Rabu, 23 Mei 2012

PETUA UNTUK BABY DEMAM KUNING

Daun Kuchai
Serau Muda




Seri wangi tahu ramai yang masih tertanya-tanya petua ataupun ubat tradisional untuk mengubati sakit kuning pada bayi.  Apa yang seri wangi tahu banyak juga caranya cuma kadang-kala terpulang kepada penerimaan bay itu sendiri untuk sembuh. Walau macam mana pun di sini seri wangi akan cuba memberi beberap petua yang seri wangi telah buat tinjauan di internat.

1.    Biasa semua pun tahu mandikan baby dengan ubat kuning yang boleh dibeli di kedai cina.

2.    Beri minum susu kambing.

3.   Jemur baby waktu pagi semasa matahari baru nak keluar.

4.   Seri wangi ada terbaca mandikan baby dengan air rebusan daun kuchai.

5.   Seri wangi juga dapat petua yang baru ialah mandikan baby dengan air rebusan serai. Serai yang diambil untuk dijadikan air rebusan itu hendaklah batang serai muda.

6.   Satu lagi kata orang tua-tua jauh baby dengan benda-benda berwarna kuning seperti baju, tilam, sarung dan selimut yang berwarna kuning.

7.   Sebenarnya semasa ibu mengandung lagi...ibu-ibu hendaklah menjaga pemakanan yang sihat dan elakkkan dengan makanan seperti asam-asam kecut, jeruk, kekacang seperti kacang goreng, makanan ringan (junk food) dan air bergas kerana itu boleh memberi kesan kepada baby dalam kandungan.


Jumaat, 18 Mei 2012

RESEPI APAM POLKADOT


Bahan:

3 biji telur                         )
275 gm tepung gandum     )
220 gm gula halus             )
150 gm susu segar            ) masukkan dlm mangkuk
3 sudu teh baking powder )
1 sudu kecil ovallete          )
50gm blueberry filling secukupnya (masuk dlm piping bag)
pewarna hujau, merah, kuning

Caranya:

1.    Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul kelajuan maksimum 6 -8 minit.

2.    Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan warna ikut cita rasa sendiri.

3.    Masukkan setiap warna ke dalam piping bag. Picit sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang disusun di dalam acuan kuih lompang.

4.    Picitkan bluebarry filling secukupnya. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga tiga tiga suu penuh. Kemudian dot dot kan dgn warna pilihan.

5.    Kukus di dalam kukusan hg dipanaskan selama 10 - 15 minit.

Selamat mencuba, resepi sumbangan dari Dari Dapur Azli Razali - Utusan malaysia.