APA SEBAB BABY MENANGIS? - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 27 Mei 2011

APA SEBAB BABY MENANGIS?

Untuk ibu-ibu muda yang baru pertama kali dapat baby tu tentu tidak banyak pengalaman macam mana nak handle bila baby menangis dengan tiba-tiba, tentu panik bagi yang tak ada pengalaman langsung.   Kelam-kabut kita dibuatnya, kalau baby yang setakat nangis merengek je tu, tak kisah sangat tapi...kalau baby kita melalak dengan kuat tak haru-biru ke dibuatnya? Nak tau sebabnya? Ini pengalaman yang seri wangi pernah tempuhi dan sedikit tip nak beri.

 Kadang-kala ada masanya baby kita ni buat perangai suka menangis. Baby ada yang menangis sebab nak susu, kalau nasib baik dapat baby yang baik dan cuma nangis-nangis manja,ada baby yang tak sabar akan melalak nak susu, jika beri susu ibu lagi bagus sebab kata orang susu ibu akan mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak terutamanya anak lelaki.  Baby juga akan menangis jika sakit perut (kembung) sebabnya kadang-kala susu tepung tak sesuai,botol tak bersih,masuk angin. Susu ibu pun juga boleh menyebabkan baby kembung bila si ibu tak pantang makan seperti makan nangka, cempedak, pisang dan makanan-makanan sejuk. Perut baby akan mengeras dan berbunyi jika dijentik dengan jari.   Untuk menanganinya seeloknya sapu minyak angin kayu putih dan pakaikan barut baby agar angin tak masuk. Lagi petua tuam dengan pasir pada perut baby atau orang dulu-dulu campurkan sedikit minyak gas dengan bawang merah. Untuk anak lelaki selepas mandi hendaklah tuam telornya dan perut dengan daun sirih untuk menghidarkan angin pasang.

        Lagi satu kalau si ibu masa dalam pantang balik kampung, kalau nak percaya kadang-kala terkena tegur, baby akan melalak kuat tak henti-henti. Memang susah nak jaga melainkan kalau kita pandai menanganinya. Seboleh-bolehnya kita bacakan ayat 3 Kul, Kursi 7 kali pada air dan beri minum pada baby dan sapukan pada umbun di kepalanya sambil berselawat. Insyaallah akan pulih.Jika baby masih menangis lagi bakar kulit bawang merah atau cili kering.

       Jika baby menangis sebab demam panas, cuba lapkan kepalanya dengan daun bunga raya yang sudah diramas dan lap dengan air batu agar panasnya turun, daun rambutan juga boleh digunakan untuk mandi. Semasa baby kena demam panas jangan pakai baju, biar baby cuma pakai pampers saja. Sentiasa jaga baby jangan sampai biar baby tarik (kejang otot) sebab bila baby tarik boleh menyebabkan kerosakan pada otak baby dan badan kejang serta mata terbeliak. Semua itu tindakan sementara sebelum bawa ke klinik. Ada masanya baby pun boleh kena demam campak yang halus macam ruam, badan baby akan panas, jika kita rasa pada tapak kakinya sejuk itu bermakna baby panas dalam dan cuba beri baby minum air kelapa agar campak keluar satu badan. Bila dah keluar, baby akan menangis sebab miang,jadi cari daun semambu yang boleh kita cari di kuil India, diblen dan dicampur dengan beras untuk dijadikan bedak serta lumurkan satu badan.

       Ada juga baby yang selalu menangis,orang tua kata kena 'Sawan tangis' susah juga nak mengubat baby yang kena Sawan Tangis, kalau orang kampung biasanya pergi berubat cara tradisional. Orang dulu-dulu kata
kalau dapat anak yang kena Sawan tangis ni biasanya nama yang diberikan tu tak sesuai, jadi  istilah 'Jual' pada sesiapa saja, saudara atau kenalan, yang maksud untuk dijadikan anak angkat dan nama pun turut kena tukar. Pelik tapi benar sebabnya abang sulong seri wangi macam tulah sejak kecil asyik melalak aja jadi mak jual kat sepupu dan tukar nama dia dari Aziz ke Ismail,sampai sekarang kami panggil Ismail dan nama Aziz cuma pada kad pengenalan aje. Kalau ta kpercaya tanya orang tua kat kampung.
                               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment