Follow Me and I Follow You

Jumaat, 18 Oktober 2013

AMALKAN BISMILLAH 6 UNTUK MENGELAKKAN GANGGUAN JIN DAN MAKHLUK HALUS

BISMILLAH 6
Berikut ni adalah beberapa kelebihan atau khasiat ‘Bismillah Enam’ ;
1.       Penerang hati.
2.      Meluaskan rezeki.
3.      Air laut boleh menjadi tawar.
4.      Terselamat dari karam di laut.
5.      Makbul segala hajat dan cita-cita.
6.      Menghindari dari segala penyakit.
7.      Penawar belbagai jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ikan, kala jengking dan ular.
8.      Penawar segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, hempedu katak dan sebagainya.
9.      Terpelihara daripada fitnah dan bahaya musuh atau seteru.
10.  Beroleh kejayaan dan meraih kemenangan dalam peperangan.
11.   Terselamat daripada dibunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
12.   Jika di tiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
13.   Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
14.   Jika dibaca pada minyak dan air pada malam Jumaat 3 kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
15.   Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari, nescaya mendengar.
16.   Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali, InsyaAllah lari iblisnya.
17.  Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
18.   Dibaca di tempat yang suci, nescaya dapat melihat makhluk halus (jin, syaitan dan sebagainya)
19.   Terselamat daripada binatang buas.
20.  Memelihara tanam tanaman daripada binatang-binatang.
21.   Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah bendang, nescaya terselamat daripada ancaman babi, tikus atau burung.
22.  Dibaca 70 kali tiap-tiap hari, nescaya akan terselamat dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
23.  Segera dibebaskan daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
24.  Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
.
KAEDAH RAWATAN                                                                                                                                                       .

Bagi merawat penyakit atau pesakit yang menderita kerana perkara di atas:
1.       Letakkan tangan di tempat yang sakit.
2.      Baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini.
3.      Membaca dengan keyakinan dan hati yang khusyuk.
4.      Tiup di tangan atau di tempat yang sakit tersebut.
5.      Sapukan di tempat sakit ataupun disapukan ke seluruh badan.
6.      Iktikadkan seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.

7.      Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Insyaallah, angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah.

2 ulasan:

  1. Terima kasih berkongsi ilmu yang bermanfaat ini. Marilah sama-sama kita mengamalkannya.

    Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Adilah, lagi bagus jika kita amalkan sembahyang sunat 12 rakaat dalam 1 hari iaitu sunat rawatib dan dgn cara ini juga satu senaman untuk mengempiskan perut dan kesihatan.

      Padam

Ulasan anda akan saya balas.