Khamis, 1 Disember 2011

PENDAFTARAN BANTUAN TUNAI RM500

"Bantuan RM500 Januari 2012"  


Utusan Malaysia -  Pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 boleh dibuat mulai 10 Disember ini dan pembayaran akan dibuat pertengahn bulan Januari tahun depan. Bantuan untuk isi rumah yang layak untuk ketua keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.  Borang adalah percuma dan boleh di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan. Borang yang lengkap hendaklah disertakan sekali salinan kad pengenalan dan diserahkan di Jabatan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta cawangan LHDN.

Isi rumah yang layak adalah merujuk kepada seorang lelaki/wanita yang menjadi ketua keluarga. Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa, ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan juga warga emas yang tinggal sebatang kara. Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak memohon.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment