Follow Me and I Follow You

Sabtu, 19 April 2014

PAKEJ URUT BERSALIN SERI WANGI


Seri Wangi sudah lama buat perkhidmatan urut bersalin tapi belum lagi hebahkan dalam blog seri wangi ni, sekarang sri wangi rasa perlu tulis dalam blog ni sebab sekarang susah nak cari tukang urut. Seri wangi buat pakej urut bersalin untuk ibu-ibu yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan yang dekat dengan kawasan Seri Wangi tinggal di Sungai Buloh. Seri Wangi akan pergi ke rumah pelanggan jadi usah risau kalau pelanggan tidak dapat ambil seri wangi di tempat tinggal seri wangi jika jauh. Call saja nanti boleh bincangkan pertemuan dan cara seri wangi ke rumah pelanggan. Seri wangi juga pergi di kawasan Pucong, Shah Alam dan Klang, itu boleh dirundingkan. Pakej urutan selama 3 hari kalau nak lebih pun boleh. Pakej termasu urutan badan, bertungku an berbengkung, mandi baby jika pelanggan minta. Talipon Seri Wangi untuk tempahan dan juga jika ada masalah semasa mengandung dan berpantang. Seri Wangi juga ada ambil pakej untuk penjagaan ibu dalam pantang, ini perlu dirundingkan dulu.  Tel:  016-3747052.

1.   Urutan Badan-  Urutan seluruh badan untuk buang angin untuk pulihkan kembali tenaga, sakit-sakit badan selepas melahirkan, betulkan  urat saraf yang kembang dan urutan kepala dan tapak kaki. Sengkak peranakan.

Urutan Badan

Urutan di kepala

Urutan kaki

2.      Bertungku  -  Setelah berurut seluruh badan, Seri Wangi akan bakar tungku untuk tungku di perut dan badan. Bertungku di perut untuk pulihkan tempat peranakan kita agar cepat kecut dan darah kotor cepat keluar. Bertungku seelok-eloknya dibuat hari-hari hingga habis pantang agar perut cepat kempis dan ramping kembali.

Bertungku

3.    Berbengkung   -  Setelah selesai bertungku barulah Seri Wangi pakaikan bengkung tetapi sebelum berbengkung lumurkan dulu kapur sireh dicampur limau nipis di perut agar perut cepat kempis dan peranakan cepat kecut atau krim halia atau param

Berbengkung


4.    Pilis dan Tapel -  Setelah semuanya barulah pakai pilis dan dahi untuk hindarkan pening kepala atau gelap mata. Sapukan seluruh badan dengan tapel agar badan tidak masuk angin. Ibu-ibu digalakkan memakai baju lengan panjang dan setokin dalam masa berpantang agar tidak masuk angin.



Pilis

Parem 
 
5.   Makanan yang perlu dielakkan dan yang boleh dimakan





 Set Jamu Bersalin  -  Di sini Seri Wangi syorkan set-set bersalin yang biasa pelanggan beli, semua terbaik dan kita kenalah rajin makan jamu untuk pulihkan badan dan jangan malas amalkan jamu tersebut sepanjang dalam berpantang. Kalau malas nanti badan kita cepat terkena sakit sendi dan peranakan kita akan mengalami masalah seperti peranakan cepat turun, perut buncit dan ikutlah cara orang kampung berpantang. 

Set Bersalin Anugerah


Set Jamu Mak Dara
Set Jamu Salidah



Set Jamu Sendayu Tinggi



Set Jamu AMWAY

Set Jamu NR








2 ulasan:

  1. Great Post. Lovely Blog. I am really loving your blog.
    I am following your blog. pls follow back,xxx
    My blog new post click & comment

    BalasPadam

Ulasan anda akan saya balas.