Follow Me and I Follow You

Sabtu, 20 Ogos 2011



Jom TryMasak Online Resepi Laksa Sarawak yang memang sedap untuk berbuka puasa ataupun untuk rumah terbuka nanti. Sebenarnya Laksa Sarawak ni senang je nak masaknya lebih kurang macam laksa Johor. Cuma Laksa Sarawak guna kacang tanah dan laksa Johor guna kerisik. Resepinya kat bawah ni.

Bahan:

kelapa parut, ambil santan 1 liter (100 g )
mee hoon, rendam dengan air sejuk selama 15 minit (200g )
isi ayam, direbus dan diracik halus (100 g )
taugeh dicelur (100 g )
udang, tanpa kepala dan kulit (200 g )
telur, digoreng dadar, gulung dan hiris (2 biji )
daun ketumbar (20 g (1 ikat) )
timun (250 g(1 biji))
daun salad (bulat) (250 g )
asam keping (20 g (4 keping) )
garam (9 g (1 sudu teh))
air (500 ml ( 2cawan) )

Bahan membuat rempah laksa(dikisar) :
bawang putih (20 g (2ulas) )
bawang merah (50g(6ulas)
belacan (60g )
lengkuas (10 g (1sm))
buah keras (15 g (4biji) )
cili kering, dibuang biji dan rendam (30 g(26 tangkai))
serai (20 g (2batang) )
minyak sayuran (20 g (2 sudu makan) )
kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar (30 g )

1. Didihkan 2 cawan air untuk merebus ayam dan udanf. Apabila ayam dan udang sudah masak, angkat dan carik-carikkan isi ayam. Air rebusan ditapis untuk digunakan kemudian.
 2. Sementara itu didihkan air untuk mencelur mee hoon dan taugeh. Celur mee hoon dengan air panas dan toskan. Celurkan taugeh dan pastikan ianya masih rangup.


Cara menyediakan kuah laksa

   1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga ianya betul masak.
   2. Tuangkan santan serta asam keeping, Kuah perlu sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak.
   3. Tambahkan garam dan kacang tanah. Setelah kuah mendidih, masukkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih semula.
   4. Angkat dan hidang bersama mee hoon ketika masih panas.


Cara menghidang

   1. Masukkan sedikit mee hoon ke dalam mangkuk. Tambahkan sedikit taugeh, daun salad, timun, udang, ayam dan telur.
   2. Masukkan kuah laksa. Tabur daun ketumbar diatasnya-jika suka.
   3. Boleh dimakan bersama sambal belacan dan limau kasturi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan anda akan saya balas.