MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA BERPANTANG CEASERIAN - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 10 Mac 2016

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA BERPANTANG CEASERIAN



Pengakuan dari pelanggan saya yang pernah melahirkan anak secara ceaserian, pelbagai cerita yang menakutkan jika kita tidak menjaga pemakanan semasa dalam pantang, ada jahitan yang terbuka, perut berair, luka tidak sembuh dan rasa sakit dari dalaman terutama di perut. Semua ini menyebabkan saya menasihatkan pelanggan saya supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga pemakanan semasa dalam pantang supaya proses penyembuhan luar dan dalam berlaku dengan cepat. 


Pemakanan Untuk Orang Bersalin Ceaser

Untuk perkongsian kita bersama, antara makanan yang kita boleh elakkan semasa dalam pantang terutama mereka yang bersalin secara ceaserian ialah

1.  Sayur-sayuran dan tumbuhan yang menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, sayuran kekacang, timun, labu, petola yang boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot. Biasanya di dalam pantang saya akan makan sayur sawi yang direbus sahaja dan dilebihkan bawang putih.

2.   Buah-buahan yang perlu dielakkan ialah seperti tebu, belimbing, segala jenis pisang yang juga boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Biasanya penyakit ini dikenali sebagai arthritis dan rheumatisme. Buah oren Sunkist boleh digalakkan makan tetapi ada sesetengah ibu yang tidak boleh sebabnya perut akan menjadi sebu. Rasa sikit dahulu kalau badan rasa lain macam lebih baik berhenti.

3.   Sesetengah orang suka makan ikan masin atau ikan kering dalam pantang, tahukah anda selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering. Untuk pengetahuan semua ada yang bertanyakan saya, jika bersalin secara ceaserian adakah darah nifas masih keluar? Ya, darah nifas masih keluar sebagaimana mereka yang bersalin normaln sebab itu kita perlu bertungku untuk mengeluarkan darah beku bagi yang bersalin cara ceaserian perlu menunggua 3 minggu sekiranya kawasan jahit/perut sudah sembuh/tidak sakit.

4.  Ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari sembilang dan parang, perlu dielakkan dikhuatiri boleh menyebabkan bisa pada pintu rahim. Sebaiknya ikan haruan segar menjadi pilihan semasa di dalam pantang, memandangkan ikan haruan sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran agak payah untuk mencari di bandar2 besar mungkin anda boleh google atau survey di mana tempat yang sentiasa ada menawarkan ikan haruan. Manakala ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut boleh menyebabkan kegatalan kulit dan alahan serta menyebabkan luka pembedahan bernanah...ouchh ni antara kebimbangan saya semasa dalam pantang. Selain ikan haruan, ikan jenahak dan ikan merah biasanya saya akan makan selepas hari ke 20 atau 3 minggu selepasa bersalin.

5.     Ayam biasa atau ayam bandar serta telur ayam perlu dielakkan sehingga 44 hari bersalin, Ayam kampung boleh dimakan namun begitu tipsnya ialah makan secara sikit-sikit dahulu selepas 2 jam tengok ada sebarang perubahan atau tidak seperti tempat pembedahan terasa gatal atau tidak, jika ok anda boleh teruskan makan macam biasa itupun perlu berhati-hati.

6.  Cuba elakkan makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. Ibu dalam pantang digalakkan makan makanan yang direbus, kukus dan panggang lebihkan bawang putih dan lada hitam supaya badan sentiasa panas dan ringan juga buang angin dalam badan. Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu bersalin.

7.     Pengambilan makanan seimbang penting untuk proses penyembuhan luka dalaman dan  luaran selepas melalui pembedahan. Proses penyembuhan luka memerlukan vitamin, zat dan protein yang cukup untuk mengembalikan tubuh sihat dan cergas kerana ibu yang bersalin juga perlukan tubuh yang sihat bagi menyusukan bayi mereka.

8.      Bagi ibu yang bayi mereka terkena jangkitan kuning, mereka perlu elak mengambil halia, kunyit, jamu sekiranya bayi mereka menyusu badan sehingga tempoh bayi sudah sihat barulah boleh amalkan makanan seperti biasa. 

Haaa...itu semua Seri Wangi bagitau yang mana Seri Wangi lalui semasa mengurut orang yang bersalin secara ceaser tapi terpulanglah kalau nak ikut atau tidaknya...masing-masing punya badan kan? Kalau nak cepat sihat eloklah ikut apa yang Seri Wangi cite di sini. Sekiranya ibu perlu nasihat boleh hubungi saya- 0163747052.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment