Follow Me and I Follow You

Jumaat, 22 Februari 2013

KEBAIKAN BERPANTANG TRADISIONAL

KAEDAH berpandang secara tradisional dapat memulihkan kesihatan selepas bersalin. Amalan berpantang 44 hari biasanya dipraktikalkan untuk memberi ibu-ibu yang dalam berpantang berehat sepenuhnya untuk memulihkan tubuh yang masih lemah dan kurang bertenaga sejak dari mengandung hinggalah ibu-ibu bersalin.  Dalam keadaan tubuh yang masih lemah dan tidak bermaya, gangguan perasaan dan mental juga akan terganggu seperti bersedih, murung, menangis, jiwa tertekan oleh pelbagai-pelbagai masalah jadi amatlah penting bagi ibu-ibu ketika dalam tempoh berpantang ini jangan biarkan jiwa dan mental terganggu, penyakit juga mudah dihadapi.

Amalan yang baik untuk jangka panjang dapat memberikan kesihatan dan mengekalkan kecdantikan dalaman. Kaedah yang semasa dalam pantang seperti berurut, mandi herba, bertangas, memakai pilis, param, berbengkung dan memakan jamu amatlah berkesan dan baik untuk ibu memulihkan keseihatan diri.

BERURUT

Berurut utk pulihkan urat
BERURUT dapat membantu melanarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dilakukan selepas tiga hari bersalin. Urutan pada perut, lengan, pinggang, kaki, belakang bada dan kepala dan seluruh tubuh. Mengurut juga dapat memulih rahim seperti mmenaikkan peranakan agar kedudukan rahim pulih sedia kala, urutan juga dapat menghilangan sengal badan, membetulkan urat tegang dan membuang angin dalam badan serta dapat memulihkan payudara dan melancarkan susu ibu.

BERTUNGKU

Bertungku
BERTUNGKU dapat mengeluarkan darah kotor dalam badan untuk mengeluarkan saki baki darah beku pada rahim ibu. Membuang angin, memulihkan luka peranakan, menghangatkan badan dan mengecut urat saraf yang kembang. Biasanya selepas bertungku, darah nifas akan banyak keluar, bertungku sebaik-baiknya dibuat di sebelah pagi dan petang selama 45 mint setiap hari semasa dalam pantang, jangan malas bertungku kerana bertungku dapat juga mengempiskan perut ibu.

BERTANGAS

Bertangas cara tradisional







Alatan Tangas cara Tradisional

BERTANGAS dapat mengurangkan keputiha, merawat bau dan lendir busuk,membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan, membetulkan kedududkan saluran peranakan, mengecutkan rahim dan menyembuhkan luka jahitan. Dilakukan seminggu sekali selama setengah jam. Selain itu bertangas juga dapat mengeringkan, mengetatkan, mengecut rahim dan otot yang kembang semasa proses mengandung dan bersalin. Lakukan sehingga habis tempoh berpantang 44 hari, air rebusan yang sejuk boleh digunakan untuk mencucui vagina. Herba-herba untuk bertangas juga kini boleh didapati di kedai-kedai yang menjual jamu.

BERBENGKUNG

Berbengkung

BERBENGKUNG dapat membantu mengembalikan tubuh ramping, membuang anging pertu dan mengempiskan perut. Dilakukan setiap hari selepas berurut dan bertengku. Lakukan setiap hari sehingga habis berpantang untuk mengelakkan perut bincit, mengembalikan kedudukan peranakan dan mengekalkan bentuk tubuh. Biasa sebelum memakai bengkung gunakan secara tradisional sapu perut dengan kapur sirih yang dicampur dengan air limau nipis agar perut cepat kempis cara ini amatlah berkesan untuk mengempiskan perut yang buncit.

MEMAKAI PARAM

Param


PARAM biasanya disapukan seluruh tubuh. Kebaikan param ialah untuk menghaluskan kulit dan menghindarkan angin badan. Disapukan selepas berbengkung, dapat memanaskan bada dan membakar lemak. Jangan malas memakai param walaupun nampak comot sedikit kerana ianya untuk menghindarkan angin nasuk badan.

PILIS

Pilis


PILIS dapat mengelakkan pening dan mata rabun, dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah re4ndah. Pilis juga dapat menghidarkan meroyan dan menenangkan emosi yang bercelaru kesan kelahiran.

MANDI REMPAH RATUS

Mandi herba

MANDI rempah ratus/herba nebnggunakan daun seperti sirai wangi, daun semangkuk, dahun siirh,daun limau purut, daun jambu, dahun pokok senduduk, daun lamuni yang direbus. Jika daun-daun tersebutr susah didapati kini uncang mandian herba banyak dijual di kedai-kedai jamu. Mandi herba dapat membantu mengeluarkan angin, menyegarkan badan, menghaluskan kulit, memulihkan urat sraf, membuang toksik dalam badan, mengecutkan peranakan dan mewangikan tubuh.

Pelbagai jenis Uncang Mandian Herba

Daun-Daun Mandian




Daun Lamuni


Pokok Senduduk

PS:  SAPA-sapa yang nak menempah untuk Pakej khidmat urut bersalin tel: 016-3747052 Halimah. Perkhidmat ke rumah anda untuk kawasan Lembah Klang, K.L, Shah Alam dan sekitar Sg Buloh.

2 ulasan:

  1. ada no fon tak? saya perlukan khidmat rawatan selepas bersalin. terima kasih.

    BalasPadam
  2. Puan boleh call saya di no tel: 016-3747052 halimah

    BalasPadam

Ulasan anda akan saya balas.