Follow Me and I Follow You

Selasa, 22 Februari 2011

PEMINTA SEDEKAH PUN MANUSIA JUGA

Cuma Gambar Hiasan



Peminta sedekah pun manusia juga! Kita selalu memandang jijik jika terserempak peminta sedekah yang comot, kotor dan berserabai. Kadang-kala ada juga peminta sedekah yang bernasib baik dapat duit banyak, kadang-kadang melebihi gaji kita yang bekerja. tred peminta sedekah sekarang lai dari yang lain bukan seperti zaman kita duku yang sememangnya susah.

Kalau kita berjalan di bandar bersepah peminta sedekah ni, ada perempuan, ada lelaki, budak-budak dan orang cacat, yang seri wangi marah sangat tred sekarang ada sindiket peminta sedekah yang menguskannya. Kalau kita perasaan biasanya mereka ini selalu berada kat pasar malam, masjid dan gerai-gerai makan.

Seri wangi nak cerita pasal seorang tua berketurunan India yang selalu lepak kat depan rumah seri wangi, kalau ditengok macam peminta sedekah, comot dan kotor. Mula-mula tu seri wangi marah juga takut dia curi apa-apa barang atau pun calarkan kereta buruk seri wangi tu. Tapi lama-kelamaan dah tak heran sebab setiap petang dia akan duduk bersandar kat tembok depan rumah.

Seri wangi kesian juga, satu hari ada makanan lebih seri wangi bagi dia makan tapi bukanlah selalu. Selalu juga seri wangi bagi dia makan dan dah jadi macam jaga pula kat rumah seri wangi. Suatu petang bila seri wangi balik, tengok India tua tu tengah menyapu sampah di depan rumah seri wangi, bersih habis rumput-rumput dicabutnya. Gembira sungguh seri wangi tengok India tua tu rajin menolong sapu daun-daun kering yang selalu bersepah-sepah di depan rumah. Hingga sekarang ni India tua tu setia petang tolong menyapu sampah di laman rumah seri wangi. Jadi peminta sedekah pun ada perasaan dan tau membalas budi dan bukannya semua peminta sedekah hanya tau meminta.






1 ulasan:

  1. ye..setuju.mereka jadi peminta sedekah pasti ada cerita disebaliknya

    BalasPadam

Ulasan anda akan saya balas.