time makan tengahari pulak. Semua dah kebulur haaaaa.



Last sekali dah boleh balik masing-masing mendaftar untuk amik goodies dan dapat rm50.00 seronokkan? Puas hati dengan lawatan kali ini rugi siapa yang tak dapat pergi. Terima kasih kepada Puspanita Mindef, Puspanita Kebangsaan dan Datin Sri Fatimah yang sama-sama mengikuti lawatan ke Edu Park UPM, Serdang.





Tiada ulasan: