Follow Me and I Follow You

Jumaat, 30 September 2011

SURAH INSYIRAH UNTUK MUDAH JAWAB PEPERIKSAAN


AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG


Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. Sumber: Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan anda akan saya balas.