Selasa, 12 April 2011

RESEPI NASI GORENG CAMPUR UNTUK ORANG BERPANTANG

Bahan


1 mangkok nasi putih
100 gram daging cincang
3 batang kacang panjang - potong halus-halus
1 pokok sayur bakoli - potong kecil
1/2 batang karot - diparut memanjang
3 batang sawi - dipotong kecil
5 ulas bawang putih - diracik halus
3 sudu sos tiram
2 sudu besar minyak
garam secukupnya
kicap ikut suka

Cara Membuatnya


1.         Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik baunya kemudian masukkan daging cincang dan dikacau rata hingga daging empuk.

2.        Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong ke dalam kuali, kacau rata kemudian masukkan garam, sos tiram dan kicap. Kacau lagi hingga sebati.

3.       Masukkan nasi dan kacau lagi hingga sebati dan angkat.

4.       Nasi goreng campur sangat berkhasiat untuk ibu di dalam pantang kerana menggunakan sedikit minyak dan ramuan sayur-sayuran yang berkhasiat.

4 ulasan:

  1. sos tiram tak gatal ke kak?kacang panjang tak sejuk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. TERPULANG...TAPI KAK SARANKAN KITA MAKAN JAMU, JADI BILA TERMAKAN BENDA SEJUK, JAMU YANG PANAS DPT MENCEGAHNYA, MELAINKAN KITA XMKN APA-APA YANG MENYEBABKAN URAT KITA SEJUK DAN KEMBANG.

      Padam

Thak You For Your Comment