Follow Me and I Follow You

Khamis, 29 Mac 2012

PERKAHWINAN ADAT MELAYU MELAKA

Sekali Seumur Hidup Menjadi Raja Sehari


Rasanya mungkin ada yang tidak meliat perkahwinan adat melayu orang Melaka, sudah menjadi tradisi kampung Seri Wangi di Melaka yang mengadakan adat menjulang pengantin. Seronok sekali-sekala melihat pengantin dijulang hingga sampai ke pintu rumah pengantin lelaki ataupun perempuan. Namun begitu di rumah abang ipar seri wangi tidak mengadakan tarian joget lambak yang biasanya diadakan di sebelah malam semasa adat berinai sebab rumah pengantin lelaki, kalau pengantin perempuan lagi bertambah meriah.


Seronoknya Pengantin Dijulang

Keluarga suami seri wangi di Melaka sememangnya mengamalkan adat menjulang begini, seri wangi pun berangan buat adat menjulang di Kuala Lumpur bila anak seri wangi nanti. Nasib baiklah pengantin tu kurus je....cuba bayangkan kalau si pengantinnya berbadan besar....!

Pengirng Pengantin..Cucuc-cucu saudara yang comel

Cendol Pakcik Razid, menu istimewa dari K.L

Cendol istimewa dari KL

Suami seri wangi dengan ikhlasnya menaja cendol untuk perkahwinan anak buahnya...nak tempah? boleh je....!

Pelamin yang bertemakan Merah...Merahnya Makngah.
Memang meriah sekeluarga
Seri Wangi tumpang sekaki
Bakul Gula-gula bentuk Burung Merak



Seri wangi paling tertarik bila melihat bakul gula-gula berbentuk burung merak yang dibuat dari cawan kertas...kreatifkan? Seri wangi tau macam mana nak buat....senang je...!

1 ulasan:

  1. Penuh adat dan warna warni rakyat Malaysia ni ye..apatah lagi melalui saat bahagia cmni

    jangan ketinggalan sape2 yg ingin melangsungkan perkahwinan terutam perempuan bersiap sedia lebih awal utk kelihatan anggun dan sempurna

    http://rahsiabeautiful.blogspot.com

    BalasPadam

Ulasan anda akan saya balas.