Follow Me and I Follow You

Ahad, 27 November 2011

KHIDMAT TEKSI WANITA


"Pemandu Teksi Wanita -Zaharah Abdul Rahman"
Utusan Malaysia - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melancarkan projek Teksi Wanita bagi memberi keselesaan dan keselamatan kepada semua penumpang khasnya untuk kaum wanita. Operasi melalui on-call di sekitar Lembah Klang. Operasi Teksi Wanita ini juga dapat membant5u meningkatkan taraf hidup isi rumah yang berpendapatan rendah, terutamanya untuk golongan ibu tunggal, suri rumah dan pesara.

Golongan wanita yang berminat bekerja sebagai pemandu teksi wanita boleh menghubungi Talian NUR di 15999 atau laman web www.jpw.gov.my. Seri wangi ingin sarankan agar pemandu wanita belajar silat, kerate atau ilmu mempertahan diri agar dapat menjamin keselamatan. Sebabnya pemandu wanita juga boleh berhadapan dengan bahaya seperti dirompak, gangguan seksual ataupun samseng jalan raya. Kadang-kala penumpang wanita pun tidak boleh dipercayai, zaman sekarang macam-macam boleh berlaku, oleh itu seri wangi sarankan mereka yang mahu jadi pemandu teksi wanita kalau boleh belajar ilmu mempertahankan diri.
Ataupun bawa benda-benda yang boleh dijadikan untuk mempertahankan diri seperti semburan lada, minyak wangi yang boleh disembur ataupun simpan sebatang kayu besbol kat bawah tempat duduk. 

1 ulasan:

  1. assalammualaikum..saya bersetuju dgn cadangan atau pendapat tu.sbb saya juga dalam proses untuk menjadi pemandu teksi wanita di daerah batu pahat johor....amin.

    BalasPadam

Ulasan anda akan saya balas.