Follow Me and I Follow You

Ahad, 6 Mac 2011

VIDEO PEMBEDAHAN BERSALIN



      Kalau berani tengoklah video pembedahan bersalin ni.....tentu ngerikan? banyak sebab kenapa kita tidak boleh bersalin secara normal. Kebanyakan wanita seboleh-bolehnya mahu bersalin secara normal kerana bersalin secara normal tidak banyak masalah selepas bersalin dan penjagaan ketika di dalam pantang pun senang untuk diuruskan serta pergerakan pun bebas.

      Bersalin secara pembedahan sememangnya banyak risiko, bila tengok video ni terasa ngeri dan lihatlah sendiri perut kita yang berlapis-lapis tu dipotong untuk mengeluarkan bayi kita, tengok pun kita dah rasa takut dan untuk menjaga semasa dalam pantang bukanlah mudah. Punca kita terpaksa bersalin secara pembedahan biasanya berkaitan dengan kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, tulang punggung tidak boleh membuka, baby songsang, uri di bawah dan keluar darah dan  'over due' hingga seminggu dari tarikh bersalin.

       Tentang pemakanan pun kena lebih pantang dari orang bersalin normal. Suka atau tidak kenalah ikut dan pergerakan pun terhad. Sakit di tempat luka pembedahan janganlah nak cakap mestilah sakit, bergerak atau batuk-batuk pun sakit kat perut tu. Tapi....pembedahan zaman moden ni lebih beruntung kerana cara pembedahan lebih moden dan cuma di bedah di bahagian bawah perut dan cepat sembuh. Jika dibandingkan pembedahan cara lama, kita dibedah di tengah-tengah perut, bayangkan perut kita di bedah memanjang dan dijahit, rupa perut pun hodoh dan nak jaga pun susah. 

       Biasanya nak pakai bengkung memanglah tak boleh, kalau tak pandai jaga alamatnya perut buncit, kalau nak pakai pun kena tunggu luka bedah betul-betul baik untuk pakai bengkung. Jadi kenalah betul jaga pemakanan semasa dalam pantang, banyak yang perlu dielakkan seperti ayam, telur dan ikan kembung, sadin dan banyakkan makan ikan haruan, gamat dan jus olevera. Tapi.....jangan risau kerana sekarang ni dah ada bengkung khas untuk orang yang bersalin secara pembedahan, cara pemakaian dan jenis bengkungnya pun tak sama dengan bengkung biasa dan selamat untuk dipakai macam orang bersalin normal. Laman web ni seri wangi jumpa secara tak sengaja dan tak salah untuk berkongsi dengan anda semua dan banyak lagi set-set bersalin dan rempah mandian yang dijual di laman web ni. Jika anda nak membeli bengkung ni boleh cari di laman web ni: http://www.bengkungmoden.com.





4 ulasan:

  1. salam sejahtera.

    Singgah kat blog ni sekejap.

    Tapi ramai arti barat memilih bersalin secara pembedahan dan perut dia org tak lah buncit pun.

    BalasPadam
  2. Salam,
    singgah sini,

    Nice info. Teruskan penerbit post berkualiti.

    BalasPadam
  3. sayangilah ibu anda..=)

    p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)

    ****KLIK GAMBAR FOTOGRAFI TERKINI DISINI****

    BalasPadam
  4. Secara tak sengaja saya tersinggah ke blog ini...sgt2 berguna infi di sini...bolehkah sekiranya ada info2 yg menarik saya ingin share di blog saya sebagai panduan dan saya link semula ke sini???Oleh kerana saya dah terminat dgn blog ni, so saya follow blog ni dan letakkan ia di muka depan blog saya...i really like it!!!

    BalasPadam

Ulasan anda akan saya balas.