Follow Me and I Follow You

Ahad, 8 Januari 2012

TAHUN 2012 RAMAI DAPAT ANAK LELAKI

Comelnya...Baby Boy
Tahun 2012 ni....seri wangi tengok ramai yang dapat anak lelaki. Tahun lepas seri wangi pergi urut orang bersalin ramai yang dapat anak perempuan. Tahun baru 2012 ni rezeki seri wangi kerana banyak dapat tempahan mengurut orang bersalin, penat tu penat juga sebab kerja rumah pun kena buat. Tahun 2012 ni seri wangi tengok ramai yang dapat anak lelaki. Tahun ini pulak adalah Tahun Naga Air bagi kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Orang yang lahir pada tahun Naga - 1916, 1928,1940,1952,1964,1976,1988.2000 dan 2912.



Apa yang seri wangi terbaca di internet, tahun Naga Air ini bahaya dalam istilah bahaya seperti dunia dilanda gempa bumi, banjir, masalah kesihatan, politik dan krisis ekonomi namun dikira tahun keberuntungan dalam mencari kekayangan. Kaun Cina tentu suka dapat anak lelaki pada Tahuin Naga ni- yang tenang tapi berbahaya. Seri wangi juga dikira beruntunglah sebab ada 6 orang anak lelaki tetapi sunyi tak ada anal perempuan yang boleh menemani seri wangi nak pergi shopping..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan anda akan saya balas.