Rabu, 19 Januari 2011

BUAT SENDIRI JAMU DI RUMAH



     Seri Wangi biasa dengar jamu kocok ni, biasanya kalau kita rajin pergi kat pasar Chow Kit,kta akan nampak peniaga-peniaga Indonesia menjual pelbagai jamu, termasuk jamu kocok ni. Macam dia orang tu dah biasa, macam orang kita ni rasanya jarang yang nak minum, cuma biasa makan jamu serbuk, kapsul dan jamu biji, itupun makan masa lepas bersalin. Seri Wangi nampak zaman sekarang ni orang Melayu kita malas nak makan jamu, tak suka makan ye juga dan malas juga jaga badan.

       Bila anak baru masuk satu/dua orang, body dah bertukar habis sebab malas nak jaga badan masa dalam pantang. Bila suruh makan jamu nantilah, pahitlah,panaslah....padahal itu semua itu kebaikan untuk dalaman. kalau di luaran je nampak cantik tetapi kesihatan dalaman tak dijaga tentu suami cari lain. Orang lelaki ni biasanya tak suka cakap dengan isteri takut kecil hati, dia biasanya akan bercerita dengan kawan-kawannya sendiri.  Kebaikan jamu ni ialah untuk menguatkan otot-otot dalaman, faham jelah...! Jadi rajin-rajin amalkan makan jamu selain ubat doktor.

        Kat sini Seri Wangi nak bagi tau cara nak buat jamu sendiri, lebh kurang macam jamu kocok Indonesia tulah. Ini pun Seri Wangi dapat ilmu ni masa Seri Wangi mengurut pelanggan, emak dia dengan baik hati mengajar Seri Wangi cara nak buat jamu sendiri, jamunya ringkas saja untuk minuman kesihatan dan tenaga dan juga boleh diminum suami/isteri.

          Bahan:  Daun Sireh ikut suka banyak mana, kunyit hidup, bonglai (bolih dibeli di pasar chow kit), manjakani, asam jawa dan gula batu/madu.

Bonglai

Manjakani

Daun Sireh

Gula Batu

Caranya:

Blinder sireh, kunyit hidup dan bonglai dengan air, masak bahan tadi bersama air asam jawa, manjakani, gula batu hingga mendidih, bila sejuk tapis dan boleh diminum. Rasanya manis-manis pedas, lagi bagus jika minum dengan telur ayam kampung.

Senang je kan? Rajin-rajinlah minum jamu untuk tenaga dan kesihatan dalaman, yang pahit tu adalah ubat yang paling mujarab dan yang manis tu racun! . sebenar ada lagi cara lain untuk dibuat jamu tetapi yang seri wangi tunjuk ajar ni yang paling mudah dibuat sendiri.