OMBAK RINDU MELETUP HABIS! - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 10 Disember 2011

OMBAK RINDU MELETUP HABIS!


Seri wangi dah tengok Ombak Rindu dengan anak-anak, memang sedih dan sayu bila tengok cerita ini, yang bestnya dengar lagunya yang dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira memang sesuai betul suara mereka dengan cerita  ni.  Memeang meruntun hati bila menontonnya terutama untuk orang yang sedang bercinta, putus cinta dan kemaruk cinta. Malam pertama kami nak pergi tengok tayangan pukul 9.30 malam tiket dah habis, esok malam baru dapat tengok suruh anak booking. Seri wangi tengok bukan saja orang muda yang pergi tengok cite ini, orang tua pun ada termasuklah seri wangi, tapi....seri wangi tengok nenek  pun ada, ramai juga yang seri wangi tengok ada yang menangis tapi yang hairannya seri wangi taklah menangis...cuma sedih je...anak kata seri wangi dah tua mana nak rasa macam orang muda yang dalam bercinta. Itu menunjukkan Ombak Rindu memang membuatkan sesiapa yang menonton pastinya akan menangis sebab itulah Ombak Rindu Box Office!!!Kutip 4 juta dalam empat hari je!Gempak!!!


Tapi satu je.....cerita ni seri wangti rasa tak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak kerana banyak bab ranjang sebab anak seri wangi yang  berumur 14 tahun kemain lagi suka bila bab peluk memeluk Aaron Aziz dengan Maya Karin kat dalam bilik. Pastinya yang untung dalam cerita ini adalah Aaron Aziz sebab dapat peluk Maya Karin dan Lisa Suriani. Ombak Rindu diadapsikan dari sebuah novel yang terkenal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment