Selasa, 22 Februari 2011

PEMINTA SEDEKAH PUN MANUSIA JUGA

Cuma Gambar Hiasan



Peminta sedekah pun manusia juga! Kita selalu memandang jijik jika terserempak peminta sedekah yang comot, kotor dan berserabai. Kadang-kala ada juga peminta sedekah yang bernasib baik dapat duit banyak, kadang-kadang melebihi gaji kita yang bekerja. tred peminta sedekah sekarang lai dari yang lain bukan seperti zaman kita duku yang sememangnya susah.

Kalau kita berjalan di bandar bersepah peminta sedekah ni, ada perempuan, ada lelaki, budak-budak dan orang cacat, yang seri wangi marah sangat tred sekarang ada sindiket peminta sedekah yang menguskannya. Kalau kita perasaan biasanya mereka ini selalu berada kat pasar malam, masjid dan gerai-gerai makan.

Seri wangi nak cerita pasal seorang tua berketurunan India yang selalu lepak kat depan rumah seri wangi, kalau ditengok macam peminta sedekah, comot dan kotor. Mula-mula tu seri wangi marah juga takut dia curi apa-apa barang atau pun calarkan kereta buruk seri wangi tu. Tapi lama-kelamaan dah tak heran sebab setiap petang dia akan duduk bersandar kat tembok depan rumah.

Seri wangi kesian juga, satu hari ada makanan lebih seri wangi bagi dia makan tapi bukanlah selalu. Selalu juga seri wangi bagi dia makan dan dah jadi macam jaga pula kat rumah seri wangi. Suatu petang bila seri wangi balik, tengok India tua tu tengah menyapu sampah di depan rumah seri wangi, bersih habis rumput-rumput dicabutnya. Gembira sungguh seri wangi tengok India tua tu rajin menolong sapu daun-daun kering yang selalu bersepah-sepah di depan rumah. Hingga sekarang ni India tua tu setia petang tolong menyapu sampah di laman rumah seri wangi. Jadi peminta sedekah pun ada perasaan dan tau membalas budi dan bukannya semua peminta sedekah hanya tau meminta.






Jumaat, 18 Februari 2011

SET SAYYIDA AMBAR UNTUK ORANG YANG SUSAH DAPAT ANAK



SET HAMIL
Seri wangi ada terbaca di surat khabar KOSMA ada satu produk set hamil iaitu Set Sayyida Ambar untuk orang perempuan yang susah hamil, keguguran, nak tambah anak dan sudah bertahun tidak dapat anak boleh mencuba produk ini, manalah tahu di atas usaha kita itu Allah SWT akan kurniakan kita anak. Bacalah kat bawah ni keterangan produknya. Seri wangi harap dengan cara ini seri wangi dapat menolong pada orang-orang perempuan yang nak sangat anak dan terpulanglah jika hendak mencubanya dan seri wangi tak janjilah boleh dapat anak, yang utamanya kita kenalah berusaha. Kalau nak tau lebih lanjut lagi bolehlah baca laman webnya: http://www.ambarkenanga.com.my.

SET SAYYIDA AMBAR ini amat sesuai untuk 

a. Pengamalan iibu-ibu selepas pantang bersalin;
b.  Wanita keguguran atau bersalin lebih setahun;
c. Wanita yang ingin menambah atau menimang cahaya mata;
d. Wanita yang mengalami tekanan perasaan, kemurungan dan/atau meroyan;
e. Wanita yang ingin kekuatan & kecantikkan kesihatan dalaman.Mencantikkan kulit,
menegangkan payu dara & vagina tanpa rasa kering @ perit, membaikpulih masalah
hormon, haid,keputihan serta melewatkan putus haid.
  
A.    UNTUK WANITA YANG TERGOLONG DIDALAM KATEGORI  
a, b, d & e  DIATAS :-
AMALKAN SET SAYYIDA AMBAR  BERTERUSAN.... LIHAT PERUBAHAN 
PASTI SUAMI
 TERPERANJAT!!!
Cuba & rasai perbezaan yang sungguh mengembirakan kerana badan akan lebih kuat
&  sihat segala masalah dalaman Wanita akan terus lenyap dan  kembali dara, anggun, 
cergas, berseri, sihat & ceria berterusan.  Tiada lagi risau pasal berat badan, angin badan
atau tekanan  perasaan, meroyan . Lenyap !!! Anda Gembira, suami tergoda!!
Insyallah.

 B.   UNTUK WANITA YANG INGIN MENIMANG ANAK ATAU MENAMBAH
 CAHAYA MATA ATAU GUGURAN :-

Kebanyakan  Wanita berkahwin yang sukar untuk mendapat atau menambah anak kerana
kurangnya sikap perihatin keatas  penjagaan dalaman semasa muda atau semasa
keguguran.Tetapi masih tidak terlambat untuk bertindak kerana SET SAYYIDA AMBAR boleh
membantu anda merungkai masalah anda itu tetapi berkemungkinan mengambil masa
dalam enam (6)bulan atau lebih bergantung kepada masalah dalaman anda. Ramai yang
telah cuba dan Alhamdulilah berjaya mengapai kejayaan walaupun sudah berkahwin lebih
daripada 7 tahun.Amalkan mengambil SET SAYYIDA AMBAR  berterusan dan hendaklah
berhenti mengambilnya setelah disahkan hamil. Digalakkan Suami membantu isteri dengan
mengambil &mengamalkan AK LASAK untuk mempercepatkan proses kehamilan
dengan membaikpulih dalaman, meningkat kesuburan sperma suami. Amalkan juga minum
JUS AMBAR untuk selama seminggu pert ama bersama SET SAYYIDA AMBAR &
MINYAK AMBAR KENANGA berterusan untuk membaikpulih rahim, menguatkan dalaman dan
membantu kehamilan.

AMALAN PRODUK & HARIAN UNTUK HAMIL : 
PRODUK :   JUS AMBAR , MINYAK AMBAR KENANGA & SET SAYYIDA AMBAR UNTUK
 ISTERI  & SUAMI AK LASAK BERTERUSAN SEHINGGA SAH HAMIL.

AMALAN HARIAN
i.      Semasa mengamalkan diatas elakkan makan makanan berjeruk, cuka, tapai, masam,
minuman asam, nenas, limau serta makanan & minuman tidak berkhasiat. seperti teh,
kopi & minuman berkarbonat. Boleh minum minuman bercoklat, koko & susu .

ii.        Minum air masak 2 - 3 liter atau segelas setiap jam dan pada waktu malam kurangkan
minum air.

iii.       Mandi sehari sekali dan hendaklah Mandi sebelum pukul 9 pagi. Sebelah malam atau
petang lap badan dengan air suam. Dan sekiranya mempunyai hubungan intim dengan suami,
boleh mandi hadas bila perlu. Atau sekiranya hendak mandi sebelah petang atau malam,
hanya mandi badan tanpa membasahkan rambut atau ubun-ubun. Ini adalah untuk memastikan
badan tidak kembang dan rahim anda sihat.

iv.        Sapu MINYAK AMBAR KENANGA diperut, pinggang dan telapak kaki agar angin sejuk tidak
masuk kedalam badan dan menguatkan rahim.

Selain daripada itu sentiasa berdoa & sembahyang hajat dengan memohon kepada
kesusahan akan ada penyelesaian, apa yang penting sikap tidak mudah putus asa kerana
didalam kehidupan ini tiada jalan pintas dan sekiranya ALLAH S.W.T berkehendaki sesuatu
ia akan berlaku kerana tiada qadha' bagi seorang hamba kecuali qadha itu baik bagi dirinya. 
Berusaha adalah lebih baik daripada menyerah bulat-bulat tapa membuat apa-apa tindakan. 
BERSABAR & BERUSAHA. INSYALLAH.

CARA PENGAMBILAN SET SAYYIDA AMBAR
& AK WANITA

1. UNTUK TIGA (3) HARI PERTAMA SETIAP BULAN

 WAKTU PAGI : Makan dua kapsul (2) AK WANITA selepas makan dengan segelas air suam.
(TERUSKAN MAKAN WALAUPUN KEDATANGAN HAID )  DAN  pada WAKTU 
PETANG : Makan dua (2) kapsul TUJU MEROYAN  dan mesti makan pada waktu 5 - 7 petang
sahaja. TUJU MEROYAN juga mesti dimakan seperti menyorok dibelakang pintu  


DAN WAKTU MALAM:
makan 2 kapsul AK WANITA selepas makan malam atau sebelum tidur dengan segelas air
suam. SELEPAS 3 HARI TERSEBUT SILA TERUSKAN PEMAKANAN AK WANITA.

SETELAH HABIS DUA (2) BOTOL AK WANITA  BERMAKNA TELAH HABIS MAKAN SATU (1) 
 BULAN. JADI UNTUK BULAN KEDUA,KENA ULANGI SEMULA MAKAN TUJU MEROYAN 
HABISKAN AK WANITA SETERUSNYA UNTUK BULAN SELANJUTNYA AMALKAN
AK WANITA SAHAJA.  RAMAI YANG MENCUBA SERTA BERDOA KEPADA ILAH.BERJA YA
HAMIL PERTAMA KALI ATAU HAMIL SETERUSNYA.
SELAMAT MENCUBA..

Didalam SET SAYYIDA AMBAR kami telah menyediakan 4 botol AK WANITA dan 2 peket
TIMOYAN


Empat (4) Botol AK WANITA untuk pemakanan 60 hari sahaja dan seterusnya amalkan
AK WANITA untuk rawatan berpanjangan. AK WANITA digunakan secara tradisional untuk
melegakan senggugut, melancarkan perjalanan haid, melegakan keputihan, melegakan
sakit kepala, membuang angin dan menambahkan tenaga.Elok dan boleh dimakan
semasa kedatangan haid.

Kapsul sayur-sayuran

MAL 07081624TC

Dua (2) peket TIMOYAN AK dan setiap peket dimakan
setiap bulan selepaskedata ngan haid. Setiap peket
dimakan 3 hari pada waktu petang sahaja mengikut
petua. TIMOYANAK adalah makanan tambahan
membantu untuk mengecutkan  batu meroyan,
menaikkan rahim serta memulihkan gangguan
emosi seperti cepat marah, cepat kecil hati, murung,
mimpi buruk dan sebagainya. Insyaallah berkesan
dan layarilah testimoni AMBAR KENANGA .

Kapsul Sayur-sayuran

No. (2) dlm KKM - 163/S/95 Jld 17


Khamis, 10 Februari 2011

10 METERED EARNING



Seri Wangi bersyukur kerana selama berblog ni, akhirnya seri wangi dah ada 10 metered earning. Apa yang Seri Wangi tau bila dah tiba metered earning maka itulah jumlah yang kita akan terima dicampur dengan jumlah kempen RM42.00 dan hanya tunggu lagi RM 8.00. Alhamdullillah dapat juga merasa duit dari Nuffnang ni...Sorrylah sebenarnya Seri Wangi tak tau macam mana nak copy gambar 10  metered earning  di page Nuffnang tu. Nak print pun tak ada printer jadi Seri Wangi cuma tulis jelah kat sini. Terima kasihlah pada semua iklan yang selalu menari-nari kat blog Seri Wangi tu.  Walaupun tak seberapa namun gitu seri wangi sangat berpuas hati.

Walau pun blog Seri Wangi masih baru lagi tetapi sekarang Seri Wangi dah dapat 4 bintang kat Leader Board dan Large Rec. dan cuma entah kenapa pula kat Skycraper tu dari 3 bintang jadi 2 bintang. Tapi...tak kisahlah...asalkan blog Seri Wangi dah ada ramai orang yang tengok, cuma Seri Wangi harap adalah yang rajin-rajin yang nak follow Seri Wangi. Seri Wangi rasa berbaloi-baloi joint Nuffnang ni, cuma kena sabar jelah dalam berblog selain kita memberi manfaat untuk pembaca setia Seri Wangi.

10 METERED EARNING

1. Burger King New Promotion LR
2. Buena Vista The Green Hornet SS
3. Bizzy Body RM1 Deal LB
4. DiGi Angels War SS
5. DiGi Postpaid Blackberry SS
6. City Chain Titus Xmas LR
7. DiGi iPhone Music & Yellow Man App SS
8. Nokia C3 2 SS
9. AMP Mixfm Survey LB
10. Prudential Importance of Insurance LR

Dan Kempen

RM 42.00
8.00 lagi sebelum anda dibayar!