Sabtu, 20 Ogos 2011



Jom TryMasak Online Resepi Laksa Sarawak yang memang sedap untuk berbuka puasa ataupun untuk rumah terbuka nanti. Sebenarnya Laksa Sarawak ni senang je nak masaknya lebih kurang macam laksa Johor. Cuma Laksa Sarawak guna kacang tanah dan laksa Johor guna kerisik. Resepinya kat bawah ni.

Bahan:

kelapa parut, ambil santan 1 liter (100 g )
mee hoon, rendam dengan air sejuk selama 15 minit (200g )
isi ayam, direbus dan diracik halus (100 g )
taugeh dicelur (100 g )
udang, tanpa kepala dan kulit (200 g )
telur, digoreng dadar, gulung dan hiris (2 biji )
daun ketumbar (20 g (1 ikat) )
timun (250 g(1 biji))
daun salad (bulat) (250 g )
asam keping (20 g (4 keping) )
garam (9 g (1 sudu teh))
air (500 ml ( 2cawan) )

Bahan membuat rempah laksa(dikisar) :
bawang putih (20 g (2ulas) )
bawang merah (50g(6ulas)
belacan (60g )
lengkuas (10 g (1sm))
buah keras (15 g (4biji) )
cili kering, dibuang biji dan rendam (30 g(26 tangkai))
serai (20 g (2batang) )
minyak sayuran (20 g (2 sudu makan) )
kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar (30 g )

1. Didihkan 2 cawan air untuk merebus ayam dan udanf. Apabila ayam dan udang sudah masak, angkat dan carik-carikkan isi ayam. Air rebusan ditapis untuk digunakan kemudian.
 2. Sementara itu didihkan air untuk mencelur mee hoon dan taugeh. Celur mee hoon dengan air panas dan toskan. Celurkan taugeh dan pastikan ianya masih rangup.


Cara menyediakan kuah laksa

   1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga ianya betul masak.
   2. Tuangkan santan serta asam keeping, Kuah perlu sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak.
   3. Tambahkan garam dan kacang tanah. Setelah kuah mendidih, masukkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih semula.
   4. Angkat dan hidang bersama mee hoon ketika masih panas.


Cara menghidang

   1. Masukkan sedikit mee hoon ke dalam mangkuk. Tambahkan sedikit taugeh, daun salad, timun, udang, ayam dan telur.
   2. Masukkan kuah laksa. Tabur daun ketumbar diatasnya-jika suka.
   3. Boleh dimakan bersama sambal belacan dan limau kasturi.

Sabtu, 13 Ogos 2011

RESEPI BERGEDEL DAGING



Seri wangi beri resepi Bergedel Daging dari web TryMasak Online, resepi yang paling mudah yang kadang kala orang tak tau nak buat. Dalam bulan puasa ni seri wangi suka berkongsi untuk semua mencuba sendiri, cepat mudah dan senang dimasak.



Bahan:
1) Daging cincang (100g)
2) Kentang - direbus (2 biji)
3) Saderi - dicincang (2 batang)
4) Daun Bawang - dipotong nipis (2 tangkai)
5) Bawang goreng (2 sudu)
6) Telur (2 biji)
7) Serbuk ketumbar (1/2 sudu kecil)
8) Serbuk jintan manis (1/2 sudu kecil)
9) Serbuk jintan putih (1/4 sudu kecil)
10) Serbuk lada sulah (1/2 sudu kecil)
11) Gula (secukup rasa)
12) Garam (secukup rasa)



Cara:


Lenyek kentang rebus hingga hancur.


Campur dengan semua bahan lain kecuali telur. Gaul sebati 
membentuk doh.
Bentukkan adunan menjadi bulat kecil.
Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul bersama sedikit 
garam.
Panaskan minyak.
Celupkan bebola ke dalam telur dan leperkan sedikit 
sebelum menggoreng. Balik-balikkan supaya masak rata.
Apabila garing, angkat dan toskan minyaknya. Hidang 
bersama sos cili.



Jumaat, 5 Ogos 2011

RESEPI SOP YEE MEE



Sedapnya untuk berbuka puasa. Seri Wangi sekali sekala suka juga masak Mee Siput ni untuk berbuka puasa. Anak-anak Seri Wangi memang suka makan Sop Mee Siput ni. Anda juga boleh cuba membuatnya, senang aje macam kacang. Seri Wangi masak cara Seri Wangilah tapi takl ama macam kat kedai tu.

Bahan

1 bungkus Mee Siput (5 keping) sesuai untuk dimakan sekeluarga
100 gram udang  -  dibuang kulit
100 gram sotong  -  dibersihkan dan dipotong kecil
100 gram isi ayam  - dipotong kecil
100 gram fishball
5 tangkai sayur sawi - dipotong kecil
4 pelepah kobis panjang  -  dipotong kecil
5 ulas bawang putih - dtumbuk
5 biji cili api   -  dipotong haus
daun sop untuk hiasan
bawang goreng untuk hiasan
2 sudu sos tiram
4 sudu kicap pekat
2 sudu tepung jagung
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam, gula secukup rasa

Caranya

1.     Panas minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga garing, masukkan  air secukupnya, Kemudian masukkan udang, isi ayam dan sotong. Biarkan seketika hingga mendidih.

2.    Masukkan sos tiram, kicap pekat,cili padi, gram dan gula, kacau lagi. Masukkan sayur yang telah dipotong dan biar sayur tersebut masak tetapi jangan terlalu masak.

3.       Masukkan fishball dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, biarkan kuah sop menjadi likat sedikit.

4.       Masukkan sekeping Mee Siput ke dalam mangkok dan curahkan kuah sop tadi kemudian hiaslah dengan taburan daun sop dan bawang goreng. Sedap dimakan panas-panas.