Follow Me and I Follow You

Ahad, 15 Januari 2012

CARA BERBENGKUNG DAN BERTUNGKU

'Cara Memakai Bengkung

Seri wangi tahu ada di kalangan ibu-ibu muda yang terpaksa menguruskan diri sendiri selepas bersalin dan di dalam pantang disebabkan terpaksa kerana tidak ada orang tua yang dapat menjaganya, ada yang tidak dapat balik kampung dan suami sibuk. Seri wangi ibu-ibu muda dah baca dan cuba resepi untuk orang berpantang. Di sini seri wangi nak tunjukkan cara berbengkung, sebenarnya tak susah pakai bengkung, senang je. Kena pakai selama 44 hari atau lebih pun takpa untuk kesihatan diri sendiri juga, perut pun cepat kempis dan jangan malas untuk memakainya jika nak ramping seperti sedia kala. Sebelum memakai hendak campurkan sebiji air limau nipis dengan dua sudu kapur sireh yang boleh dibeli di kedai runcit. Lumurkan campuran limau nipis dan kapur tadi di perut kemudian alas dengan kain agar bengkung tidak kotor. Limau nipis dan kapur dapat mengempiskan perut,membuang lemak dan juga angin di perut.

Bertungku pula mestilah rajin kalau boleh setiap hari agar rahim cepat kecut dan pulih serta agar darah lepas bersalin habis keluar.  Selain itu boleh tungku di belakang badan dan kaki agar pengaliran darah berjalan lancar. Cara bertungku dengan menggunakan batu sungai ataupun besi tungku yang sekarang ada dijual.

"Bakar batu sungai"

Letak batu diatas kain dan daun lengkuas"


"Balut dan tungku perut"

Dengan gambaran di atas seri wangi berharap ibu-ibu muda yang pertama kali terpaksa menguruskan diri sendiri di dalam pantang dapat menguruskannya dengan mudah. Jangan lupa dan malas makan jamu kerana ianya dapat memulihkan tenaga dalaman dan luaran. Zaman sekarang seri wangi liha tibu-ibu muda pandang ringin dalam menjaga kesihatan dan dalam pantang kerana mereka rasa remeh kecuali ada pengawasan dari orang-orang tua. Mereka malas nak pakai dan gunakan set bersalin yang dibeli seperti pilis, param dan makan jamu serta kadang-kala melanggar pantang larang orang tua-tua.

"Set Bersalin Lengkap"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan anda akan saya balas.