Follow Me and I Follow You

Rabu, 3 Februari 2016

BUAT SENDIRI MINUMAN JAMU UNTUK KESIHATAN TUBUH




Seri Wangi amalkan jamu yang dibuat sendiri untuk kesihatan tubuh seperti buang angin, kuruskan badan, menyegarkan tubuh yang lemah, hilangkan sakit-sakit sendi, tangan kebas-kebas, awet muda dan kempiskan perut yang buncit. Bahan-bahan pun mudah dicari dan murah, cuma antara rajin dan malas untuk membuatnya. Terpulanglah pada kerajinan puan-puan sekiranya hendaklan tubuh cantik, ramping dan sihat seperti saya yang kini sudah pun berumur 58 tahun. Perkara utama yangpuan-puan mesti elakkan ialah minuman berais,bergas dan makanan sejuk, banyakkan makan sop sayur-sayuran. Apa yang Seri Wangi lihat ramai rakan-rakan pejabat bila bersarapan pagi suka minum minuman berais seperti milo ais, teh ais, teh o ais. Pagi-pagi sarapan dengan nasi lemak memang kesukaan ramai, roti canai, mi goreng, nasi goreng, semuanya benda berlemak, jadi bila kita minum air berais pagi-pagi, maka makanan yang kita makan akan jadi beku dan menghasilkan lemak tepu terutamanya di perut. Oleh tu disarankan minumlah air panas suam yang paling baik, minumlah teh o panas ke, kopi o panas, minuman panas agar makanan yg kita amik senang hadam. Kalau boleh sarapan pagi ambil makanan ringan seperti kuih, roti,biskut, tengahari baru makan nasi itupun kalau nak dietlah. Sekarang Seri Wangi  bagi resepi nak buat jamu.pulak.Resepi ni tak ada sukatan, ikut banyak mana yang kita nak buat dan banyak mana kita nak minum. Seri Wangi biasanya buat jamu satu botol dan disimpan dalam peti ais bila nak minum keluarkan dulu baru minum.

BAHAN
GULA MERAH





ASAM JAWA




HALIA

           
SERAI 10 BATANG



CARA MASAK

1.     Halia dibakar dan dibuang kulitnya kemudian di ketuk sedikit, serai juga diketuk-ketuk, kunyit dibuang kulit dan di hiris. Masukkan ke dalam periuk. Perah air asam jawa ikut suka tapi jangan terlalu masam, gula merah dicampur dengan air ikut kemanisan yang puan-puan suka. Satukan semua dalam periuk dan masak, jika air kurang boleh tambah.Saya masak untuk satu jag kecil untuk disimpan dalam peti ais. Masak hingga mendidih dan rasa lebih kurang, jika kurang manis tambah gula merah. Bila nak minum keluarkan dahulu dari peti ais baru minum pagi dan malam sebelum tidur.

Tiada ulasan: